30 June 2017

I'm fine (ii)

Salam and hai.

Pernah tak rasa macam semua benda tengah berserabut tapi kita terpaksa acah tenang dan behave walaupun hati tengah risau tahap tak tahu nak cakap?

Something feels wrong.
Ada benda yang tak kena.
Ada benda yang salah sedang berlaku.
Something wrong, somewhere.

Atau semua ni jadi hanya sebab girls tend to overthinking something? Idk. Asyik rasa risau, gelisah dua tiga hari ni. Mood rajin jangan cakap, dah ke Laut China Selatan agaknya. Bilik adalah dalam 50% je rupa bilik. Tidur pun tunggang terbalik dah waktunya.

Naah. Maybe I'm just being overthinking again.

Let's trying to sleep, shall we? Mata dah berair, tapi entah kenapa berjaga lagi.

Semoga kembali tenang.

23 June 2017

21 June 2017

Kahwin? Wow.

Alhamdulillah selepas last post adalah bulan Januari yg lepas, akhirnya seorang Fathin terbukak hati nak update blog. Ada blog rupanya ~~~ �� nasib baik blog tak delete terus kalau tak update berbulan.

Dah 26 Ramadhan. Malam ni malam ke 27. Lailatul Qadar? Maybe. Only Allah knows :)

Disebabkan tiga empat hari ni we in LF talked about marriage, sejak dari ibu duk mention "kahwin" for about three times in a night haritu, buat aku berfikir banyak sebenarnya.

I used to say that please don't talk about marriage to me. Or just last two months, I said to my kakak usrah,

"kak, taknaklah kawen. Macam susah je."

And anything related to my disagreement on marriage.

Sebenarnya bukanlah taknak kawen ke apa pun. Cuma sebab rasa tak mampu, tak layak, tak boleh dan segala tak lagilah yang membuatkan aku sangat takut nak fikir tentang benda ni.

What if aku tetap jugak malas kalau dah kawen? Tak rajin nak masak, nak kemas, bangun sesuka hati kejap awal kejap lambat. Sia-sia kau kena pandang enteng dengan mak mertua ��

Tapi tah lah, kadang-kadang at some point, I was like...bahagianya tengok orang dah kawen. Ada kawan yg boleh faham luar dalam and tetap terima kita seadanya (selain dari family), ada yang tolong push bila tengah down, ada yang boleh ajak, bawak pergi program (tanpa fikir nak tumpang sape ehehe).

Kalau cakap tentang kawen, sampai bila-bila tak habis. Tambah dari perspektif orang yang masih bujang ni. Takut itu, takut ini. Berangan itu, berangan ini. Huhu.

Mungkin satu je kot untuk kawan-kawan yang bakal kawen (dan untuk diri sendiri yg tak tau kawen ke idok), apa-apa pun yg kita tak atau belum reti tu, kita boleh belajar. Mak-mak kita pun bukan baru kawen terus power mengemas, memasak, semua tu. Even dari bujang pun, bukan terus jadi habit. Semua start dengan satu paksaan, kan? Slow-slow, even kita ni pun bukan terus kita pandai jalan dari kecik. Jatuh beribu kali dulu, baru pandai. Sampai berlari terus.

Bak kata anum,
takkanlah nok bior laki dok make kea ��

Kisah ape kalau kita gorengkan telur dengan kicap je pun. Kalau lapar, makan jugak kan. Haha. (tapi harap-harap takde sape yg dapat laki yg tak memahami/baran. Wuu mintak dijauhkan kang tak pasal kena maki sebab tak reti masak)

Semoga yang baik-baik saja untuk semua. Ramai betul kakak-kakak nak kawen lepas raya ni. Makan lauk kenduri lah kitaaa.

P/s : hold dulu sesi mencari calon ya, enung ����