01 May 2014

It's worth it.

Bismillah. Assalamualaikum 



Semalam, someone tell me this, mengadu.  

“bila nak berubah, ada je syaitan menghasut”

“kakak perli bila pakai baju lengan panjang dalam rumah, macam muslimah”

“bila buat salah tak sedar, bila dah buat baru nak menyesal”

“bila dah taubat, buat balik, lepas tu taubat lagi, buat balik. Sampai bila?”

“kadang-kadang fikir mati tu lagi baik. Sebab bila hidup, free-free je hantar mak ayah masuk neraka”



Okay dah. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, hm Allah. Aku speechless sebenarnya masa baca semua benda tu. Sebab aku pun pernah fikir, cakap benda yang sama. Serius masa tu aku yang reply semua tu, bagi nasihat semua. But I am the one who is crying. I feel her. I know what she’s feeling. I know, I know.



Yes, it is hard to change.
Dari yang suka melagha (still now T,T) kepada yang tak suka buang masa.
Dari suka dengar lagu tahpape ke lagu yang baik-baik.
Dari suka tengok Running Man (T,T) ke cerita-cerita ilmiah.
Dari bukak aurat ke tutup aurat ikut syariat.



But, trust me. It’s worth it. Semua yang Allah larang, bersebab. Bukan saja-saja. Bukan bawak kebaikan ke Allah pun semua tu. Allah dah Maha Kaya dah. Semua hikmah apa yang Dia larang tu semua akan berbalik untuk kita jugak. Bila kita buat satu kebaikan, dari kebaikan tu jugaklah yang akan tolong kita bila kita susah masa depan nanti.




“kalau ada orang mintak tolong, tolong. Nanti bila kita ke, anak cucu kita susah ada orang lain tolong  pulak” – arwah atuk :’)


Bila kita rasa susah sangat nak berubah, ingat. Allah tengok usaha, natijah kita serah je kat Dia. Yang penting kita usaha, dah suruh Allah gerakkan hati kita, so keep going. Rasa bersalah dalam hati tu pun maknanya Allah sayang kita, tanda iman kita still ada. Sikit pun takpe, kitalah kena selalu usaha nak tinggikan iman sendiri. Takkan orang lain kan ? Allah is always with you. ALWAYS. Tak pernah tinggal kejap pun. Kita je yang selalu tinggal  :(


Bila rasa macam down, ingat. Kita taknak mati dalam keadaan sia-sia kan ? Kata nak masuk syurga, kenalah usaha. Syurga tu mahal harganya. Orang terpilih je dapat masuk. Iman kita sekarang ni, agak-agak layak ke nak hidu pun bau syurga Allah yang dapat dihidu dari jauh tu ?


Potong bawang lelaju.



Sebenarnya segala yang ditulis dalam ni semua ni rasa macam cakap depan cermin, pesan untuk diri sendiri. Rasa macam letak bawang dalam mata sendiri. Tsk. Doakan untuk diri sendiri, janga lupa doakan untuk orang lain jugak. Semoga diterima, semoga berjiran di syurga. Moga-moga. Bila lagi nak berubah kan ? tunggu mati ? mati pun tak tahu bila -,-' Changed to change katanya. Ehh. kbye


p/s : kalau nampak aku macam lagha sangat tu, tegur je. Biar sedar diri. Okay ? tegur sebab sayang, kan ? :D



Assalamualaikum. 

1 comment:

Inchermin said...

Bahasa dan gaya penulisan kau lebih hebat daripada aku. tak tipu. keep it up!