16 December 2013

Unwanted ? naah




Pernah tak rasa macam korang someone yang unwanted ? macam benda yang orang tak perlukan sangat. Well maybe depends on time lah kan. Pernah ? once in life mesti pernah punya kannnn



Well sekarang kita (?) kena betulkan mindset kita balik. Jangan fikir kita ni someone yang unwanted, yang tak diperlukan ke apa ke. Sebab even kita rasa alone macam mana pun, trust me. We’ll never be alone. Macam motto Liverpool lah kan “ you never walk alone” cuba fikir pasal the positive side sikit.



Sebenarnya, kita tak pernah sekali pun kena tinggal sorang-sorang. Kita tak pernah pun alone. Allah kan ada ? malaikat kat kiri kanan kan ada ? lagi satu, syaitan yang selalu nak hasut kita tu pun selalu ada kan ? *kening kening* ye. Memang kita tak boleh nampak yang selalu ada dengan kita tu, tapi as long as dalam hati kita percaya Allah ada, malaikat tu ada it’s all gonna be alright. Takde dah perasaan “unwanted”, “kena tinggal” , “alone” semua tu. Trust me. Okay. Tak paksa untuk percaya kat aku. Hee



Kalau kita sorang-sorang sebenarnya kita lagi untung. Sebenarnyalah. Sebab bila kita sorang-sorang, probability untuk mengumpat atau mengata orang serta tak lupa jugak bergosip adalah kurang. Yelah, takde siapa yang kita nak cakap kan. Tak tau lah kot ada yang suka cakap sensorang. Err mungkin motivasi untuk diri sendiri kot *husnudzon* eheh



Lagi satu, bila kita sorang-sorang selalunya kita banyak fikir. Fikir salah silap kita kat orang lain, fikir segala dosa yang kita dah buat, fikir pasal kot ada terbuat orang sentap ke kita sentap dengan orang ke ape ke. Tambah pulak bila tetengah malam, tengah sunyi je tak ke mengalir air mata teringat semua benda tu T,T so, secara automatiknya kita akan sedar betapa kerdil, betapa hinanya kita yang SENTIASA buat salah, buat dosa ni. Mana ada manusia tak buat salah, tak buat dosa langsung (well of course except Rasulullah S.A.W.) tak wujud dah manusia yang maksum dah kan dunia ni. Makanya, tak payahlah kita dok mengata orang ni, orang ni dok mengata kita. Tak kisahlah kat fesbuk ke, kat twitter ke, kat blog ke kat mana-mana pun. Tak dapat apa pun kalau asyik macam tu. Baik tegur elok-elok, guna bahasa elok. Islam kan ada adab, ada akhlak ? ^^ jaga aib orang, Allah jaga aib kita kat akhirat. INGAT !



Whenever you think you are all alone, just think, Allah is always with you. Always. Jangan buat kerja bodoh sebab kita rasa macam tak diperlukan, macam semua orang tak perlukan kita. Aku mohon, jangan.
Think about the positive side of being alone, think about all of benefits that you will get when you are alone. Allah never make something without a benefit, right ? held your head high and smile 



Till meet here again insya-Allah. Assalamualaikum.  

No comments: