atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Last Friday marks the last day of my training in Pasti Meru Raya. Setelah tiga minggu duk ulang-alik be it jalan kaki, naik bas, Uber atau abah hantar. Haha. It’s a pleasure tho. Dapat kenal budak-budak tu walaupun sekejap, and tak mengajar pun (except ajar iqra’ sikit-sikit and things). Banyak main je. Rasa macam kat situ sebagai penjaga, bukan muallimah. Haha

    From day one, it’s awkward. Sebab tak biasa ada ramai budak and kebisingan yang...subhanallah. haha. Dari dulu paling bising pun tahap apelah sangat, kat sekolah, kat Kipsas. Yang ni semua jenis ada -- jerit, menangis, nyanyi, belum masuk yang duk mengadu *picit kepala*

    Taktau sama  ada sebab tak mengajar atau dah terbiasa, tak rasa penat macam kerja yang sebelum ni. Sebab bukan kena kerja sepanjang hari kat sana, masa budak-budak tidur we get to rest and all, so rasa macam buat kerja rumah je. Tambah pulak kena sediakan makanan (bukan masak, sediakan je dalam talam), kemas, basuh and all. So, memang rasa macam buat kerja rumah je. Minus the kebisingan of course. Haha.

    I learned a lot from the kids tho. Walaupun diorang budak-budak from 4-6 years je pun, tapi they give a lot of things to think. Selain tu of course, melatih kesabaran seorang Fathin untuk berada di tahap tertinggi (walaupun kekadang fail haha). It’s an accomplishment untuk diri sendiri kot? Sebab aku teringat aku pernah cakap kat Kak Ainun, and other people...

    “taknaklah jadi cikgu, nanti takut tertampar anak orang” (since aku ni jenis cepat marah)

    Tapi suprisingly, I never land my hand on anyone at Pasti haha. Paling-paling pun jerit yang tak berapa nak kuat sebab ada yang duk main sepak terajang kepala (Ekstrem k bebudak sekarang main). Sejak follow beberapa page yang share tips macam mana nak jaga budak and all, I think marah and pukul is not the only solution untuk bagi budak-budak dengar cakap kita. Ada masa kena cakap elok-elok, bagi dia duduk atas riba cakap slow-slow dengan dia. They’ll understand it slowly walaupun sekejap haha.

    Another weird thing is..idk kenapa straight dua minggu, hari Jumaat je demam. Balik je petang Jumaat tu, mesti rasa lembik gila badan. Pandai cari masa yang sesuai untuk demam ek haha. Badan terkejut sangat kot sebab overly active melayan budak-budak. Mana taknya, hari-hari kena cekik masa main, kena angkat 3-4 orang pastu pusing, belum kira kena melayan yang suka main peluk tetiba dari belakang. Hadeww. Rindu.

    Mula-mula tu tersangatlah tak biasa sebab aku sangat-sangat jarang pegang tangan orang or vice versa. I do less skinship even to people who close to me. Tapi bila dengan budak-budak tu, rasa macam dah terbiasa. I don’t feel awkward at all after a while. Kadang-kadang sentuhan tu yang buat lagi senang kita nak memahami dorang. Idk. This is from my observation and experience.
    It’s only three weeks and I’m already attached to them. Masa tengok video yang adik Dayah buat masa Jamuan Akhir Tahun tu pun, aku ternangis sikit. Hahahaha. Payah jugak jenis overly attached ni, semua benda nak emo. Orang lain biasa je padahal. Lol.


    I’m glad that I choose to send the resume that time and of course I’m glad that I get to know every single kids there (walaupun ada yang duk tertukar nama lagi masa last day haha). I don’t expect them to remember me for a long time, but if they do, I would be happy and that’s enough for a 3 weeks muallimah :’)



    Semoga Muayyad, Asadel, Afnan, Ammar Amsyar, Ammar Solihin, Ashman, Wafi, Rusydan, Iman, Adam, Muadz, Harraz Umar, Umar Fahri, Aydin, Irfan, Adam Irsyad, Muhammad, Adeef, Aqeef, Sufi, Shafeez, Fateh, Asyraf, Syahmi Amin, Aqil, Syahmi, Qayyum, Danish, Darwish, Zaki, Waiz,Hazim, Husni, Munir, Atif Firash, Hamizan, Iman Maisarah, Nurul Iman, Kaisara, Naqibah, Sarah, Aina, Anis, Anisah, Qisya, Syasya Qaisara, Syasya Alia, Yaya, Dhia Qhairina, Dhia Qalesya, Auni, Syuhada, Ira, Damia, Amani, Azra, Amna (dan lagi beberapa yang tak ingat nama tu) sentiasa dilindungi Allah dan jadi manusia yang berguna. All of you maybe won’t understand this but I’ll make sure that I don’t forget to keep all of you in my prayers. You are now a part of happiness in my life.

    Muallimah emo, sorry. Kekeke

    Ini bukan bias but Muayyad and Asadel will always be in my mind I think. Asadel is such a happy go lucky child with his loud and clear voice. Bubbly and cheerful duk usung bantal busuk dia tu ke mana-mana. Rindu nak main sorok-sorok bantal dia btw. Huhu. Sepanjang tiga minggu, pernah nampak sekali je dia marah. Sebab taknak kongsi mewarna dengan orang lain. Tapi kalau muallimah, takpe. Haha.

    While Muayyad is..idk. Mula-mula ingat dia jenis senyap dan pendiam. Tapi bila main dengan Wafi, elok je kuat suara dia walaupun bukan menjerit kuat macam Asadel. Masa minggu last tu, his voice suddenly kuat je sepanjang masa. Baca doa pun kuat. Tapi bila muallimah tanya soalan depan-depan, senyum-senyum malu. Hadew lah. Macam anak dara. Lepas lari-lari main, mesti datang kat muallimah. Tak buat ape pun, senyum je lepas tu sambung main lagi. Dari first day macam tu. We bond like that you know. Haha.

    But one thing yang macam lekat sikit dalam kepala is, masa hari last tu. Tengah duk tengok budak-budak mewarna, tiba-tiba dia usap-usap tangan aku. Aku macam, budak ni kenape. Haha. Khamis tu aku ade bagitau dia, tahun depan muallimah takde kat sini dah tau. Muallimah gi pasti baru. Muka dia berubah. Tapi yang Jumaat tu, aku perhati je dia duk usap-usap tangan, lama. Entahlah, kita selalu ingat budak-budak tak faham erti kan kalau dah tak jumpa, tapi Muayyad ni...entah. sesuatu. Setiap kali lepas solat pun, tak pernah miss nak salam muallimah while others kadang-kadang terus main/ tidur je lepas solat. And on last day jugak I heard he called me “Muallimah” for the first time. Terharu tau. Sebab dia susah sangat nak cakap/jawab bila aku tanya soalan. I’m gonna remember you as long as I don’t lose my memory :’)

    Rasa nak nangis pun ada masa dia salam nak balik masa last day tu. Rasa macam hilang boyfriend. Haha. I’ll try to go there once in a while kalau boleh insya-Allah.

    Sorry emo lagi kekeke

    I tried to find a proper photo but no. They don't stay still at all



    Asalnya nak update sikit je sebab nak buat separate post on my first day there tapi terpanjang pulak bila duk ingat balik segala yang dah jadi 3 minggu lepas. I guess I am happy and sad kot. Sedih sebab terpaksa jauh dengan budak-budak lepas dah bonding, rapat semua. Happy sebab dapat pengalaman baru (dan hadiah kekeke) dari budak-budak tu. Sedih jugak sebab tahun depan kena hafal nama-nama baru pulak TT (minus Waiz, Muhammad, Atif Firash sebab dorang pindah Pasti baru jugak!).
    Thanks for the memories and may we get to see each other again after this. Tak jauh pun padahal dedua Pasti tu haha. Emo je lebih.

    Kalau rajin I’ll update another post on my first day there sebab ada pengalaman baru yang memang first time in my life! Haha. Till then, salam ~
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ►  2021 (1)
      • ►  July 2021 (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ▼  2017 (8)
      • ▼  November 2017 (1)
        • Updating My Life ; Muallimah Fathin
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top