23 November 2013

Cerita dia macam ni..



Berubah. Pernah cuba untuk berubah ? Untuk jadi lebih baik, pernah ? Rasa apa ? Susah ? Perit ? Sakit ?
Nak dengar satu cerita ? Mari. Aku cerita pada kau.



“Ibu, sekejap ya. Saya pergi solat sekejap kat masjid tu. Ibu tunggu ya.”
“Okay. Ibu tunggu kat kereta. Elok-elok”


Dia melangkah perlahan ke arah pintu masuk masjid itu. Mencari tempat wudhu’.  Solat.
 Usai selesai solat di masjid itu, dia melipat telekung yang dia gunakan.
Dua orang muslimah senyum padanya.  Garis bibirnya terangkat sedikit membalas senyuman mereka.
Dalam diam hatinya memuji,
“comelnya kakak dua orang tu pakai tudung labuh. Tenangnya tengok diorang”


Sambil dia turun dari tangga masjid, sempat dia membuang pandangannya ke arah  kakak-kakak yang menegurnya tadi.
“ohh kakak tu belajar kat sini. Ada kolej rupanya kat sini”


Dia melangkah masuk kembali ke dalam kereta. Dia memilih logo surat di dalam telefonnya. Lalu dicari nama kawan baiknya, Ameera.  Lalu ditaip perlahan mesej :


“ Meera, tadi aku solat kat masjid K***** kat sini. Lepas tu aku nampak ada dua orang kakak tu pakai tudung labuh. Comel sangat ! semoga kita pun ada kekuatan nak pakai macam tu :”) “


Butang hantar ditekan. Message delivered.
Sepanjang perjalanan pulang tersebut, hatinya tak keruan. Tak tenang. Ligat memikirkan apa yang baru dia lihat.


“kalaulah dapat belajar kat situ, kan best. Dapat pakai tudung labuh.”
Titisan jernih mengalir dari matanya tanpa sedar.
===============================================================

Bunyi mesej masuk di telefon bimbit  mematikan lamunan.
“Weh, jom gi café. Aku lapar.”

“OK. Give me a sec. aku nak siap.” Balasnya ringkas.

Sambil bersiap, dia tersenyum sendiri. Mengenang kembali bagaimana cantiknya Tuhan telah menyusun cerita hidupnya.  Tak pernah dia sangka Allah pilih dia untuk menimba ilmu di situ, belajar bahasa syurga dan tamadun Islam yang makin dilupakan, dan dapat mengenali apa itu ukhuwwah fillah yang sebenar.
Jika Allah tidak memilih dia untuk menimba ilmu di situ, entah usrah pun mungkin dia tidak pernah dengar, asas bahasa Arab pun mungkin dia tidak tahu, ikhtilat itu apa juga mungkin dia tidak mengerti.



Terima kasih Allah pilih saya.
Terima kasih ibu abah sebab faham dan doakan.
Terima kasih para murabbi yang sudi memberi ilmu.
Terima kasih kawan-kawan yang selalu mengingatkan.


اسلام عليكم . انا من الدبلوم اللغة العربية و الحضارة الا سلامية  في الكلية الإسلامية باهانج السلطان أحمد شاه :)

1 comment:

Wan Aidil al-Akbar said...

doakan aku berubah ke arah yang lebih baik jugak. strive for mardhatillah. amin amin