21 December 2015

Ummu Sulaim :)

4th December 2015 // 22 Safar 1437H
Srikandi Syurgawi @ TV3


- Ummu Sulaim
- Ketika Abu Talhah yang belum Islam ingin meminangnya, dia jawab dengan berhikmah, 
"bukan aku tak boleh terima pinanganmu, tetapi kerana kamu bukan Islam."
- Lalu Abu Talhah menjawab, "aku boleh berikan emas dan perak sebagai maharmu."
- Ummu Sulaim menjawab, "jika engkau masuk Islam, itulah maharku." Subhanallah.
- Ada pendapat yang mengatakan mahar Ummu Sulaim adalah mahar terindah.


- Ketika Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah, penduduk di sana beri kain, makanan semua. Tapi Ummu Sulaim memberikan harta yang paling berharga kepada Nabi iaitu anaknya, Anas bin Malik yang ketika itu berumur 9-10 tahun.
- Anas menceritakan, kalau dia tak buat atau lupa sesuatu tugas, Nabi tak pernah tanya "kenapa tak buat?"


- Ada satu ketika, salah seorang anak Ummu Sulaim meninggal dunia. Dia pesan pada semua orang, biar dia sendiri beritahu suami dia, Abu Talhah.
- Abu Talhah balik rumah, tanyakan macam mana keadaan anak. Ummu Sulaim jawab, "dia berada dalam keadaan paling tenang. " 
- Ummu Sulaim memberi suaminya makan, minum, bersembang dan melayan suaminya. 
- Tiba-tiba dia bertanya pada suaminya, "wahai suamiku, bolehkah kalau seseorang meminjam barang milik orang lain, tetapi dia tidak mahu memulangkannya semula?"
Ahu Talhah jawab, "mana boleh. Kena pulangkan."
-Ummu Sulaim jawab, "anak yang dipinjamkan Allah pada kita telah Allah ambil semula."


- Abu Talhah marah, pergi jumpa Nabi dan ceritalah apa Ummu Sulaim buat. 
- Rasulullah tanya, "adakah semalam kamu menjadi pengantin?" (hikmah ni. Nabi tak tanya semalam kamu bersetubuh ke).
- Abu Talhah jawab, ya. 
- Lepas tu Rasulullah doakan semoga rahmat Allah turun kepada kalian.
- Ditakdirkan Allah, Ummu Sulaim mengandung, dan lahirlah anak yang bernama Abdullah. Diceritakan Abdullah ni dikurniakan ramai anak dan semuanya mahir dalam ilmu al-Qur'an. Berkat dari kesabaran dan ketaqwaan nenek mereka, Ummu Sulaim.


- Ada satu ketika, Nabi tengah tidur. Sampai berpeluh Nabi tidur. Bila Nabi bangun, Ummu Sulaim pergi kutip peluh Nabi. Dia nak campurkan dalam minyak wangi dia :')

- Semasa Perang Uhud, Ummu Sulaim turut serta bersama Saidatina Aisyah, memberi rawatan dan air kepada tentera Islam. Anak dia, Anas cerita sampai terdengar bunyi ibunya berlari nak tunjuk betapa bersungguhnya.
- Dalam Perang Hunain, Ummu Sulaim turut serta walaupun sedang sarat mengandung. Dia bawak pisau kecik. Bila orang tanya, "kenapa kamu membawa pisau? "
Ummu Sulaim jawab, supaya nanti kalau-kalau ada musuh Islam serang, dia boleh terus hunus dan bantu bunuh.


- Ummu Sulaim selalu beri hadiah pada Nabi, daging kambing, tamar.
- Ada suatu ketika, beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "adakah apabila wanita bermimpi mereka perlu mandi wajib?"
- Rasulullah jawab, "ya. Apabila keluar air mani.
- Lepas tu Ummu Sulaim tutup muka sebab malu tanya soalan tu kat Nabi.
- Saidatina Aisyah berkata, "sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, kerana mereka bersungguh-sungguh dan tidak malu dalam mencari ilmu."


- Nabi memuliakan ahli keluarga Ummu Sulaim, termasuk anak-anaknya yang masih kecil.
----------------------------------------------
PENGAJARAN ; 
i) gunakan apa yang kita ada untuk Islam
Contoh : Ummu Sulaim beri anak dia untuk berkhidmat pada Nabi
ii) untuk yang belum berkahwin, betulkan niat sebelum berkahwin. Kahwin mesti semata-mata kerana Islam 
iii) sabar dalam menghadapi ujian
iv) jangan malu bertanya dalam mencari ilmu.


©Noted by atenmunirah.
semoga bermanfaat :)

P/s : Sikit je. Dengar lagi 15 minit nak habis


Insya-Allah mulai hari ini akan share segala notes yang sempat ditonton atau didengar di sini juga selain di group-group whatsapp. Kalau ada yang salah, tolong tegur. Untuk kebaikan bersama.
Semoga bermanfaat walaupun sedikit. Wallahu'alam :)

No comments: