07 January 2016

Pinjaman Pengajian Tinggi Perak

Bismillah.



Okay, short post. Sesiapa yang dah dapat tawaran untuk sambung pengajian sama ada Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) boleh mohon Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.
Pinjaman ni boleh berubah jadi biasiswa kalau pointer korang 3.5 ke atas masa belajar tu. So, why don't you give it a try kan? Tak payah lah pinjam PTPTN dah

PINJAMAN INI DIBUKA DARI 3 JANUARI 2016 HINGGA 31 MAC 2016 SAHAJA.

  Syarat-syaratnya :


  • Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
  • Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.
  • Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. (Sila lihat senarai IPT yang ditaja)
  • Belum menerima pinjaman dari mana-mana pihak.
  • Salinan dokumen mestilah diperakui sah.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta lewat diterima dari tarikh tutup permohonan akan terbatal dengan sendirinya.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya. 



Untuk maklumat lanjut, boleh ke klik sini ---> Pinjaman Pengajian Tinggi Perak
Untuk baca blog orang yang dah pernah mintak pinjaman ni, klik sini ---> Blog Koki Athirah

Harapnya membantu untuk sesiapa yang nak sambung belajar dan taknak pinjam Ptptipu eh. Bai Assalamualaikum ! 

6 comments:

Jiha Laa said...
This comment has been removed by the author.
Jiha Laa said...

salam, awak pinjam ke pinjaman ni ? saya nak tanya if kita dah dapat pinjaman ni then dia ada tak sekatan bagi duit kalau pointer sem menurun or etc ?

Anonymous said...

Ada... Sekatan bagi pointer yg bawah 2.0

Anonymous said...

Klau saya menerima tawaran pinjaman ni . Kemudian , saya nak mohon jpa , boleh ke saya hentikan pinjaman ni ?

salz said...

Boleh hee sy tlg jwb 😅

atenmunirah said...

Ya Allah maaf tak perasan komen-komen. Nasib ada yg tolong jawab, terima kasih :)