24 June 2013

Ya,itu aku

ya.itu aku,
aku yang hina,
hina di mata kamu,
tidak mengapa,aku sudah biasa,
jangan rasa bersalah dengan aku,
aku mengerti akan apa yang kau cuba lakukan.
kau mahu aku jadi lebih baik bukan ?

terima kasih,
terima kasih kerana selalu berusaha untuk kebaikan aku,
terima kasih kerana selalu doakan aku,
ya,aku tahu kau doakan aku,
aku tahu.

bukan salah kau aku begini,
bukan salah kau aku terus dikeji,
bukan salah kau aku sendiri,
bukan.itu salah aku.

maafkan aku,ya ?
maaf kerana pernah menyusahkan kau,
maaf kerana menyakitkan hati kau,
maaf maaf maaf.

aku ini ego untuk meminta maaf,
berani bila di tulisan sahaja,
bila berdepan,entah,
rasanya belum pernah,
masih teruk bukan aku ini ?

ya,aku tahu.
ya,itu aku,
aku yang hina




No comments: