09 April 2014

Terima Kasih.

Assalamualaikum :D

2 minggu lepas, aku pergi satu mall ni. Teman makcik beli stok susu untuk sebulan,  Wan Adib Haziq punya. Weh masa bayar tu buat aku fikir banyak kali nak kawen ke tak sebab sekarang susu baby pun mahal kenapa T,T


K. silap topik. Bukan nak cakap pasal kawen kan. Ehem.


Okay next.  Kan makcik aku pregnant, so kenalah minum susu Anmum lah Friso lah apalah kan (tak sabar tau tak nak dapat sepupu, dua pupu baru sebab ramai sangat makcik mengandung sekarang ni. ) so, selalunya susu-susu berjenama ni dekat mall dorang akan letak kat satu tempat yang special sikit, siap kena kunci sebab  mahal sangat. So, bila dah macam tu kenalah panggil pekerja mall tu kalau nak beli kann. So, kitorang pun panggillah sorang makcik ni. Lepas dia ambikkan susu tu, I said”terima kasih”.
Tetiba makcik tu cakap :


“kalau ada 10 customer macam ni, sanggup layan,takpe. Sebab cakap terima kasih”


Sambil makcik tu senyum.
I was like …….
Really makcik ? sebab satu terima kasih boleh buat makcik senyum sampai macam tu ?
Okay dah habis cerita yang tu.


Main point dia sekarang, say “terima kasih”
Tak kisahlah nak cakap syukran ke, terima kasih ke, thank you ke, xie xie ke apa ke. Just say it. Kadang-kadang benda-benda kecik macam ni yang kita selalu terlepas pandang.
“terima kasih” “minta maaf” “hai” they are like magic words. Kadang-kadang sebab benda-benda kecik macam ni boleh buat orang lain happy. Ke kita tak suka tengok orang lain happy sebab kita ? K.tu pelik bin ajaib okayy.


Memanglah kalau ikutkan, kita tak dapat pahala pun bila cakap “terima kasih” “mintak maaf” tu semua macam kita bagi salam kan, tak wajib buat pun. Tapi macam aku cakap (?) tadi lah, those little things kadang-kadang boleh buat orang happy. Contoh macam kat aatas tu lah. Pekerja mall tu takde pun mintak bayaran ke apa ke lepas dia tolong kita kan ? apalah salahnya nak cakap “terima kasih” tu. Berat sangat ke mulut kita ni T,T kita nak orang bagi penghargaan kat kita, tapi kita tak reti nak berterima kasih kat orang.  pebenda lah manusia ni *ketuk pale sendiri*


Hmm jadinya, mehlah kita sama-sama amalkan cakap “terima kasih” kat sesiapa yang dah pernah tolong kita tak kisahlah masa susah ke senang, sebab setiap pertolongan tulah yang dah jadikan kita macam sekarang, kan ? :’D  Ikhlaskan hati  cakap “terima kasih” tu. Bukan sebab dah jadi normal, kita buat. NO.  

Cause every little thing give a big meaning when we are sincere.


Jangan lupa cakap terima kasih untuk ibu yang dah susah payah bawak kita dalam perut 9 bulan 10 hari, untuk abah yang tak penat-penat melayang kerenah anak dia yang manja ni (ehh),
Terima kasih jugak untuk adik-adik yang selalu ada untuk kita walaupun kadang-kadang sakitkan hati, terima kasih untuk kawan-kawan yang dah tarik kita untuk cinta kat benda-benda baik, pergi usrah, ajak pergi program sana sini.

Last but not least, yang paling utama jangan lupa terima kasih untuk Allah sebab dah banyak bersabar dengan kita walaupun kita pernah (dan still) buat dosa, tapi tetap bagi oksigen free,bagi dapat belajar senang, bagi hidayah lepas dah tersasar jauhhhhhh sangat,  bagi  rezeki makan ayam hari-hari sedangkan kat Syria sampai makan kucing sebab takde makanan T,T


“maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai manusia dan jin)? “ (ar-Rahman : 13)


Nangis berjemaah.


Semoga dapat pengajaran, sikit pun takpe.  



p/s : mintak maaf type macam kelam-kabut

p/ss : minggu depan dah final exam, mohon doa kalian. (hmm kalau ada yg baca blog ni)