20 July 2017

My Practical Journey (i)


Salam dan hai!

Disebabkan semalam TERbuat sesi mengimbau kenangan praktikal dengan Ziqah, so gatal tangan aa nak update pasal praktikal dulu. Haha

So, setiap orang kena praktikal kat tempat lain-lain. And semua ada pasangan, ada yang berdua, ada jugak yang bertiga. Aku of course dengan Esham (esham ni nama perempuan, bukan lelaki. I have to write this, nanti orang ingat aku sebilik dengan laki TT). Kitorang berpraktikal kat Science Discoveries Sdn. Bhd, SDSB to be short. Office tu kat Kelana Jaya.

Mula-mula memang excitedlah cerita dia sebab yelah, acah-acah independent  lah kan sebab duduk jauh dari family, dengan kawan yang selalu gila-gila pulak. Rasa macam wanita bekerjaya betul (lol!) masa tu. Tapi nope. Sila jangan berfikir sebegitu ya adik-adik haha. It is not that fun pun.

Bilik sewa kami kat area Pantai Permai, dekat dengan UM, Mid Valley semua tu. Jangan pertikai kenapa tak sewa kat Kelana Jaya, kang lagi panjang cerita haha. So yeah, bilik sewa tu serumah dengan tuan rumah, maksudnya, tuan rumah duduk bahagian bawah. Kami kat tingkat atas. Tuhan jelah tau betapa terliurnya bila tuan rumah masak sedap-sedap, bau sampai atas weh! Tapi kami kan jenis pemalu (HAHA!), jarang sangatlah nak menyembang dengan tuan rumah, apetah lagi nak menyendeng mintak sikit lauk. Pergi makan kedai jelah hari-hari sebab takde dapur kan. And thank God, kat situ pasar malam dia  3 kali seminggu! Tak payah nak fikir nak order apa kat kedai hari-hari. Haha

So, sehari sebelum start praktikal, kami saja nak test berapa lama masa dari rumah ke office. Jadi berkelanalah kami dari rumah sampai ke office. Our daily route for a month ;

Naik Rapid ke stesen LRT Universiti – naik LRT ke stesen Kelana Jaya – naik Rapid ke office (Kelana Square)

Favourite seat : hujung koc (?) sebab nak tengok sunset

Lebih kurang setengah jam ke 45 minit kot sehala. Depends on bas cepat ke lambat, and ramai orang ke tak. And yep, kalau dapat duduk dalam bas/lrt waktu pagi, anda dikira sangat bertuah. Haha. Selalunya kami akan berdiri je pagi tu, dalam lrt pegang tiang sebab taknak bagi jatuh, sekali dengan ada sorang uncle ni yang selalu dari jalan yang sama jugak. Waktu balik tu most of the time dapat duduk sebab lrt kosong dari Kelana Jaya, bas je kadang-kadang berdiri (and pernah jugak sesat sebab salah naik bas!)


Kelana Square


Office hour start pukul 9.30 pagi, which is agak lambat, keluar lewat pun takpe kan tapi disebabkan kami ni takut lewat, pukul 7.30 pagi kami dah keluar dari rumah, biasalah budak-budak kan. Takutlah kena marah haha. Selalunya sampai Kelana Square paling awal 8.30 gitu kot, so kitorang akan breakfast dulu kat cafe bawah tu, pastu gi beli stok makanan kat kedai runcit(?) kat bangunan yang sama. Naik atas, bersila depan office tunggu staff yang ada kunci datang bukak. haha. Sambil-sambil tu surf internet jelah sebab wifi office kan lajuuuu haha

Ni taktau siapa tulis, ada dalam office. haha
Overall, best praktikal situ walaupun sebulan je sebab lepas tu kena transfer praktikal kat Melaka pulak handle pameran kat sana. Merasalah macam mana orang KL pergi kerja balik kerja. Dah macam robot rasanya pergi kerja pukul 7.30 pagi, balik kerja 6.30 petang, tak sempat tengok matahari. haha.

Antara tips untuk yang nak berparktikal :
1) Cari bilik/rumah sewa awal-awal. JANGAN last minute. And sediakan dalam dua ke tiga choices sebab boleh jadi first choice tak kena dengan keadaan kita (dari pengalaman sendiri ni haha)
2. Sebelum start praktikal, check route untuk ke tempat praktikal, takdelah kang sesat masa first day.
3) Bawa mangga kunci lebih untuk kunci pintu. Duduk tempat orang, kita tak tahu macam mana kan.
4) Bawak iron sendiri, jangan pinjam bilik sebelah punya iron pulak. (we did this, sebab masa tu tak ambik lagi iron kat rumah Teah haha)
5) Hari cuti, iron terus baju untuk seminggu sebab takut tak sempat pagi-pagi, and trust me, balik kerja mesti penat, tak dan nak settle apa-apa, confirm terus tidur je lepas makan tu.
6) Jangan excited sangat kat tempat orang. Baca apa-apa yang patut masa first day masuk tu. huhu
7) JAGA KEBERSIHAN.

Insya-Allah next post (taktau bila. hiks) nak share pasal lain pulak.

Till then, assalamualaikum and have a good day!


2 comments:

Unknown said...

In the end, semua jd memori & pngalaman yg x boleh kite lupe..kn ten? ��

atenmunirah said...

of courseee. At least adalah sikit nak diingat tua-tua nanti. hehe