20 October 2015

Berapa Sebenarnya Bajet untuk Kahwin?





Assalamualaikum dan hai J

Harini tiba-tiba terfikir nak menaip dekat blog. So terus ke tajuk utama, bukan saya yang nak kahwin, harap maklum. Umum.

Dua tiga hari lepas ada seorang kesayangan saya yang mengadu tentang macam mana nak jimatkan bajet kahwin. Yelah, kahwin kan benda besar. Paling-paling pun nak kena bayar baju pengantin, mas kahwin, kenduri. So disebabkan saya takde pengalaman kahwin lagi, so entry ni hanya akan menghuraikan(haaaa?) berdasarkan pengalaman saya membaca blog-blog orang, pengalaman orang lain dan buku-buku yang saya pernah baca. So, here we go.

LIST : PERKARA YANG PERLU ADA DALAM SATU-SATU MAJLIS PERKAHWINAN
1 - Mas kahwin (Hukum : wajib)
Yang ni memang wajib ada dalam Islam. Tak mahal pun kalau ikutkan. Yang mahal tu disebabkan ditambah-tambah oleh pihak lain macam mak, kakak, adik, makcik dan yang seumpamanya yang sama sekali tidak akan memegang duit mas kahwin tersebut -.-‘

2 - Akad nikah (Hukum : wajib)
Yang ni dah tentu-tentulah pentingnya kan. Kalau tak, siapa pulak yang nak nikahkan, nak jadi saksi, sediakan segala borang semua tu.

3 - Walimah / Kenduri (Hukum : Sunat Muakkad)
Jarang rasanya orang kahwin tak buat walimah atau kenduri kahwin ni. Yelah, takkan orang datang tengok saje. Yedok? Tapi tak salah pun kalau tak buat. Sebab hukumnya bukan wajib, tetapi sunat muakkad yang juga bermaksud sunat yang dituntut. Ikut pada kemampuan pihak pengantin. Kalau rasa bajet tak cukup untuk buat kenduri besar-besaran, buat kecil-kecilan pun takde masalah. Tujuannya untuk meraikan orang-orang yang datang dan bagitahu kat semua orang yang anda berdua dah kahwin dan juga untuk mengelakkan fitnah. Tak berdosa aih kalau kenduri awak takde laksa Kuale Kangsor yang sedap, cendol kacang merah lebih ataupun aiskrim goyang ! dapat pahala  bagi orang makan :)

Iya, itu sahaja perkara yang WAJIB ada untuk sebuah majlis perkahwinan mengikut hukum syara’.
Kalau nak ikut adat dan trend, panjang lagilah listnya. Macam-macam kena ada seperti :

  • Pelamin (Termasuk dengan segala pintu gerbang, fresh flowers, mak andam, kerusi, lampu, backdrop dan segala bagai lagi)
  • Hantaran (gadget, kunci kereta, kunci rumah, cek duit, jam, sirih junjung, kosmetik, makanan dan lain-lain)
  • Doorgift (doorgift untuk tetamu, tetamu VIP, budak-budak dll)
  • Bunga telur
  • Photobooth
  • Photographer dan videographer
  • DJ dan MC

Dan sebagainya. Fuhh nak taip pun penat T.T

Sumpah hebat orang-orang yang buat persediaan untuk kahwin ni. Banyak benda nak kena settle untuk majlis yang paling-paling pun beberapa jam. Fuhh. Salute.

Apa yang penting, pilih segala macam persediaan tu mengikut kemampuan kita, jangan ikut orang lain dan jangan membazir.Membazir amalan syaitonn. Dia duit banyak, bolehlah duit hantaran beratus ribu, pelamin penuh fresh flowers dari pintu rumah sampai dapur, baju pengantin kembang sekembangnya. Bukan orang lain yang nak kahwin, cik berdua yang nak kahwin.

  • Semak bajet dulu baru plan.
  • Pilih plan yang berbaloi dan murah.
  • Banyakkan buat survey berbulan-bulan sebelum majlis. Bagi puas hati dulu, baru pilih.
  • Tanya pengalaman orang-orang yang dah kahwin.
  • Do It Yourself (DIY) kalau anda seorang yang kreatif atau ada kenalan yang kreatif. Banyak boleh jimat. Trust me.
  • Gunakan internet dengan bijak. There are billions of wedding ideas yang anda boleh apply untuk majlis anda. Sila search sahaja di internet. Berlambok.


Ingat, lepas kahwin lagi banyak nak guna duit. Fikir lebih banyak tentang masa depan.


Rasanya tu je lah kot dari saya, yang tak kahwin lagi ni. Kalau ada penambahan idea, boleh kongsi di ruangan komen. Akhir kata, (macam tengah berucap dah kenapa) semoga majlis anda dipermudahkan segalanya, dan diberkati Allah dunia akhirat. Barakallahu lakuma wa barakah.


Semoga Allah redha insya-Allah ameen J

No comments: