Alhamdulillah for another year.
Dah nak masuk hari keempat 2019, tapi baru tergerak hati nak update blog 😂 kononnya nak lagi rajin update blog in 2019, permulaan pun dah hampeh 😂
Anyhow, so harini dah second day sekolah, and second day jugaklah pinggang dengan kaki rasa nak patah. Lain macam aktif budak-budak tahun ni. Ataupun sebenarnya Fathin yang dah tua? (24 y/o till 5th March okay 😎)
Semalam saje usik Haziq cakap muallimah taknak ajar haziq dahhh (sebab dah 5 tahun, so tukar kelas & cikgu except subjek Arab, Maths dengan Sains) lepas tu dia tutup-tutup mulut muallimah dengan tangan sebab taknak dengar muallimah cakap benda tu. Huuuu sedih i. Sebab dah overly attached dengan diorang, and sebab diorang dah macam "first born" bila start jadi muallimah. We may lack in things tahun lepas, tapi the bonding is strong. Cuma kena positifkan diri je, maybe dengan student tahun ni baru lagi jadinya belum "click" lagi kot 😂
Kelas budak-budak tahun lepas depan kelas sekarang je, tapi muallimah sendu dia macam jauh sangat. Luls. Semoga baik-baik saja, kids ❤
Life update yang lain, takde rasanya setakat ni. Orang lain ada lah banyak update nak ber-anak lah, nak kawen lah 😂 sis setakat ni kosabajapbagiakusettlelifejap.
My goals for this year would be...
1) be more grateful
2) read more
3) write more
4) speak only when it's needed (susah sikit, tapi we can try kan?)
5) control emotion
6) save more moneyyyyy
7) buy less things
Moga-moga ada yang tercapai, ameen 😂
Semoga dipermudahkan segala urusan, dari segi ibadat, diri sendiri dan hubungan antara makhluk insya-Allah.
Till next time, salam.
٢.١٩, بسم الله