mampu ?

5:19 pm



admire. aku admire dengan perangai kau. setakat yang aku kenal kau, kau tak pernah sakitkan hati orang lain. kau tak pernah berkasar dengan orang lain. 
tak pernah.
aku tak nampak pun kau marah-marah orang macam aku. 

aku ni..unpredictable.
kadang-kadang senyum. lepas tu tiba-tiba je nak marah-marah orang. annoying kan ? heh.

kau lemah-lembut.
kau peramah.
kau baik.
kau disenangi.
kata-kata yang keluar dari mulut kau..aku suka.

bagi aku,kau perfect. 


"wehh mana ada orang yang perfect dalam dunia ni" 

ya. kan aku dah cakap, bagi aku je dia perfect ? :) 

teruskan.

sebenarnya...aku teringin. teringin sangat nak jadi macam kau. 
haha. macam tak layak je rasanya. 

aku ni dah lah kasar.selalu sakitkan hati orang.selalu marah orang,panas baran.

absolutely memang susah nak jadi macam kau.
tapi..entah.
teringin.sangat.

nak jadi girly jugak. 
lemah lembut,sopan.
nak jadi someone yang orang tak benci. 
nak.nak.nak.

boleh tak ? 
tak minta banyak.
doakan aku jadi perempuan.
sebenar-benar perempuan.
yang beradab dan pandai menjaga hati orang lain
boleh ? 

ahh.berangan lagi.

You Might Also Like

0 comments