20 December 2013

A letter to brother




Semalam result PMR keluar. Malam rabu tu aku dah bagitahu siap-siap kat adik aku,
“ jangan lupa mesej bagitahu dapat berapa.”
Esok pagi tu, aku tunggu jugak text dia. Takde. Tiba-tiba masa nak pergi café, ibu call.
“ayong, aam dapat _____. Dia nangis tadi. Kalau nak sambung jugak kat MRSM kena buat rayuan. Nanti bila-bila kamu telefonlah dia”

Tahan air mata.
======================================================================
Weh budak.
Janganlah sedih sangat. Memanglah boleh sedih, tapi jangan nak menangis sangatlah. Kamu tu lelaki. Allah bagi kamu dengan ayong rasa macam mana perasaan dapat kejayaan, Allah bagi juga kita rasa macam mana perasaan dia bila kita dapat apa yang kita tak mintak. Semua benda jadi ada sebab Dia dah tentukan untuk kita.  Ce bawok bersabor sikit. Sedih memanglah sedih, tapi..dahlah tu. Tak payah fikir dah PMR tu. Sekarang fikir pasal form 4, form 5 pulak. PMR tu dah lepas, simpan result tu elok-elok. Kamu buatlah elok-elok untuk SPM pulak. Bagi dapat straight A jangan jadi macam ayong,okay ?


Memanglah ayong kalau boleh taknak kamu dapat result PMR sama macam ayong. Dalam erti kata lainnya, memanglah ayong nak kamu kalah dengan ayong (EHH),tapi takdelah sampai doa kamu tak dapat straight A.


Dengki-dengki ayong kat kamu masa kamu dapat UPSR 5A pun,
Ayong kakak kamu jugak.

Dengki-dengki ayong ibu dengan abah selalu jenguk kamu pun,
Ayong kakak kamu jugak.

Annoying macam mana pun perangai  kamu bila ayong suruh buat itu ini,
Ayong kakak kamu jugak.


Kena terima jugak lastnya. Redha. Haha. Ingat tak ibu selalu cakap apa kalau kita gaduh ?

“tak payahlah gaduh-gaduh. Kamu ni dua beradik je. Kalau gaduh, nak mengadu kat siapa ? ibu ada lima beradik, boleh mengadu kat yang lain kalau gaduh ke ape ke.”


Kesat air mata.

Kamu jangan ingat ayong tak sedih kamu dapat result macam tu. Masa ibu call tu ayong dah tahan air mata, taknak bagi ibu dengar. Tak. Bukan sedih sebab marah kamu tak dapat straight A.  More to fikir pasal apa yang ibu abah rasa pasal kita. Semalam lepas ibu cakap result kamu, ayong bagitahu result ayong kat ibu. Lagi sedih. Ayong ni lagi banyak main dari kamu. Kamu je yang tak tahu. Tak sedar diri agaknya. Heh.


Maybelah orang lain cakap,

“alahh PMR je kot.”
“alahh tak payah fikir sangat pasal gred”

Dorang maybe tak faham. Jangan marah dorang. Kita fikir pasal ibu dengan abah je. Kita nak dapat result yang elok sebab nak buat dorang happy dengan kita. Tapi jangan fikir pasal gred je, yang penting kita faham, ingat apa yang kita belajar. Barulah ilmu bukan pada gred :)


Kita dapat result elok, dapat dekan tu betulkan niat. Bukan sebab nak menunjuk, sebab kita fikir tu dapat buat ibu dengan abah happy ada anak-anak macam kita. Biar dorang bersyukur ada anak macam kita. buat ibu abah happy tu pun tanggungjawab kita jugak tahu ? nak balas guna harta dunia pun takkan boleh nak sama dengan apa yang ibu abah dah buat untuk kita dari kecik.


Dari hari pertama kita duduk dalam perut ibu
Dari hari pertama kita jenguk dunia
Dari hari pertama kita masuk tadika
Dari hari pertama kita masuk sekolah sampailah sekarang. Ni saat kamu tengah baca ni.


Kita tengah buat apa ? bersenang-lenang ? ibu abah tengah buat apa ? membanting tulang kerja nak cari duit untuk kita yang nak itu, nak ini.


Weh budak,
tak kisahlah lepas ni kamu belajar kat ceruk mana pun.
Tak kisahlah kamu belajar kat sekolah asrama ke tidak.
Semua sama je. Yang penting, dalam hati tu, niat sebab Dia.
Niat sebab nak buat ibu abah happy.
Bukan sebab nak menunjuk kat orang. tau ?


Dah. Jangan sedih-sedih. Membazir je. Kamu tu lelaki. Tak macho ah menangis, nanti awek lari. Ehh.
Nanti ayong balik claim hadiah.

Hm nak cakap ke taknak eh. Hm hm hm






Ayong sayang kamu. Kbye. 

16 December 2013

Unwanted ? naah




Pernah tak rasa macam korang someone yang unwanted ? macam benda yang orang tak perlukan sangat. Well maybe depends on time lah kan. Pernah ? once in life mesti pernah punya kannnn



Well sekarang kita (?) kena betulkan mindset kita balik. Jangan fikir kita ni someone yang unwanted, yang tak diperlukan ke apa ke. Sebab even kita rasa alone macam mana pun, trust me. We’ll never be alone. Macam motto Liverpool lah kan “ you never walk alone” cuba fikir pasal the positive side sikit.



Sebenarnya, kita tak pernah sekali pun kena tinggal sorang-sorang. Kita tak pernah pun alone. Allah kan ada ? malaikat kat kiri kanan kan ada ? lagi satu, syaitan yang selalu nak hasut kita tu pun selalu ada kan ? *kening kening* ye. Memang kita tak boleh nampak yang selalu ada dengan kita tu, tapi as long as dalam hati kita percaya Allah ada, malaikat tu ada it’s all gonna be alright. Takde dah perasaan “unwanted”, “kena tinggal” , “alone” semua tu. Trust me. Okay. Tak paksa untuk percaya kat aku. Hee



Kalau kita sorang-sorang sebenarnya kita lagi untung. Sebenarnyalah. Sebab bila kita sorang-sorang, probability untuk mengumpat atau mengata orang serta tak lupa jugak bergosip adalah kurang. Yelah, takde siapa yang kita nak cakap kan. Tak tau lah kot ada yang suka cakap sensorang. Err mungkin motivasi untuk diri sendiri kot *husnudzon* eheh



Lagi satu, bila kita sorang-sorang selalunya kita banyak fikir. Fikir salah silap kita kat orang lain, fikir segala dosa yang kita dah buat, fikir pasal kot ada terbuat orang sentap ke kita sentap dengan orang ke ape ke. Tambah pulak bila tetengah malam, tengah sunyi je tak ke mengalir air mata teringat semua benda tu T,T so, secara automatiknya kita akan sedar betapa kerdil, betapa hinanya kita yang SENTIASA buat salah, buat dosa ni. Mana ada manusia tak buat salah, tak buat dosa langsung (well of course except Rasulullah S.A.W.) tak wujud dah manusia yang maksum dah kan dunia ni. Makanya, tak payahlah kita dok mengata orang ni, orang ni dok mengata kita. Tak kisahlah kat fesbuk ke, kat twitter ke, kat blog ke kat mana-mana pun. Tak dapat apa pun kalau asyik macam tu. Baik tegur elok-elok, guna bahasa elok. Islam kan ada adab, ada akhlak ? ^^ jaga aib orang, Allah jaga aib kita kat akhirat. INGAT !



Whenever you think you are all alone, just think, Allah is always with you. Always. Jangan buat kerja bodoh sebab kita rasa macam tak diperlukan, macam semua orang tak perlukan kita. Aku mohon, jangan.
Think about the positive side of being alone, think about all of benefits that you will get when you are alone. Allah never make something without a benefit, right ? held your head high and smile 



Till meet here again insya-Allah. Assalamualaikum.  

23 November 2013

Cerita dia macam ni..



Berubah. Pernah cuba untuk berubah ? Untuk jadi lebih baik, pernah ? Rasa apa ? Susah ? Perit ? Sakit ?
Nak dengar satu cerita ? Mari. Aku cerita pada kau.



“Ibu, sekejap ya. Saya pergi solat sekejap kat masjid tu. Ibu tunggu ya.”
“Okay. Ibu tunggu kat kereta. Elok-elok”


Dia melangkah perlahan ke arah pintu masuk masjid itu. Mencari tempat wudhu’.  Solat.
 Usai selesai solat di masjid itu, dia melipat telekung yang dia gunakan.
Dua orang muslimah senyum padanya.  Garis bibirnya terangkat sedikit membalas senyuman mereka.
Dalam diam hatinya memuji,
“comelnya kakak dua orang tu pakai tudung labuh. Tenangnya tengok diorang”


Sambil dia turun dari tangga masjid, sempat dia membuang pandangannya ke arah  kakak-kakak yang menegurnya tadi.
“ohh kakak tu belajar kat sini. Ada kolej rupanya kat sini”


Dia melangkah masuk kembali ke dalam kereta. Dia memilih logo surat di dalam telefonnya. Lalu dicari nama kawan baiknya, Ameera.  Lalu ditaip perlahan mesej :


“ Meera, tadi aku solat kat masjid K***** kat sini. Lepas tu aku nampak ada dua orang kakak tu pakai tudung labuh. Comel sangat ! semoga kita pun ada kekuatan nak pakai macam tu :”) “


Butang hantar ditekan. Message delivered.
Sepanjang perjalanan pulang tersebut, hatinya tak keruan. Tak tenang. Ligat memikirkan apa yang baru dia lihat.


“kalaulah dapat belajar kat situ, kan best. Dapat pakai tudung labuh.”
Titisan jernih mengalir dari matanya tanpa sedar.
===============================================================

Bunyi mesej masuk di telefon bimbit  mematikan lamunan.
“Weh, jom gi café. Aku lapar.”

“OK. Give me a sec. aku nak siap.” Balasnya ringkas.

Sambil bersiap, dia tersenyum sendiri. Mengenang kembali bagaimana cantiknya Tuhan telah menyusun cerita hidupnya.  Tak pernah dia sangka Allah pilih dia untuk menimba ilmu di situ, belajar bahasa syurga dan tamadun Islam yang makin dilupakan, dan dapat mengenali apa itu ukhuwwah fillah yang sebenar.
Jika Allah tidak memilih dia untuk menimba ilmu di situ, entah usrah pun mungkin dia tidak pernah dengar, asas bahasa Arab pun mungkin dia tidak tahu, ikhtilat itu apa juga mungkin dia tidak mengerti.



Terima kasih Allah pilih saya.
Terima kasih ibu abah sebab faham dan doakan.
Terima kasih para murabbi yang sudi memberi ilmu.
Terima kasih kawan-kawan yang selalu mengingatkan.


اسلام عليكم . انا من الدبلوم اللغة العربية و الحضارة الا سلامية  في الكلية الإسلامية باهانج السلطان أحمد شاه :)

03 November 2013

Hidup itu, tarbiyah

[gambar ni jumpa kat fb] 




“Kak long, sesetengah orang tu selalunya berkawan sebab fizikal je kan ? “


“maksudnya?”


“yelah, kalau orang tu kurus ke, cantik ke, kaya ke, pandai ke baru nak kawan. Kalau gemuk ke, tak pandai ke macam kena fikir banyak kali je nak kawan”


“alahh buat ape nak fikir macam tu nye ? manusia semua lahir lain-lain sifat”


Senyap .  Kuis-kuis nota Tamadun Khulafa dengan Umayyah.


“hmm takutlah sem depan kak long. Ada subjek kena repeat. Malu. ”


“buat ape nak malunye kak long ni umur 21 baru sem 3. Tak malu pun.”


“kak long lain”


“apa  yang lainnya ? same je semua”




Tarbiyah tanpa sedar. Tak semestinya orang tu tak banyak ilmu, tak pakai tudung labuh, tak boleh bagi nasihat.

Allah punya banyak cara nak nasihatkan kita,kan ?

Cara Allah lain. Unexpected.

Hidup penuh surprise dari Allah :]
Dan semua surprise itu ada hikmah dan pengajaran, kalaulah kita sedar…
Hidup kita sendiri adalah tarbiyah dari Dia untuk kita, kan ?


Okay dah. Nak study. Final exam tak habis lagi.
Doakan ? :3  Fi Hifzillah.



29 October 2013

Untuk awak, yang saya cinta



Awak,
Ya. Saya tahu setiap manusia punya perasaan ingin bercinta,
Dan dicinta,
Ya. Saya  juga tahu itu fitrah.
Tapi… fitrah itu boleh dikawal.
Dikawal dengan iman, bukan dibiar nafsu bermaharajalela,
Apakah kerna  sahabat yang lain punya pasangan, awak juga teringin?
Begitu ?
Awak rasa tercabar kerna tidak punya pasangan seperti mereka juga atau apa ?
Atau awak terasa dianggap seperti  “tidak laku” kerna tidak punya pasangan seperti mereka ?


Awak,
Bersyukur jika dipilih Dia untuk bermujahadah melawan nafsu,
Bersyukur kerna masih mendapat perhatian dari Pencipta,
Bersyukur kerna masih diberi hidayah dari Tuan kita,
Sungguh,awak sangat bertuah kerna terpilih.


Awak,
Bukan saya mahu sekat perasaan awak,
Bukan.
Saya bukan sesiapa untuk sekat kebahagiaan atau kesedihan awak,
Saya juga manusia biasa,
Seperti awak.


Agama tidak pernah menghalang kita mahu suka sesiapa,
Tapi kita ini, sebagai perempuan,
Pasti punya malu bukan ? malu perempuan lebih tinggi dari lelaki,sepatutnya.
Jika awak punya perasaan yang tidak terluah pada pria,
Pendamkan,diam dan serahkan tugas itu pada yang selayaknya,
Risau jika sang Adam salah berfikir menganggap kita,perempuan yang murah.
Awak pasti  sedih dipanggil begitu,bukan ?
Saya sayang awak, kerna  itu saya begini.


Awak,
saya tidak sanggup lagi melihat awak melakukan perkara yang tidak disukai Pencipta,
saya tidak sanggup melihat tanpa melakukan apa-apa,
seolah-olah saya akan dipersalahkan di “sana”,
kerna menjadi seperti buta tatkala melihat sahabat sendiri,
kerna tidak menjalankan tugas seperti  seorang sahabat yang sebenar,
awak faham bukan ?


Awak,
Tinggikan maruah dan bersabarlah,
Jika seseorang itu telah tertulis namanya untuk awak,
Suatu hari dia pasti akan muncul juga,
Bukan di dunia, insya-Allah di sana,
Awak sabar ya ?
“First thing first” bait kata ustazah Fatimah Syarha kesayangan menerpa,
Perbetulkan niat, mari kita balas jasa ibu dan bapa,
Luah cinta pada mereka sebelum pasangan yang entah belum tentu bersama,
Persembahkan cinta pada Yang Maha  Mencinta sebelum yang belum pasti akhirnya,
Tambahkan cinta pada Baginda yang rindu akan kita sebelum kita wujud di dunia,
Bersama kita ke syurga Nya, mahu ?



Senyum. Peluk awak. Nangis.

13 October 2013

Perlu Takut ?


"Kau ni memang tak boleh survive kat real life eh ? like tak sama dengan perasaan" - A 


i was like...



Bersendirian itu sebenarnya perlu. Kadang-kadang.
Sebab manusia tu pasti akan punya masa sendiri.
Masa dia dengan Tuhan.
Masa dia dengan alam ciptaanNya.
Bezanya cuma, lama atau sebentar.

waktu itu,waktu untuk kita muhasabah,
waktu untuk fikir segala dosa,
waktu untuk fikir segala amalan jika ada,
masa untuk berfikir.

masa aku sorang tu lah, aku fikir segala masalah yang ada,
segala apa yang tak selesai,
segala salah kat manusia-manusia,
kat Pencipta.

masa tu lah aku
rasa nak spit semua cerita dalam hidup aku,
bukan dekat manusia selalunya,
selalunya buku jadi mangsa,
macam diary lah.konon.heh.


and at the end, only Him will hear you.
only Him will accept you just the way you are.
and only Him will hear your words.
trust me,luah kat Dia semua benda.
you'll feel relief.




tak tahu kenapa type macam ni. mintak maaf.

22 September 2013

Muallimah dari Kejauhan :)

Pagi itu, terasa lain. Semacam.  Bangun awal, bersiap awal pagi. Mungkin ini aura dari dia. Dia yang selama ini memberi  inspirasi kepada aku. Dia yang selama ini menjadi contoh untuk aku. Dia yang selama ini mengalirkan ilmunya kepadaku melalui penulisan-penuliannya.


Aku dan rakan baikku berjalan beriringan menuju tempat yang ingin kami tuju. Berdebar. Bak kata orang, nervous gila ! terbayang aku akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum,manis. Sopan, sangat menyenangkan,membahagiakan. 


Sesampainya kami di sana, hatiku berdegup laju. Masanya hampir tiba. Aku bakal bertemu dia. Aku bakal bertemu dengan dia yang aku cinta. Ya . Sesungguhnya aku cintakan dia kerana Allah.


Aku melangkah masuk. Makin laju jantungku berdegup. Selang seminit aku pandang ke hadapan. Takut-takut jika dia datang. Malu, Akhirnya, aku bertemu dengannya. Mampu melihat dia secara berdepan. Sungguh. Dia sangat menyenangkan.


Mukanya berseri,tersenyum. Aku bahagia.


Tanpa disedari, air mata bergenang tanda syukur pada Ilahi yang telah memilih aku yang hina ini untuk bertemu dia, insan hebat. Titisan  jernih itu aku seka, dan terus tersenyum melihat dia di hadapan. Duduk sambil mengukir senyuman paling manis untuk kami. Membahagiakan.


Dari pagi sehingga ke petang kami bersama. Petah sungguh dia berkata-kata. Lancar sahaja sebutannya. Aku kagum. Aku ingin menjadi yakin pabila berkata-kata seperti dia. Aku ingin menjadi kuat untuk berkata-kata di khalayak ramai. Aku ingin menjadi seperti dia. Setibanya ke penghujung waktu untuk kami bersama, aku lebih banyak diam. Menyepi.
Dalam diam aku berdoa,


“Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami. Temukan kami lagi di masa hadapan. Aku ingin selalu melihat dia. Aku ingin sentiasa berada dekat dengannya. Aku ingin menjadi hebat seperti dia. Ya. Aku ingin menjadi persis seperti dia.”


Sebelum pulang ke asrama, sempat aku bersalaman dengannya. Sebak. Terasa seperti kami pernah berjumpa. Terasa seperti dekat sekali dengannya. Terasa seperti ada sesuatu pada dia. Insan hebat itu menyambut salamku, aku cium pipinya. Menahan sebak.

“sayang kerana Allah” katanya.
“saya pun” aku hanya mampu jawab pendek begitu. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Lebih dari itu aku balas. Perit.



Ustazah, semoga kita berjumpa lagi. Semoga saya mampu menimba lebih banyak ilmu dari ustazah. Semoga saya mampu menjadi sebenar-benar Muslimah seperti ustazah.  Semoga kita berjumpa lagi,tidak di sini, di syurgaNya insya-Allah. Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang ustazah :”) 



:") 

p/s: percubaan pertama menulis guna bahasa macam ni, yay or nayy ? do leave a comment,thanks ! :) 

ohh hai meera ! *meera suruh tulis nama dia :P* 

15 September 2013

grateful much ?

"nak jadi macam dia.dia cantik"
"nak jadi macam dia.dia pandai"
"nak ada family macam dia,semua baik"

Sound familiar huh ? *jeling* aah.selalu kan. tak dari mulut kita,mulut orang lain,kannnnn ?
other than sikap judgemental,kita ni ada satu lagi sikap which is "tak bersyukur" okay. tak semua. sebilangan. sebahagian sahaja. termasuk aku. *headshot*

Nampak orang tu ada lebih sikit makanan,nak.
nampak orang lain ada tudung lawo sikit,nak jugak.
nampak tu nak,nampak ni nak. eeeee

"katakanlah ,"Dia lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati (akal) ". Tetapi amat sedikit dari kamu yang bersyukur" (al-Mulk : 23)

Betul ke kita ni tak bersyukur ? kita tergolong tak dalam golongan yang bersyukur tu ? Actually benda ni pun kadang-kadang kita macam kisah tak kisah je. tak salah kalau nak ada apa yang orang lain ada,serius tak salah. tapi berpadalah. takut nanti membazir. padahal duit yang kita beli barang yang orang lain ada tu,kita boleh je simpan. mana tahu kot-kot nanti ada emergency ke kan ? at least dah prepare :)


Lagi satu kategori (?) ,
if you still have your parents,do appreciate them. like seriously.
aku ada kawan-kawan yang dah takde ayah,takde mak. takde dua-dua pun ada (kot) diorang nampak happy. diorang sembunyi sedih tu.
 kita tak tahu,yang diorang menangis tiap malam sebab rindu,
kita tak tahu,perasaan diorang macam mana bila kita cakap pasal parents kita depan diorang.
kita tak tahu. selagi kita tak rasa perasaan tu.
kalau lah perasaan membazir tu boleh ditumbuk ditampar bagi takde kat diri kita T,T


Kesian Draco :( ehh
Apa yang aku tulis ni,peringatan untuk aku jugak.
sebab aku pun selalu jugak fikir nak ada apa yang orang lain ada u,u
last but not least...


Bersyukur.
Selagi mampu.
Selagi kita diberi peluang.
Selagi masih bernafas.
Selagi belum dijemput pulang.

:]


14 September 2013

mampu ?



admire. aku admire dengan perangai kau. setakat yang aku kenal kau, kau tak pernah sakitkan hati orang lain. kau tak pernah berkasar dengan orang lain. 
tak pernah.
aku tak nampak pun kau marah-marah orang macam aku. 

aku ni..unpredictable.
kadang-kadang senyum. lepas tu tiba-tiba je nak marah-marah orang. annoying kan ? heh.

kau lemah-lembut.
kau peramah.
kau baik.
kau disenangi.
kata-kata yang keluar dari mulut kau..aku suka.

bagi aku,kau perfect. 


"wehh mana ada orang yang perfect dalam dunia ni" 

ya. kan aku dah cakap, bagi aku je dia perfect ? :) 

teruskan.

sebenarnya...aku teringin. teringin sangat nak jadi macam kau. 
haha. macam tak layak je rasanya. 

aku ni dah lah kasar.selalu sakitkan hati orang.selalu marah orang,panas baran.

absolutely memang susah nak jadi macam kau.
tapi..entah.
teringin.sangat.

nak jadi girly jugak. 
lemah lembut,sopan.
nak jadi someone yang orang tak benci. 
nak.nak.nak.

boleh tak ? 
tak minta banyak.
doakan aku jadi perempuan.
sebenar-benar perempuan.
yang beradab dan pandai menjaga hati orang lain
boleh ? 

ahh.berangan lagi.

09 September 2013

sayang yang berhikmah





“Wehhh korang percaya tak ? “
“percaya apa?”
----------------------------------------------------
Percaya tak yang Allah tu lagi Maha Mengetahui ?
Percaya tak Allah tu sayang kita ?
Percaya tak yang Allah tu selalu ada untuk kita ?

Kalau dengan manusia,kita kena buat something dulu untuk dia. Kita kena rapat dulu dengan dia,baru orang tu sayang selalunya,kan ? tapi..bila dengan Allah ? Dia tu Maha Pemurah. Even dengan orang kafir yang tak sembah Dia pun Dia pemurah. Orang kafir pun ada je yang kaya,diorang pun makan jugak. Diorang pun maju jugak,kan ? tapi…diorang tak dapat apa yang kita dapat.
Dapat apa ? hidayah.
Kalaulah kita sedar betapa beruntungnya kita dapat hidayah Allah tu.
Kalaulah kita sedar betapa Allah sayang kat kita.
Kalaulah kita sedar yang Allah tu je yang perlu kita agungkan.
Allah tunjuk yang Dia sayang kita tak macam manusia. Allah tunjuk sayang Dia dengan berhikmah.
Contoh,


“de,esok de kerja tak ? ayong ingat nak keluar lah.hihi”
“tak kerja.pukul 9.30 de ambik ayong ye”
Esok ----
“ayong,de tak dapatlah nak ambik ayong.ada hal.kena balik Jengka”
 

kalau ikutkan dari semalam aku dah rancang nak keluar dengan pakcik. Kekonon nak pergi beli stok makanan yang dah habis kat sini (ye,aku banyak makan.jangan terkejut) tetiba,pagi tadi pakcik aku call, bagitahu tak boleh ambik aku. Ada hal. Kalau ikutkan aku frust gila kot tak dapat keluar sebab dah lama sangat tak keluar dari Kipsas T,T


*One Text Message Received*
“usrah kat surau.pukul 10”


Betapa jealousnya aku selama ni tengok orang lain pergi usrah.
Betapa dengkinya aku bila tengok orang lain berkasih sayang,rapat macam family dengan naqibah yang diorang kenal masa usrah.


And tiba-tiba hari ni, aku dapat peluang untuk rasa apa yang diorang rasa --- join usrah.
Excited. Sumpah.
Nampak tak ? Nampak tak yang Allah tu sweet ? Allah akan tunjuk kasih sayang Dia dengan berhikmah ? Tak semua orang Dia pilih untuk pergi usrah.
Tak semua orang Dia pilih untuk Dia beri secebis kasih sayang Dia yang banyak tu.
Tak semua.
Bersyukur. Bersyukur kalau kau terpilih.
Allah,terima kasih kerana masih pandang Fathin Munirah yang hina ni. Terima kasih.
Dan,lagi satu. Berdoa. Teruskan berdoa. Jangan berhenti,satu hari pasti akan termakbul doa kau tu. Cepat atau lambat je. Sabar. Dapat pahala banyak tau kalau sabar ! :”]


p/s : eh budak. Thanks ajak aku pergi usrah *innocent face* 

24 August 2013

Buih.



“Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian”

*
Pernah dengar ayat kat atas ni ? mesti pernah kan ? it’s a fact.semua orang tahu tu.takde siapa boleh hidup selama-lamanya.even Lord Voldemort cakap ; “only I can live forever” (tetiba pasal Harry Potter). Well yang tak akan mati hanya satu,Tuan kita,Tuhan kita,Allah.ya.yang tu pun semua orang tahu.

*
*Tapi..kita semua makin lalai…kan ? macam lupa diri sikit.ehh banyak (aku lah tu) u,u macam lupa yang kita semua akan mati.ya.KITA SEMUA.takde yang terkecuali.mungkin penyakit yang Baginda Rasulullah pernah bagitahu dah ada dalam diri kita sekarang,penyakit apa ? penyakit Wahn. Apa itu penyakit Wahn ? cintakan dunia dan takutkan mati.

"Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di nampan. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih di atas lautan. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati”.


Kamu ramai,tetapi bagai buih di lautan.
Tersentap dengan ayat tu. Buih.
apa yang kita nampak kat buih ? hidup sekejap sangat,takde guna. Kita macam tu ke ? tepuk dada tanya iman. Jawab dalam hati.senyap-senyap.jangan bagitahu orang :) lately ni,aku banyak fikir pasal mati.entah..tak tahu kenapa.ya.memang tak salah fikir pasal mati,tapi digalakkan,kan ? entah.aku tak tahu.mungkin tak lama lagi akan ada orang yang aku kenal meninggal dunia,ataupun aku yang “diambil” Dia :) who knows kan ? tapi..dalam aku asyik fikir pasal mati ni,aku buat jugak benda lagha. Teruk kan ? penyakit Wahn dalam hati. Teruk aku ni -,-


Aku selalu fikir,kalau orang-orang yang aku sayang yang Dia “ambil” dulu,aku kuat ke ? aku rasa aku tak kuat. Aku tak mampu. Tambah-tambah ibu dengan abah…aku nak balik Kuantan ni pun dah nanges teruk,padahal nanti jumpa lagi. Kalau takde dorang..aku tak tahu apa jadi dengan aku.kalau Allah “ambil” kawan-kawan aku,mak (penjaga) aku pun aku tak tahu macam mana nak cope with situation.entah meraung ke gila ke aku tak tahu. Serius tak tahu. Sampai aku selalu mintak supaya Allah “ambil” aku dulu daripada Dia “ambil” mereka yang aku sayang….ya. aku mintak macam tu dengan Dia.Bukan aku dah ready nak mati,tapi..entahlah.entah.


Satu lagi,ada kawan aku pernah bagitahu..


“kita kena selalu bersedia untuk hadapi kematian. Sesiapa je. Kematian orang yang kita sayang,atau kematian kita sendiri”


Lebih kurang cenggitu lah.aku ubah sikit ayat tu. Hmmph.

Kalau aku “pergi” dulu dari kamu yang sedang membaca ini, doakan aku ya ?
*      bacakan al-Fatihah untuk aku.
*      Jangan sedih. Doakan aku.itu sudah cukup.
**      Tengok-tengokkan ibu abah yang aku sayang. Tengokkan adik kesayangan aku juga,kawan-kawan,mak,family mak…semua lah.aku sangat-sangat sayang akan mereka. Mereka hidup aku. Aku cuma punya mereka dalam hidup aku.
*      Maafkan segala salah silap aku ya ?
*      kalau aku ada berhutang dengan kamu,bagitahu awal-awal ya..takut tak sempat :”)
*      maafkan aku sekiranya pernah buat kamu sakit hati dengan aku. Mungkin pada waktu itu aku terlalu mengikut emosi dan kata hati. Maafkan aku ya ? aku cuma manusia biasa yang tak mampu memuaskan hati semua orang. Maaf maaf maaf.


Cuma peringatan dari manusia hina,bersediakah kita untuk kematian ?

Mari muhasabah diri :)

03 August 2013

Hope.




Hope. Harapan. Tak sama dengan impian,dreams. Lebih kurang sama,tapi lain.

Apa ada dengan hope ini ? entah. Random thought di malam hari.haha semua orang ada harapan,kan ? even dia senang macam mana punya harta segala pun masih punya harapan,bukan ?
Tak semua orang dapat dapat apa yang diorang harapkan. And tak semua yang diorang dapat tu diorang nak. Trust me. It’s a fact kan ? manusia ni banyak golongan. Dalam hal ni ada dua,bersyukur dengan tak bersyukur. Tu je. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada,ingatlah yang there’s someone yang nak apa yang kau ada tapi diorang tak dapat,tak mampu. Remember that.okay.aku taknak cakap pasal bersyukur dalam post ni,yang tu kita cakap lain kali okay ? insya-Allah.


So..back to the title,hope. Kau pernah bagi orang lain hope ?

“Huiyoo hebatnya kau bagi orang lain harapan !” bisik seseorang yang lurus bendul.

Pernah ? contoh dia macam ni…
Someone suka kau (eceh contoh nak yang macam ni je) then kau tahu yang kau tak ready nak suka dia balik dalam masa terdekat,tapi kau layan dia macam kau suka dia..itu dah dikira sebagai memberi harapan  juga ya anak-anakku sekalian. Jangan memandai je buat macam tu ye.
And kau layan layankan sampai lah satu hari orang tu confess kat kau,kan naya tu ! padahal kau tahu kau tak ready nak suka dia balik or kau tak suka pun dia. Kan tak pepasal dah kena cop mempermainkan perasaan orang..haihh. human feelings are fragile. Handle with care. Lagi kena pegang hati-hati dari kaca dalam kotak tahu. Serious.


Lagi satu,kalau kau rasa kau MUNGKIN boleh suka dia one fine day yang Allah dah tetapkan untuk kau,again,handle with care.bagitahu dengan cara yang betul. Bukan pakai serbu je bagitahu tak bagi salam cemtu. DENGAN CARA YANG BETUL ya anak-anak. and..if kau rasa kau tak mungkin suka kat dia sampai bila-bila..bagitahu jugak elok-elok. Be honest. Jujur tu kan penting…tapi kalau orang tu tak layan dari awal..tak payah kot nak kacau life dia,move on.eheh


“Be honest and make someone cry is better than lying and make someone smile”


Kate omputih kan…
AND ! last but not least…jangan letak hope tu tinggi sangat.takut nanti bila tak tercapai harapan tu,kau down sangat-sangat macam orang gila. Takut nanti affect benda lain pulak.seriously. aku pernah rasa benda tu,masa final exam lagi kate ko.haha.dah.malas nak ungkit pasal tu. Let bygone be bygone kan :) yang penting..ingat ni,


“sehebat  dan sejauh mana pun kita dah plan and hope something tu untuk jadi..ingat,Allah pun  dah ada plan yang lebih baik untuk kita. He is the Best Planner,okay ?”


Take care. Assalamualaikum :) 

24 June 2013

Ya,itu aku

ya.itu aku,
aku yang hina,
hina di mata kamu,
tidak mengapa,aku sudah biasa,
jangan rasa bersalah dengan aku,
aku mengerti akan apa yang kau cuba lakukan.
kau mahu aku jadi lebih baik bukan ?

terima kasih,
terima kasih kerana selalu berusaha untuk kebaikan aku,
terima kasih kerana selalu doakan aku,
ya,aku tahu kau doakan aku,
aku tahu.

bukan salah kau aku begini,
bukan salah kau aku terus dikeji,
bukan salah kau aku sendiri,
bukan.itu salah aku.

maafkan aku,ya ?
maaf kerana pernah menyusahkan kau,
maaf kerana menyakitkan hati kau,
maaf maaf maaf.

aku ini ego untuk meminta maaf,
berani bila di tulisan sahaja,
bila berdepan,entah,
rasanya belum pernah,
masih teruk bukan aku ini ?

ya,aku tahu.
ya,itu aku,
aku yang hina




Soal itu,

"Tentang luka yang tersisa,
air mata yang tersembunyi,
tentang ketawa yang pura-pura,
senyuman yang jelas direka.
kau sendiri tahu,
terkadang matamu pun tak mampu menipu.
seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
dan senyummu yang tak ikhlas,
serta tawamu yang kedengaran janggal.

aku tahu,
kau sedang bergelut.
memang ianya tak mudah.
dan tak lah ianya terlalu sukar.

cuma,
bila ianya adalah soal perasaan.
sesuatu yang tak kelihatan,
maka ia adalah hal tentang masa dan penerimaan."

---
dan terkadang,ia memang terpaksa kau jalani sendiri, atau cuma berdua.
kau dan DIA. 





soal ini.
kau takkan pernah faham.
biar aku sendiri,dengan cara aku.
aku perlu masa.

22 June 2013

If and only if...

Aku cemburu. Cemburu pada mereka yang punya abang dan kakak. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku hanya menyatakan mimpi aku. Salah ? mungkin kau terlupa,ini blog aku. Senyum.


Tak salah bukan mahu bermimpi ? mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan.



Pabila aku lihat mereka yang bergurau-senda dengan kakak atau abang mereka,aku tersenyum. Tersenyum sambil bermimpi jika aku juga punya abang atau kakak seperti mereka.

Jika aku punya kakak….

Pasti aku bisa bercerita segala rahsia perempuan bersama kakakku.
Pasti aku bisa bertanya segala tips kecantikan dan nasihat daripada kakakku setiap masa.
Pasti aku bisa bermanja dengan  kakakku sambil dia menghias muka ku.
Pasti aku bisa berkongsi jubah,baju dan tudung dengannya.
Pasti dia bisa memelukku tika aku menangis.



Dan..jika aku punya abang…

Pasti aku boleh meminta pertolongannya bila berkaitan dengan hal kaum Adam.
Pasti dia boleh menjadi temanku ketika aku keluar.
Pasti dia boleh menjadi telinga ketika aku mempunyai masalah.
Pasti dia boleh menjadi lawanku ketika kami bergaduh,gaduh adik-beradik biasa-biasa sahaja.
Pasti dia juga boleh menenangkan aku tika aku sedih.



Tapi..itu semua takkan terjadi. Aku tidak mungkin punya kakak dan abang sendiri. Tidak mungkin.
Pada yang punya abang dan kakak. Beruntungnya kamu. Sangat beruntung.
Ada yang cemburu dengan kamu di sini. :)
Tak mengapa. Aku masih punya adik lelaki. Dia teman gaduhku,dia tukang masakku. Eheh

Jaga kakak dan abang kamu elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh selalu. Nanti rindu.

20 June 2013

guna sampai mati.


ini quick post.eheh.
Dah nak habis cuti sem.
Sekejapnya…okay.maybe sebab saya tak buat apa-apa pun sepanjang cuti ni.eheh.
Ehh bukan maksudnya tak buat pape langsung,at least I’m  learning how to cook some dishes with ibu :> ehem . (siap buat kek lagi!) HAHA


I mean,saya tak lah kerja macam kebanyakan (banyak ke?) kawan-kawan saya yang lain. result final exam dah keluar. Result yang saya dapat memang bebetul layak dengan apa yang saya buat sepanjang sem 2.teruk.main-main masa belajar,result pun dapat yang tahap “main-main” je lah :’) tak guna pun nak nangis sekarang.it’s too late,kan ? bukan kalau nangis,result tu boleh berubah pun,kan ? hihi

So,pengajaran dia,jangan main-main masa study.tak payah nak bercinta sangatlah masa belajar (!) ehem. *tampar diri sendiri* OKAY.

Lepas ni kena fokus lebihlah nampaknya. ada subjek kena repeat  :’(
How time flies……dah nak masuk semester 3.Tahun kedua.wohoo senior ! dah ade junior ah :3 yg sekarang kat sem 2 tu sama umur,so tak terasa sangat seniority tu.haha.K.over.obses sangat dengan seniority ni,pengaruh SBP -,-“ HAHA

Ada kawan ajak join usrah.serius masa tu rasa nak nangis.sebab memang teringin sangat-sangat,gila-gila (mati aku kena marah dengan cikgu BM sebab banyak sangat kata ganda dalam satu ayat) nak join usrah.tapi…tu lah.takut,malu,segan,rendah diri semua ada.rasa macam tak layak…..seriously. Tapi,sampai bila nak rasa macam tu kan ? semua orang nak jadi better,semua orang KENA jadi better  kita kan kena tambah ilmu.Allah pun ada cakap dalam Quran,sesiapa yang berilmu Dia tinggikan beberapa darjat dari orang lain.taknak ke….? Amboi,jangan sombong-sombong sangat awak awak tu.ehem


“….supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. “
(al-Mujadalah :11)


ingat.belajar.cari ilmu.ilmu tu boleh guna.sampai bila ? sampai mati :)



So,pray the best for me maybe ? hihi syukran jiddan for your dua’s
Fi hifzillah,Fi amanillah.
Assalamualaikum 

21 May 2013

"knock knock,saya dah datang ni" - siapa saya ?

*tarik nafas* *hembus* 
dah sebulan tak menaip kat sini.awkward.sumpah.okay.let's begin.

bismillah.

semalam,tengah melayan taimlain twitter,tiba-tiba ada orang cakap pasal ada budak PASUM meninggal.kawan kepada Intan.tu je yang saya tahu.accident.dengan lori.Allah..lori lalu kat jalan pun saya dah seriau,ni accident dengan lori ._. hmmph.3 orang meninggal,sorang koma rasanya.kecoh semalam.diorang on the way nak pergi sekolah lama diorang,which is MRSM Kuala Kubu Bharu *kalau tak silap* nak sambut Hari Guru.Allah..Allah..ada gambar kek dengan lilin kat paper hari ni.hancur kek tu.saya stalk facebook one of them,Allah..semalam is his birthday,lahir 20 Mei 1994,meninggal 20 Mei 2013.Kuasa Dia.



Saya stalk facebook budak tu.sebak.sebak baca segala post kawan-kawan dia kat situ.
sebak sebab saya terbayang macam mana kalau yang meninggal tu,bestfriend saya ? Allahu...tak kuat.
serius tak kuat.

Khamis lepas,kawan sekolah rendah meninggal.Then semalam accident tu.Ramai sangat orang meninggal sekarang.Macam Dia bagi peringatan untuk saya.

"jangan lagha sangat Fathin,mati tu bila-bila je"


rasa macam tu.sumpah.
Self reminder.bukan untuk yang baca je.entah.
kadang-kadang terfikir,banyak dah ke amalan saya ? dah ready ke kalau kejap lagi Malaikat Izrail datang cabut nyawa saya ? 
dah lah saya ni banyak gelak.huha sana,huha sini.lagha dengan twitter lah,tumblr lah,*fb dah lama tak bukak* and new addiction,Harry Potter U,U 




err.hihi TERletak gambar ni TER.
tak salah nak minat something,tapi pandai-pandailah kawal,kan ? :)

hmmph.

tak tahu nak cakap macam mana.tolong ingatkan saya pasal mati,pasal dunia "sana" selalu boleh ? almaklumlah,saya ni cepat lupa benda-benda macam ni.lagha je lebih u,u 
*lempang diri sendiri*


haaa lagi satu nak pesan,
bawak-bawaklah kurangkan post "bakal imamku,bakal makmumku" "dear my love,sayangku chentaku" tu dulu ye kawan-kawan tersayang ? stop terus pun takpe.bukan jealous,bukan -,-" 
baik ingat pasal mati,bukan nak bagi takut,nak readykan diri je.ihik.K gedik.

indeed.
ajal maut tak kenal usia.
ingat ! *suara upin ipin*



till then,assalamualaikum :)

18 April 2013

Am I that bad ?

Yes.I ask myself.am I that bad ?
sampaikan orang-orang yang selalu ada dengan saya sebelum ni pun dah start jauh dengan saya.
bestfriends.the one who i though will always be there for me.but no.
i know,you have your own life.me too.but naaah never mind.
maybe I should stop depends on others when I have problem.
They have their own problems too.



but someone told me this ;

"seorang Muslim dengan Muslim yang lain tu bersaudara.saling melengkapi.macam kalau saya salah cakap pasal agama,awak boleh betulkan.and kalau awak nak tahu something pasal sains-sains ni,saya boleh jugak tolong sikit-sikit.ingat.Muslim tu saling melengkapi."

lebih kurang macam tu lah.
thanks jadi telinga untuk dengar masalah saya yang tak habes-habes ni.mesti dah penat dengar kan ? haha


to those who thought I am a bad person,sorry.kalau saya ada buat salah dengan korang.
but if I did something wrong,you should give me advice,not cursing me right ?
it's okay.humans are different.rambut sama hitam,hati lain-lain.yaa i know.faham sangat-sangat :)


so,nak mintak maaf sekali lagi untuk segala salah silap yang Fathin Munirah ni pernah buat.
saya takut.takut tak sempat nak mintak maaf.


so,I'm gonna move on.by myself.
lagipun minggu depan dah final exam.it's hard.
pray for me.
I need to be a stronger girl.
taknak lembik manja dah.
taknak nangis dah.
will you?






02 April 2013

24 March 2013

#Random Thought di pagi hari


Hari Jumaat lepas, saya sent text messages kat beberapa orang yang saya sayang yang berbunyi *eceh ayat -,-" * ;

Saya sayang awak.sangat-sangat :’)

Sila muntah sekarang.ingat senang saya nak berjiwang-jiwang ? *jelling*
And you know what ? ibu dengan abah tak reply pun text tu *nanges* 
I do hoping that ibu / abah akan reply ;

Ibu/abah pun sayang ayong jugak



Aaaaaaaa harapan je lah kannnnn.takde reply pun. *peluk bantal burger sambil nanges*
Tapi takkan lah your own parents don’t love you ? you are their daughter/son kot  -,-"

Kalau sayang tak semestinya kena bagitau

Maybe sebab family kitorang kalau bab-bab jiwang ni macam pemalu sikit kan *rolling eyes* so  sebab tu lah kot ibu dengan abah malu nak mengaku yang diorang sayang saya :’> ohh patutlah saya malu nak cakap saya sayang sape-sape bila berdepan atau on call.hihi *blushing*
Okay.cut the crap Fathin -,-“
Tak tak tak.main point dia sekarang tak salah kalau nak announce your love to someone,tapi biar kena dengan tempat dan masa lah kan. Announce your love.spread the love.eceh. Rasullullah pun ada cakap okayy.


“There was a man who came to the prophet (salla Allahu ‘alayhi wa sallam) and said‘I love such and such person for the sake of Allah’ 
The prophet asked the man, ‘did you tell him that?’The man replied ‘no’. The prophet then said go and tell him. ” ( Imam Ahmad )



Tapi ada masanya diam-diam je lah kalau sayang tu.diam okay diam.
if you know what I mean *rolling eyes*
so dah tak tahu nak cakap ape.eh tulis ape.that's all kot.tak tahu nak merapu ape dah.
Ehem.Mimie,Ainum selalulah cakap korang sayang aku.sunnah kot !



18 March 2013

malasnya awak ni (!)





Sekarang kan,memang musim semua orang jadi malas eh ? ke saya sorang je yang malas ? hmmm tak tahu lah kena.tiba-tiba je jadi macam ni.nak buat assignment malas,nak pergi class pun malas.Semua benda lah malas.Makan pun kadang-kadang malas jugak -,-" parah dah penyakit saya ni. Dah lupa agaknya apa ibu cakap sebelum datang sini.hmmm hmmm dikira anak derhaka ke macam mana ni ?

"elok-elok kat sana ayong" – ibu


Hmm hmm banyak makna ayat ibu tu. Nak suruh belajar elok-elok antaranya kan ? Tapi saya kat sini ? haihhhh. Macam apa je membuang masa. Yang saya tahu nak happy je,nak senang je semua kerja,kan ? Mana nak dapat kesenangan kalau tak usaha dari awal lah Fathin oiii. *nanges*
Nangis.tak habeis-habis nak nangis.membazir air mata. Menyesal,lepas tu buat lagi lagi dan lagi. Macam drama indon dah sikit-sikit nak nangis je tahu. Tapi saya nangis tu sebab tak tau nak luah kat siapa. Ya. Ada yang kata ;

"ceritalah kat saya,saya ada untuk awak,Fathin"

Tapi orang lain pun ada masa diorang jugak kan ? Busy dengan kerja,assignment bagai jugak. Sama je macam saya. Memang orang lain boleh cakap ;

"Allah kan ada.Luahkanlah kat Dia "

Yes. I know. Tapi kadang-kadang I need someone yang akan mcam ni ;


Ya. I need that person. Yang tahu saya tak okay walaupun saya tengah senyum masa tu.
Naaaah maybe I’d just think to much. Berat dah otak ni asyik fikir hal orang lain je,but it is compulsory kan ? Kena jugak fikir pasal orang lain.aaaaaa gila dah macam ni -_- 
Farahin pernah bagitahu,


"kita sekarang dah besar aten,dah boleh fikir sendiri.bukan sepanjang masa kita kena depends dengan orang lain"


mendalam betul maksud dia. Seriously masa tu saya tahan air mata.Mungkin sekarang saya dah kena belajar berdikari.Semua benda kena buat sendiri dah.dah 19 tahun kan :)))) 
so yaaaa. Tolong nasihatkan sikit minah ni boleh ? *tunjuk diri sendiri*

yup.Officially 19 years old 5th March lepas :)




Fathin Munirah dah besar yawww.ehh matang :> *betulkan tudung,lap air mata*


24 February 2013

i'm fine.


Oh hai.assalamualaikum.lama dah tak menulis kat sini.awkward .___. Haha.takpe.
boleh go on lagi  KOT.
Hmm hmm tiba-tiba dapat inspiration nak update blog bersawang ni selepas sekian lama,lepas kena sengat lebah semalam.lebah tu sengat hidayah kat saya suruh update blog kot.HAHA.
K.Fathin mengarut.enough  -,-"


Hmm hmm rasanya saya pernah cakap pasal benda ni,just nak highlight sekali lagi…hmm hmm lately ni rasa macam tak dihargai.sangat.sebab hari tu adalah mengadu kat kawan-2 sume,then hmm semua tak reply.kenapa ? saya buat korang annoying ke ? saya buat korang rimas ke ? let me know. Saya okay.insya-Allah :') just beritahu,boleh awak,awak dan awak ? takpe.kalau korang tak perlukan saya langsung dalam hidup korang.let me know.saya boleh undur diri.saya ada ibu,abah,family mak lagi.saya okay.saya boleh hidup lagi :') saya ada Dia jugak dengan saya :) just let me know kalau taknak saya muncul dalam hidup korang dah.PLEASE.pretty please.like seriously.


I’m strong enough.trust me.
I’m fine.like seriously.



When the time has comes,I will go.far away.sabar ye ? lama-lama nanti saya hilang bebetul dari hidup korang.tunggu je lah. I don’t know when,but the time will come.bagi saya bersedia dulu lah.insya-Allah kalau sempat,kann ? :') saya tak nak mention siapa,tapi saya harap awak,awak dan awak tak rasa ape-ape pun kalau saya jauh dengan korang.i guess memang korang takkan rase pape pun kan ? hihi
Take care.
Doakan saya.tau tau tau.kalau teringat :')



I am losing them who did all of this to me.sebelum ni :’)
Saya okay.
Semyum.air mata mengalir perlahan.




Assalamualaikum