#AtengBaca : Suri Hati Tok Guru Nik Abdul Aziz

4:34 pm

Assalamualaikum ❤

Alhamdulillah selepas lama tak membaca (sedihnya dengan diri sendiri, dulu padahal tulis hobi suka membaca 😢), akhirnya selesai baca satu buku. Tu pun nipis je, berzaman nak habis. Idk betul ke tak sebab dah lama tak update goodreads, rasanya ni first book yang dibaca dalam tahun ni kot? oh my Fathin why so teruk TT

Buku ni dibeli sekali dengan akak-akak dalam group WhatsApp, Kak Tikah ajak beli sekali untuk jimat postage and of course to share the goodness about this one wonderful woman <3 Dah lama beli, tapi bulan April baru terasa nak selak *sight*


Tengok cover je pun rasa sebak (al-Fatihah untuk Tuan Guru)

Buku ni takdelah cerita menyeluruh satu-satu tentang Datin Hajah Tuan Sabariah (Che Yah) dari A to Z, tapi dengan cerita-cerita dari buku ni boleh buat kita kenal dan kagum dengan wanita yang sentiasa ada di sisi Murabbi Ummah, Tuan Guru Nik Aziz. Dari cerita mengenai awal perkahwinan sehinggalah ke hujung hayat Tuan Guru, semua diceritakan serba sedikit dalam buku ni. Sedikit, tapi padat. 

Excuse my PRU ink yang entohle bila nak hilang

Dari bacaan sahaja, dah boleh bayang macam mana lembutnya Che Yah, macam mana sopan-santunnya beliau. Ditambah pulak dengan pertalian darah dengan keturunan diraja, so segala protokol, kelakuan pun sangat dijaga dengan berhati-hati. (Inspiring!) Mari doakan seorang Fathin menjadi sopan juga. Mesti segan kalau ada rezeki boleh jumpa dengan Che Yah (insya-Allah).

Overall, buku ni best! Teringin nak cari buku yang cerita lagi details tentang pasangan sejoli ni (siapa tau boleh suggest! ).

Apa lagi yang terbaik buat seorang isteri apabila suami berkata "Semuanya sudah sempurna?"
:')

Semoga dipermudahkan untuk menjadi pembantu dan 'tulang belakang' seperti Che Yah suatu hari nanti insya-Allah. Kalaupun bukan untuk seorang suami, moga-moga untuk sahabat-sahabat seperjuangan :)


You Might Also Like

0 comments