Muallimah dari Kejauhan :)

9:16 pm

Pagi itu, terasa lain. Semacam.  Bangun awal, bersiap awal pagi. Mungkin ini aura dari dia. Dia yang selama ini memberi  inspirasi kepada aku. Dia yang selama ini menjadi contoh untuk aku. Dia yang selama ini mengalirkan ilmunya kepadaku melalui penulisan-penuliannya.


Aku dan rakan baikku berjalan beriringan menuju tempat yang ingin kami tuju. Berdebar. Bak kata orang, nervous gila ! terbayang aku akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum,manis. Sopan, sangat menyenangkan,membahagiakan. 


Sesampainya kami di sana, hatiku berdegup laju. Masanya hampir tiba. Aku bakal bertemu dia. Aku bakal bertemu dengan dia yang aku cinta. Ya . Sesungguhnya aku cintakan dia kerana Allah.


Aku melangkah masuk. Makin laju jantungku berdegup. Selang seminit aku pandang ke hadapan. Takut-takut jika dia datang. Malu, Akhirnya, aku bertemu dengannya. Mampu melihat dia secara berdepan. Sungguh. Dia sangat menyenangkan.


Mukanya berseri,tersenyum. Aku bahagia.


Tanpa disedari, air mata bergenang tanda syukur pada Ilahi yang telah memilih aku yang hina ini untuk bertemu dia, insan hebat. Titisan  jernih itu aku seka, dan terus tersenyum melihat dia di hadapan. Duduk sambil mengukir senyuman paling manis untuk kami. Membahagiakan.


Dari pagi sehingga ke petang kami bersama. Petah sungguh dia berkata-kata. Lancar sahaja sebutannya. Aku kagum. Aku ingin menjadi yakin pabila berkata-kata seperti dia. Aku ingin menjadi kuat untuk berkata-kata di khalayak ramai. Aku ingin menjadi seperti dia. Setibanya ke penghujung waktu untuk kami bersama, aku lebih banyak diam. Menyepi.
Dalam diam aku berdoa,


“Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami. Temukan kami lagi di masa hadapan. Aku ingin selalu melihat dia. Aku ingin sentiasa berada dekat dengannya. Aku ingin menjadi hebat seperti dia. Ya. Aku ingin menjadi persis seperti dia.”


Sebelum pulang ke asrama, sempat aku bersalaman dengannya. Sebak. Terasa seperti kami pernah berjumpa. Terasa seperti dekat sekali dengannya. Terasa seperti ada sesuatu pada dia. Insan hebat itu menyambut salamku, aku cium pipinya. Menahan sebak.

“sayang kerana Allah” katanya.
“saya pun” aku hanya mampu jawab pendek begitu. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Lebih dari itu aku balas. Perit.



Ustazah, semoga kita berjumpa lagi. Semoga saya mampu menimba lebih banyak ilmu dari ustazah. Semoga saya mampu menjadi sebenar-benar Muslimah seperti ustazah.  Semoga kita berjumpa lagi,tidak di sini, di syurgaNya insya-Allah. Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang ustazah :”) 



:") 

p/s: percubaan pertama menulis guna bahasa macam ni, yay or nayy ? do leave a comment,thanks ! :) 

ohh hai meera ! *meera suruh tulis nama dia :P* 

You Might Also Like

5 comments

  1. ni semua poyo!! haha. untung ah dapat bergambor dengan one of my idol tu..

    ReplyDelete
  2. haha.siapa suruh kau tak ambik gambar dengan dia.dengan suami dia ke. okay eh aku guna bahasa cemni ? ._.

    ReplyDelete
  3. aku segan lah nak bergambar.
    aku tak suka sngt nak snap gambar ni. buat rosak gambar je nanti. ^^"

    maksud kau guna bahasa cemtu tu cemna? haha.

    kejap. baru aku perasan. Post kau kali ni susunan ayat agak skema dan tersusun. haha.

    belajar dan aplikasi, bagus aten!

    lol

    ReplyDelete
  4. jamiil jiddan
    azhunnu kalamuki afdhol ...

    ReplyDelete