23 November 2015

I'm just a first timer facilitator

Subhanallah, Maha Suci Allah yang memegang hati-hati kita semua.
Dari dulu lagi saya sangat inginkan adik-beradik perempuan, agar boleh saya berkongsi rasa, pengalaman dan nasihat kepadanya. Akhirnya, saya dapat merasai bagaimana rasanya mempunyai adik-adik yang berbeza perangai setiap satunya, walaupun hanya untuk dua hari :)
Sabtu (21 Nov)-Ahad (22 Nov) lepas saya ditakdirkan Allah untuk menjadi ajk sebuah program yang dianjurkan oleh Nisa' Tambun. Dan telah juga ditakdirkan oleh-Nya bahawa saya perlu menjadi seorang fasilitator sepanjang program itu. First timer. I have no experience on becoming a facilitator.

Hanya Tuhan tahu debar macam mana bila kena handle enam adik-adik yang dah dikumpulkan dalam satu kumpulan.

Nurul Hanisah, Nur Hanisah, Fatihah, Izzah, Shakirah dan Ainun.

Awkward tahap apa tak tahu bila start LDK 1. Sambil cakap siap tengok modul fasi. Walaupun krik krik, tapi kami try jugak untuk keep going. Bina chemistry dulu. And it went well. I guess.
On Sunday, they started to become more active and alhamdulillah because Allah let us get into it. Jadi fasi susah kot! But alhamdulillah kami sama-sama bantu untuk tak bagi group kami krik krik :p
Seringkali saya mengeluh, berat. Bila perlu mengingati pengalaman sendiri ketika sesi LDK dalam kumpulan. Betapa tak pernah terfikir nak cerita segala pengalaman hidup pada orang yang baru saya kenal sehari.

Sampai kepada LDK yang memerlukan mereka untuk membayangkan kehidupan mereka di IPT, saya buka semula cerita bagaimana saya boleh memilih KIPSAS untuk meneruskan hidup saya. Betapa bersyukurnya rasa sebab Allah pilih saya untuk tak dapat result SPM yang cemerlang, pilih saya untuk masuk KIPSAS. Alhamdulillah. Sungguhlah, Allah Maha Mengetahui.
Kalau bukan sebab saya masuk KIPSAS, mungkin saya tak dapat kenal dengan adik-adik ini. Yang hatinya masih bersih suci, yang masih elok dijaga ibu ayah yang prihatin akan akhlak mereka. Allah Allah.

Sebelum program berakhir, saya rasa sangat gelisah. Sebab tak prepare apa-apa untuk bagi pada adik-adik ni sebagai tanda ingatan. First time kannn. Tiba-tiba teringat ada buku nota. Saya contengcoret kan sedikit kata-kata untuk adik-adik ini. Walaupun belum tentu mereka akan simpan selamanya, saya harap saya mampu untuk hidup dalam helaian-helaian kenangan manis dalam hidup mereka.

Saya tak pernah expect orang lain akan faham apa yang saya cakap dan cuba nasihat. Saya tak pernah reti nak bagi nasihat. Sesak rasanya bila orang tanya pendapat atau nasihat. Sebab rasa tak layak langsung. Sebab masih banyak kurang dan lopongnya diri saya. Tetapi, adik-adik ini sudi menadah telinga untuk mendengar cerita yang tak seberapa dari seorang saya.

Di akhir program, mereka perlu menulis komen mengenai program secara keseluruhan. Rata-rata kebanyakan dari mereka memberikan komen yang baik. Ah! Rasa macam tak layak untuk menerima komen sebegitu baik.

Untuk kalian berenam ;
Kak Aten rasa bertuah sangat sebab dapat peluang untuk kenal korang semua. Even cuma dua hari, it means a lot. Terima kasih sudi jadi bahan eksperimen akak as first timer faci :p semoga segala yang kita kongsi, cerita dan rasa akan jadi pengalaman yang berharga untuk kita. Terima kasih sebab jadi salah satu momen terbaik yang akak pernah ada dalam hidup.

Sayang korang bebudak, lillahi ta'ala <3

17 November 2015

Resepi Homemade Ice Cream

Assalamualaikum dan hai :)

Disebabkan terlalu bosan duduk kat rumah dan tak buat apa-apa, seorang Fathin telah meng-google segala resepi homemade yang boleh dibuat. Makan, minum, makan, minum. Itu sahaja kerja beliau. Luls. Dan ini adalah salah satu resepi yang sangat menarik perhatian. Aiskrim k, buat sendiri. Jimat duit tak payah pergi beli dah.
Resepi ini diambil dan dipelajari dari blog : http://badariahabdrahman.blogspot.my/2011/04/aiskrim.html


Bahan-bahan untuk Homemade Ice Cream :


  • Susu cair @ Susu segar - 400ml
  • Susu Pekat - setengah cawan (Nak kurangkan pun boleh, sebab masa buat haritu macam manis sangat untuk saya. Ikut lidah masing-masing, okay?)
  • Ovalette (Pastikan cari yang HALAL!) - 2 sudu besar
  • Esen Vanilla - 1 sudu kecil
  • Oreo - suka hati banyak mana nak letak (depends nak letak topping mende, chocolate chip ke, chocolate rice ke, peanut ke.)
p/s : Kalau nak tambah perasa pun boleh, tambah masa sebelum letak topping. Kacau sebati.


Cara-cara : 
  1. Mix semua bahan kecuali oreo dalam mixer @ blender untuk 10-20 minit.
  2. Masukkan dalam bekas.
  3. Letak topping.
  4. Freeze.
  5. Makan :D
Ni je gambar aisrim yang sempat ambil. Yang dalam bekas lupa nak ambik sebab sedap sangat makan. Ni bukan masuk bakul angkat sendiri okay :> 


Okay done. Selamat mencuba !