03 July 2016

Kecik.

Pejam celik pejam celik dah malam ke 29 Ramadhan dah. Rasa macam baru je start puasa, start nak excited pergi bazaar Ramadhan (3 kali je kot pegi tahun ni. Entohlew tak kira pulok), rasa baru lagi excited duk piker goals untuk Ramadhan kali ni. Tercapai ke tak? Maybe sebahagian je kot. Hidup dah 22 tahun, puasa dah berbelas tahun, entah bila puasa terbaiknya pun tak taulah. Tak reti-reti nak upgrade diri sendiri agaknya ye Fathin? *sigh*


Sebenarnya tak tahu nak cerita ape, tapi nak update jugak blog sebab rasa dah lama tak update and ter-dapat semangat dari kak Umairah sebab tak tau lah ngape setiap kali baca dia punya post, mesti aku rasa nak jugak menulis kat sini. Takde kaitan? Okay. Haha


Sepanjang Ramadhan tahun ni memang banyak benda yang jadi. Dari PRK KK, hantar Aam masuk Kipsas, all those hikmah dalam sehari-hari hidup. Tapi satu pun aku tak tulis kat mana-mana sebab…………………


Malas.


Insya-Allah kalau rajin nak menaip kat sini (atau kat ig, eheh) akan kutuliskan suatu hari nanti yang belum pasti bila. Of course selagi ingat lah ceritanya. Okay, nak tulis satu cerita ;


Minggu lepas abah tak sihat. Tapi still beliau gagahkan jugaklah untuk puasa. Cuma balik kerja awal, half day. And masa berbuka puasa, ibu dah pergi solat Maghrib. Aku dengan abah je kat meja sebab kitorang memang jenis makan dulu solat while aam dengan ibu jenis makan sikit, pastu solat baru sambung makan. Okay back to the story, abah punyalah paksa suap makanan dalam mulut sebab lapar kan, tapi tak larat nak makan. Biasalah orang tak sihat, manalah larat nak makan, selera pun hilang. While aku kat sebelah, macam biasalah. Makan macam berhari-hari tak makan.


Bila dah tinggal beberapa suap lagi tu baru aku slow down makan, tengok abah. Macam tak luak je makanannya. Sebab tak selera lah kot. Dan terus terfikir, nikmat selera makan ni pun tak semua orang dapat kan kadang-kadang? Aku selalu fikir orang yang dah nampak makanan depan mata, mestilah selera nak makan. Tapi..salah rupanya. Kalau Allah cakap takde selera, makanan sedap mana depan mata pun belum tentu kita rasa nak makan. Kadang-kadang makanan simple macam telur dengan kicap pun kalau Allah bagi kita nampak benda tu menyelerakan, dua tiga kali jugak aaa tambah kan.


Benda-benda yang kita rasa kecik macam ni pun sebenarnya tak ke mana kalau Allah tak bagi rasa tu. Tinggal untuk Dia sebut “Kun, fayakun”. And because of that, aku sedar yang banyak sangat nikmat-nikmat yang Allah bagi, yang kita rasa biasa, benda kecik, remeh tu sebenarnya kalau Allah cakap tak, takkan jadi. Cuba bayang kalau Allah tak bagi satu je sel bergerak dalam badan kita, entah apa jadi agaknya. Tu belum satu organ, satu sel. Allahuakbar.



We’re nothing sebenarnya. Semoga kita semua makin sedar diri dengan segala hikmah yang Allah hantar pada kita setiap hari. Pesanan untuk diri sendiri. Jangan reti tulis je oii Fathin.


Selamat menghabiskan sisa-sisa Ramadhan lagi dua hari, dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :) Selamat balik kampunggggggg


Till then, salam.

2 comments:

Anonymous said...

Sekecil nikmat dipandangan kita, tapi besar sekali ertinya dipandangan yang tak memiliki.

Semoga sekeluarga sihat selalu.

atenmunirah said...

Salam :)
Itulah kan. Kadang-kadang kita ni lupa apa yang kita ada tu ada orang yang takde. Lupa nak bersyukur.

Semoga sihat juga. Terima kasih atas doanya :)