23 June 2017

21 June 2017

Kahwin? Wow.

Alhamdulillah selepas last post adalah bulan Januari yg lepas, akhirnya seorang Fathin terbukak hati nak update blog. Ada blog rupanya ~~~ �� nasib baik blog tak delete terus kalau tak update berbulan.

Dah 26 Ramadhan. Malam ni malam ke 27. Lailatul Qadar? Maybe. Only Allah knows :)

Disebabkan tiga empat hari ni we in LF talked about marriage, sejak dari ibu duk mention "kahwin" for about three times in a night haritu, buat aku berfikir banyak sebenarnya.

I used to say that please don't talk about marriage to me. Or just last two months, I said to my kakak usrah,

"kak, taknaklah kawen. Macam susah je."

And anything related to my disagreement on marriage.

Sebenarnya bukanlah taknak kawen ke apa pun. Cuma sebab rasa tak mampu, tak layak, tak boleh dan segala tak lagilah yang membuatkan aku sangat takut nak fikir tentang benda ni.

What if aku tetap jugak malas kalau dah kawen? Tak rajin nak masak, nak kemas, bangun sesuka hati kejap awal kejap lambat. Sia-sia kau kena pandang enteng dengan mak mertua ��

Tapi tah lah, kadang-kadang at some point, I was like...bahagianya tengok orang dah kawen. Ada kawan yg boleh faham luar dalam and tetap terima kita seadanya (selain dari family), ada yang tolong push bila tengah down, ada yang boleh ajak, bawak pergi program (tanpa fikir nak tumpang sape ehehe).

Kalau cakap tentang kawen, sampai bila-bila tak habis. Tambah dari perspektif orang yang masih bujang ni. Takut itu, takut ini. Berangan itu, berangan ini. Huhu.

Mungkin satu je kot untuk kawan-kawan yang bakal kawen (dan untuk diri sendiri yg tak tau kawen ke idok), apa-apa pun yg kita tak atau belum reti tu, kita boleh belajar. Mak-mak kita pun bukan baru kawen terus power mengemas, memasak, semua tu. Even dari bujang pun, bukan terus jadi habit. Semua start dengan satu paksaan, kan? Slow-slow, even kita ni pun bukan terus kita pandai jalan dari kecik. Jatuh beribu kali dulu, baru pandai. Sampai berlari terus.

Bak kata anum,
takkanlah nok bior laki dok make kea ��

Kisah ape kalau kita gorengkan telur dengan kicap je pun. Kalau lapar, makan jugak kan. Haha. (tapi harap-harap takde sape yg dapat laki yg tak memahami/baran. Wuu mintak dijauhkan kang tak pasal kena maki sebab tak reti masak)

Semoga yang baik-baik saja untuk semua. Ramai betul kakak-kakak nak kawen lepas raya ni. Makan lauk kenduri lah kitaaa.

P/s : hold dulu sesi mencari calon ya, enung ����

12 January 2017

Confusing



It’s the time of the year again.
Masa untuk adik-adik lepasan SPM, lepasan diploma mengisi borang UPU untuk sambung lagi belajar untuk tahap seterusnya.

I don’t know why it felt somehow overwhelm setiap kali nampak iklan UPU lalu kat newsfeed facebook ataupun Instagram. Mungkin sebab benda yang dah jadi tahun lepas, buat aku jadi serik untuk apply lagi sekali kot? H a h a

Tak tahu lagi sama ada nak apply atau tak untuk tahun ni,  dengan keadaan masih tak bekerja, sumber duit bulan-bulan dari dropship dengan buku-buku preloved yang masih ada dekat rak je. Luls. Idk. It is a love-hate feeling. Nak sambung belajar, sebelum rasa tu hilang dari diri sendiri, tapi at the same time well you know why…money. Haha. Mungkin kalau aku usaha untuk cari kerja yang betul-betul sesuai dengan jadual, mimpi takkan hanya sekadar mimpi, kan?

Fathin kan, bilanya nak bersungguh (ada ada, tapi masa buat benda yang dia suka je -.-)


Well, whatever it is, semoga yang baik-baik je untuk semua orang. Semoga semua orang dilimpahi rezeki yang tak disangka-sangka dari Tuhan yang Maha Pemurah, semoga semua orang bahagia dalam redha Dia dan diberkati sampai bila-bila 😊

Doakan saya pun dimurahkan rezeki untuk kerja, sambung belajar, dapat bayar hutang PTPTN cepat-cepat, dapat buat apa yang suka,okay? Terima kasih ! 😃


Till then. Salam.
2040 | 12012017