20 days and that's enough

1:28 pm

Ahad lepas officially berhenti kerja kat ____________ (tempat dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan haha). Actually 2 minggu lepas dah berhenti, tapi jumaat lepas manager whatsapp mintak tolong untuk Sabtu dengan Ahad, so layankan je lah. Dapat jugak duit nak beli tiket pergi balik Kuantan untuk konvo. Hee

Untuk sepanjang lebih kurang 20 hari kerja kat situ, it’s a nice experience lah jugak. Cuma hari pertama dengan kedua, rasa terseksa gila kaki sebab kena berdiri lama. Mungkin sebab dah lama sangat bersenang-lenang kat rumah agaknya. Terkejut kaki. Ingat lagi, balik-balik rumah malam tu, mengadu kat ibu, cakap taknak kerja dah, siap nangis-nangis mengadu kat ainum. Silly k silly bila ingat balik -.-

Tempat kerja tu dalam mall, so memang akan jumpa macam-macam jenis oranglah dalam satu hari tu. Macam-macam kisah hidup orang pun dapat tahu.

Yang suka senyum je memanjang, yang jenis malu-malu je bila jumpa, yang suka buat kecoh, yang busybody, yang suka berkongsi, bagi nasihat, semua jenis pun adalah. Dan yang paling annoying ialah yang jenis gatal dan tak sedar diri. Iya, ada. Dan sangat menakutkan -_______-

For once in a while, saya akan fikir yang dunia luar ni sangat menakutkan dan sangat tak best. Tak semua orang akan tolong kita bila kita susah, tak semua orang akan senyum balik pada kita bila kita senyum pada dia, dan tak semua orang akan gladly untuk kongsi apa-apa dengan kita. Tapi, bila ada masa-masa yang orang hargai dan buat kebaikan pada saya, instantly saya akan rasa yang….dunia ni takdelah teruk mana kan? :)

Memang akan ada masa-masa yang kita rasa nak duduk dalam rumah je, taknak campur dengan dunia luar sebab it’s a teribble place to go semua tu, tapi..we can’t help it kan? Sampai bila nak terkurung je dalam rumah? Dah kalau stok makanan habis, tak payah keluar beli ke? Kalau dah takde buku nak baca, tak payah keluar ke nak beli baru?

“online kan adooo sahut suara kecil dari orang lain.”
“oii kalau beli online pun kena keluarlah nak pergi ambik kat posmen. Haha”

K. abaikan.
Overall, kerja best je. Tapi nak jumpa kerja yang betul-betul buat kita selesa dari semua segi (solat, waktu rehat, skop kerja,gaji etc) agak susahlah. Ini bukan memilih kerja eh btw,tpm. Luls. Zaman sekarang, macam-macam jenis kerja ada. Syarat pun dah pelik-pelik, tak boleh pakai tudung, tak boleh solat, tak boleh pakai baju labuh-labuh etc. pernah baca kat social media, akak ni nak apply kerja kedai kasut, syarat dia tak boleh pakai tudung. What the?? Apa kaitan tudung dengan kasut? Adakah tudung tu akan merosakkan kasut? Dunia akhir zaman. Hm.

Bilalah agaknya nak merasa macam negara Islam yang sebenar-benarnya. Hm.
Let’s make a change. Dari sekecil-kecil benda yang kita usaha, mana tahu boleh ubah masa depan kan? Dunia.

Till then.


P/s : my favourite thing masa kerja is tengok orang lain buat kerja diorang dan bila customer cakap terima kasih ;)

You Might Also Like

0 comments