If and only if...
2:56 pm
Aku cemburu. Cemburu pada mereka yang punya abang dan kakak.
Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku hanya menyatakan mimpi
aku. Salah ? mungkin kau terlupa,ini blog aku. Senyum.
Tak salah bukan mahu bermimpi ? mimpi yang tak mungkin
menjadi kenyataan.
Pabila aku lihat mereka yang bergurau-senda dengan kakak
atau abang mereka,aku tersenyum. Tersenyum sambil bermimpi jika aku juga punya
abang atau kakak seperti mereka.
Jika aku punya kakak….
Pasti aku bisa bercerita segala rahsia perempuan bersama
kakakku.
Pasti aku bisa bertanya segala tips kecantikan dan nasihat
daripada kakakku setiap masa.
Pasti aku bisa bermanja dengan kakakku sambil dia menghias muka ku.
Pasti aku bisa berkongsi jubah,baju dan tudung dengannya.
Pasti dia bisa memelukku tika aku menangis.
Dan..jika aku punya abang…
Pasti aku boleh meminta pertolongannya bila berkaitan dengan
hal kaum Adam.
Pasti dia boleh menjadi temanku ketika aku keluar.
Pasti dia boleh menjadi telinga ketika aku mempunyai
masalah.
Pasti dia boleh menjadi lawanku ketika kami bergaduh,gaduh
adik-beradik biasa-biasa sahaja.
Pasti dia juga boleh menenangkan aku tika aku sedih.
Tapi..itu semua takkan terjadi. Aku tidak mungkin punya
kakak dan abang sendiri. Tidak mungkin.
Pada yang punya abang dan kakak. Beruntungnya kamu. Sangat beruntung.
Ada yang cemburu dengan kamu di sini. :)
Tak mengapa. Aku masih punya adik lelaki. Dia teman
gaduhku,dia tukang masakku. Eheh
Jaga kakak dan abang kamu elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh
selalu. Nanti rindu.
0 comments