22 April 2016

Reality does hit hard tonight


Selesai membaca langit vanilla untuk entah kali ke berapa sejak membelinya 2 tahun lepas. Buku puisi saya yang pertama. Menjerit kecil tatkala jumpa buku puisi kali pertama di Kedai Buku 1 Malaysia. Budak-budak betul.

Tak terniat pun nak baca entah tak tahu kenapa lepas Maghrib laju tangan ambil dua buku Kak Wani, Langit Vanilla dan Mesin Cahaya Masa. Buku Kak Ana Rafalli dengan buku Kak Fynn Jamal dah selamat bertukar tuan (semoga baik-baik saja di Sabah sana!) tetapi entah kenapa buku Kak Wani terasa susah untuk saya lepas. Mungkin kerana buku-buku yang lain saya hanya beli kerana ikut-ikutan, atau mungkin buku itu sedang jadi perhatian ketika itu.

Selesai satu cerita dari buku itu saya baca, saya hanya mengangguk-angguk sendiri. Iya, iya. Ini yang saya lalui dalam kehidupan saya. Yang terbaru mungkin semalam, atau lebih tepatnya subuh itu. Sudah. Mungkin sudah tiba masa untuk buang jauh-jauh perkara pahit itu. Walaupun jarak usia kami agak jauh, tapi saat saya membaca tulisan Kak Wani, saya terasa semuanya seakan ditulis khusus untuk saya dari seorang kawan (tapi bukan kesemuanya, tambahan pula bahagian suami isteri itu. haha).

Saya semakin faham dan mula belajar bahawa realiti dan angan-angan itu sangat jauh bezanya. Sangat jauh. Umpama telefon bimbit besar gedabak yang zaman dulu….dengan Sony Xperia Z5 (inspired dari jamban duduk dan kayu jati Kak Wani dalam kisah Halimunan. Hiks).

Angan-angan adalah seperti kertas origami yang kita bentuk sungguh-sungguh dan teliti, satu persatu sambil menonton video dari pakar di laman youtube dan akhirnya hasilnya sama sepenuhnya dengan hasil pakar tersebut. Dan realiti adalah seperti ketika awak sedang mula melukis pemandangan laut yang indah di depan mata awak tetapi akhirnya ianya terhasil menjadi seperti lukisan kanak-kanak 5 tahun dengan bukit-bukau serta matahari di antara bukit-bukit itu. Tidak lupa juga sawah padi di hadapannya.

Saya makin menerima yang---hidup adalah sebetul-betul realiti. Setinggi dan selama mana pun kita berangan-angan, selagi tiada usaha dan kurang sabar serta semangat dan redhanya ianya adalah sia-sia. Belajarlah menerima ujian dengan tenang, mana mungkin kita boleh sampai hujung lautan kalau tak berenang sambil dihempas ombak beribu kali, kan? Keep going, self. He Knows well. He Knows all.


Terima kasih Tuhan untuk rasa ini.
Terima kasih Kak Wani untuk buku ini.
Terima kasih hati untuk segala kerjasama selama ini.




p/s : Luna Gugur ke Riba really hit me. And page 23 too.

No comments: