sanah helwa ya Rasulullah :)
11:48 pmtadi jumpe gbr2 neyh.
comel kan?
haha.
simple jek care dye terangkan kisah Rasulullah S.A.W.
dulu,mase kat seratas,
mase kuliah jumaat,
ade senior aq penah cite pasal saat2 kematian Rasulullah,
sedeyh sgt.dgn background music lagi.
rindu.
tibe2 teringat mase ustazah aq cite pasal sirah Baginda kat tadika.
ustazah cerita kat sekolah agama petang2.
yang paling basic kite semue tau,
nama baginda,Muhammad bin Abdullah
ayah baginda,Abdullah bin Abdul Mutallib,meninggal dunia mase Rasulullah dlm kandungan
ibu baginda,Aminah binti Wahab,meninggal dunia mase Rasulullah berumur 6 tahun
lepas ibu baginda meninggal dunia,baginda dijage oleh datuk baginda,Abdul Mutallib
lepas datuk baginda meninggal dunia,pakcik baginda Abu Talib pulak jage.
tadi bace neyh: nabi Muhammad S.A.W.
tuh kire basic la kan?
dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. ade ckp:
- Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
“SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW”
# maseh berusaha untuk menjadi lebih baek:)
assalamualaikum.
3 comments
ana uhibbu rasulillah ;D bersamaa2 mnjadi yang lebih baik ;]
ReplyDeleteamin:)same2 lah kite.
ReplyDeletesedih :'(
ReplyDelete