My Practical Journey (i)
5:38 pm
Salam dan
hai!
Disebabkan
semalam TERbuat sesi mengimbau kenangan praktikal dengan Ziqah, so gatal tangan
aa nak update pasal praktikal dulu. Haha
So, setiap
orang kena praktikal kat tempat lain-lain. And semua ada pasangan, ada yang
berdua, ada jugak yang bertiga. Aku of course dengan Esham (esham ni nama
perempuan, bukan lelaki. I have to write this, nanti orang ingat aku sebilik
dengan laki TT). Kitorang berpraktikal kat Science Discoveries Sdn. Bhd,
SDSB to be short. Office tu kat Kelana Jaya.
Mula-mula
memang excitedlah cerita dia sebab yelah, acah-acah independent lah kan sebab duduk jauh dari family, dengan
kawan yang selalu gila-gila pulak. Rasa macam wanita bekerjaya betul (lol!)
masa tu. Tapi nope. Sila jangan berfikir sebegitu ya adik-adik haha. It is not
that fun pun.
Bilik sewa
kami kat area Pantai Permai, dekat dengan UM, Mid Valley semua tu. Jangan
pertikai kenapa tak sewa kat Kelana Jaya, kang lagi panjang cerita haha. So
yeah, bilik sewa tu serumah dengan tuan rumah, maksudnya, tuan rumah duduk
bahagian bawah. Kami kat tingkat atas. Tuhan jelah tau betapa terliurnya bila
tuan rumah masak sedap-sedap, bau sampai atas weh! Tapi kami kan jenis pemalu
(HAHA!), jarang sangatlah nak menyembang dengan tuan rumah, apetah lagi nak
menyendeng mintak sikit lauk. Pergi makan kedai jelah hari-hari sebab takde
dapur kan. And thank God, kat situ pasar malam dia 3 kali seminggu! Tak payah nak fikir nak order
apa kat kedai hari-hari. Haha
So, sehari
sebelum start praktikal, kami saja nak test berapa lama masa dari rumah ke
office. Jadi berkelanalah kami dari rumah sampai ke office. Our daily route for
a month ;
Naik Rapid
ke stesen LRT Universiti – naik LRT ke stesen Kelana Jaya – naik Rapid ke
office (Kelana Square)
Favourite seat : hujung koc (?) sebab nak tengok sunset |
Lebih kurang setengah jam ke 45 minit kot sehala. Depends on bas cepat ke lambat, and ramai orang ke tak. And yep, kalau dapat duduk dalam bas/lrt waktu pagi, anda dikira sangat bertuah. Haha. Selalunya kami akan berdiri je pagi tu, dalam lrt pegang tiang sebab taknak bagi jatuh, sekali dengan ada sorang uncle ni yang selalu dari jalan yang sama jugak. Waktu balik tu most of the time dapat duduk sebab lrt kosong dari Kelana Jaya, bas je kadang-kadang berdiri (and pernah jugak sesat sebab salah naik bas!)
Kelana Square |
Office hour start pukul 9.30 pagi, which is agak lambat, keluar lewat pun takpe kan tapi disebabkan kami ni takut lewat, pukul 7.30 pagi kami dah keluar dari rumah, biasalah budak-budak kan. Takutlah kena marah haha. Selalunya sampai Kelana Square paling awal 8.30 gitu kot, so kitorang akan breakfast dulu kat cafe bawah tu, pastu gi beli stok makanan kat kedai runcit(?) kat bangunan yang sama. Naik atas, bersila depan office tunggu staff yang ada kunci datang bukak. haha. Sambil-sambil tu surf internet jelah sebab wifi office kan lajuuuu haha
Ni taktau siapa tulis, ada dalam office. haha |
Antara tips untuk yang nak berparktikal :
1) Cari bilik/rumah sewa awal-awal. JANGAN last minute. And sediakan dalam dua ke tiga choices sebab boleh jadi first choice tak kena dengan keadaan kita (dari pengalaman sendiri ni haha)
2. Sebelum start praktikal, check route untuk ke tempat praktikal, takdelah kang sesat masa first day.
3) Bawa mangga kunci lebih untuk kunci pintu. Duduk tempat orang, kita tak tahu macam mana kan.
4) Bawak iron sendiri, jangan pinjam bilik sebelah punya iron pulak. (we did this, sebab masa tu tak ambik lagi iron kat rumah Teah haha)
5) Hari cuti, iron terus baju untuk seminggu sebab takut tak sempat pagi-pagi, and trust me, balik kerja mesti penat, tak dan nak settle apa-apa, confirm terus tidur je lepas makan tu.
6) Jangan excited sangat kat tempat orang. Baca apa-apa yang patut masa first day masuk tu. huhu
7) JAGA KEBERSIHAN.
Insya-Allah next post (taktau bila. hiks) nak share pasal lain pulak.
Till then, assalamualaikum and have a good day!
2 comments
In the end, semua jd memori & pngalaman yg x boleh kite lupe..kn ten? ��
ReplyDeleteof courseee. At least adalah sikit nak diingat tua-tua nanti. hehe
ReplyDelete