atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    It's been a while.
    To feel like this.
    Senseless.
    Feelingless.

    Overthink.

    Rasa sedih sebab terlebih fikir tentang hal-hal yang sepatutnya dianggap kecil. Hal-hal yang sepatutnya tak perlu pun untuk difikirkan secara berlebihan.

    Moga Allah beri tenang semula.
    Doakan saya.

    0312019

    #np - https://www.youtube.com/watch?v=3NaFSSsj--Q
    baru selesai bercerita tentang umrah. rindu pada yang belum pernah bertemu.



    Continue Reading

    Musim konvo kembali. KUIPSAS, KUIS, KIAS semua duk pakat konvo minggu ni. Aam dah konvo. Alhamdulillah. Merasalah dengar (dan nyanyi sikit-sikit) lagu KUIPSAS yang dah lama tak dengar. Merasalah ternampak beberapa orang pensyarah yang tak sempat nak tegur langsung sebab semua busy ke sana sini. Merasalah tengok sekilas pandang Canselor baru KUIPSAS,  Pemangku Raja Pahang. Merasalah suasana duduk luar dewan menunggu orang dalam dewan keluar. Tak tahu lagi sama ada Allah akan bakal bagi rezeki untuk sambung belajar lagi ataupun tak, semoga yang terbaik dan tepat pada masanya, mudah-mudahan.

    Ada sikit rasa rindu.
    Ada sikit rasa menyesal.
    Ada sikit rasa sayu.

    Rindu suasana masa belajar kat KUIPSAS. Menyesal sebab tak belajar elok-elok masa Allah dah bagi peluang. Sayu sebab tak dapat achieve the highest I can get that time.
    Walaupun orang kata ranking and title is not everything, but it’ll definitely means something, kan?

    Nampak ada budak batch Aam dapat anugerah SAS (the highest award on KUIPSAS convocation), nampak kawan-kawan se-diploma dulu duk dapat anugerah itu, anugerah ini masa konvo. Happy, and proud for them. Sambil membayangkan what have I done in my life?

    But! Don’t think about it too long. We have our own journey, and we must embrace every single of it, aite?

    Tak lama lagi ada beberapa orang sekeliling yang bakal ‘meninggalkan’ Fathin.
    Ada yang nak kawen, ada yang nak berhenti kerja.

    Sad, but life must go on. Kuat tak semestinya bila ada ramai, sorang-sorang pun boleh kuat, kan?
    Minta pada Allah, untuk bukan saja bagi kuat, tapi juga bagi sabar.

    Sabar – redha – kuat, it’s all related. And it is all easily said than done.

    Doakan fathin, ye? :’)

    Continue Reading
    Ternyata kita hanya pandai menulis pendapat dan kata-kata indah untuk tatapan manusia semata. Cuma untuk disebar ke segenap aplikasi dan media sosial, dari Facebook, Twitter, status WhatsApp ke Instagram 'story'.

    Nah bila mana ujian sebenar terbuka di depa mata,

    mana rasa kuat yang kita salurkan pada yang lain ?
    mana semangat positif yang kita laungkan selama ini?

    Mana?

    Ternyata kita hanyalah manusia yang cuma pandai mengindahkan kata-kata tanpa memahami semua di balik cerita dan rasa.

    22:28
    20082019
    Continue Reading

    Harini koyak. Sebab tak boleh tulis berita program Ahad lepas dalam masa 2 hari. Sebab biasa lagi satu, sebab taknak susahkan orang untuk tumpang pergi meeting.

    Idk lah.

    Duk merungut, duk membebel, duk mengadu kat orang.
    Dah tu bilanya nak ambik lesen? Find your own alternative lah, Fathin.

    Rasa serabut & kucar-kacir dah hidup. Lepastu tak boleh nak bezakan mana satu keutamanaan mana satu benda yang  membuang masa. Tertidur awal, lepas tu esok menyesal. Ulang sampai sejuta kali.

    Kelakar kan kita ni, manusia? Bila sampai satu tahap tu cakap nak berubah, nak jadi better, bila sampai satu tahap --- terduduk. Ulang semula benda yang kononnya dikata nak stop tu.

    Konon nak mintak tolong orang-orang yang dipercayai mampu untuk bantu kita, alih-alih tertinggal sorang. Lepas tu buat ayat sendu (akulah tu) sebab takde sape nak dengar cerita kita. Pastu duk hashtag #ForeverAlone pahceroh. Halahhhh



    Apa agaknya yang buat kita rasa susah sangat untuk bergantung hanya dan satu-satunya pada Dia from the first time it feels hurt, anxious dan serabut?


     Btw, haritu terjumpa satu video ni masa tengah bersiap-siap nak pergi kerja. It feels so close to my heart. So, Fathin being Fathin ; ulang seratus juta kalilah bila dah suka tu. 

    Furqan, Naufal - Jalan Air Mata, Sabil Ad-Dumu' (Cover Version)





    سبيلُ الدّموعِ سبيلٌ مريحتنهّد أيا صاحِ كي تستريح
    وبُثّ الدّعاءَ الخفيَّ الصّريح
    يسعْكَ الفضاءُ الرَّحيبُ الفسيح


    Tangisan itu jalan bahagia
    Lafaz jiwamu hai teman tenanglah
    Doa munajat dalam kesyahduan
    Hanya bisikan alam yang mendengar


    فَبِاللهِ كَمْ تستطبُّ القُروح
    ويبرأُ جُرحُ الكَسيرِ الجريح
    وينشطُ ذاكَ السّقيمُ العَلِيل
    وقد كانَ بالسُّقم دهرٌ طريح

    تقالُ العِثارُ العِظامُ بهِ
    ويغدو الهوا كَكبشٍ ذبيح
    بِذكر الإلهِ تطيبُ الحياة
    تُسرُّ أساريرَ وجهٍ صبيح


    Dengan izinNYA hilang segala duka
    Hati terluka kan sembuh kembali
    Penawar diri yang gundah-gulana
    Walau peritnya penat dilalui


    Sebesar mana dosa kau diampuni
    Sungguhpun dirimu cuba menjauhi
    Zikir padaNya tetap menemani
    Terpancar sinar pada wajahmu

    2240 | 09072019 | 07111440
    Continue Reading
    It was a thrilled day.
    From can't find the bus platform to pray in a rush just because I'm afraid the bus will leave me at the stop.

    Now I feel at ease.

    I am thankful for the pakcik driver who tell me silently (I don't really know if others heard it too but it feel like that) that we can pray at the stop although he did said clearly before that "toilet toilet". Well, usually if the driver said "toilet" like that it just mean the stop will just be 10 minutes.

    Earlier, I did feel uncomfortable when the pakcik driver smoked while driving, but hey now he's being as considerate as he can with his bus passenger. At first, I'm being unsure whether should I pray at the surau or not, but then I saw the pakcik driver is praying  from the men's surau. I quickly entered the woman's surau and pray while feeling anxious since I kept hearing bus's honk outside.

    Today's series of stories makes me believe that there'll always be a good Muslim everywhere, just put your trust in Allah. Find hikmah everywhere. :)

    03032019
    3:39 PM, JB-Ipoh



    Continue Reading

    Alhamdulillah for another year.

    Dah nak masuk hari keempat 2019, tapi baru tergerak hati nak update blog 😂 kononnya nak lagi rajin update blog in 2019, permulaan pun dah hampeh 😂

    Anyhow, so harini dah second day sekolah, and second day jugaklah pinggang dengan kaki rasa nak patah. Lain macam aktif budak-budak tahun ni. Ataupun sebenarnya Fathin yang dah tua?  (24 y/o till 5th March okay 😎)

    Semalam saje usik Haziq cakap muallimah taknak ajar haziq dahhh (sebab dah 5 tahun, so tukar kelas & cikgu except subjek Arab, Maths dengan Sains) lepas tu dia tutup-tutup mulut muallimah dengan tangan sebab taknak dengar muallimah cakap benda tu. Huuuu sedih i. Sebab dah overly attached dengan diorang, and sebab diorang dah macam "first born" bila start jadi muallimah. We may lack in things tahun lepas, tapi the bonding is strong. Cuma kena positifkan diri je, maybe dengan student tahun ni baru lagi jadinya belum "click" lagi kot 😂
    Kelas budak-budak tahun lepas depan kelas sekarang je, tapi muallimah sendu dia macam jauh sangat. Luls. Semoga baik-baik saja, kids ❤

    Life update yang lain, takde rasanya setakat ni. Orang lain ada lah banyak update nak ber-anak lah, nak kawen lah 😂 sis setakat ni kosabajapbagiakusettlelifejap.

    My goals for this year would be...

    1) be more grateful
    2) read more
    3) write more
    4) speak only when it's needed (susah sikit, tapi we can try kan?)
    5) control emotion
    6) save more moneyyyyy
    7) buy less things

    Moga-moga ada yang tercapai, ameen 😂

    Semoga dipermudahkan segala urusan, dari segi ibadat, diri sendiri dan hubungan antara makhluk insya-Allah.
    Till next time, salam.

    ٢.١٩, بسم الله

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ►  2021 (1)
      • ►  July 2021 (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ▼  2019 (6)
      • ▼  December 2019 (1)
        • Kosong
      • ►  September 2019 (1)
        • Konvo
      • ►  August 2019 (1)
        • I'm fine (iii)
      • ►  July 2019 (1)
        • Koyak (lagi)
      • ►  March 2019 (1)
        • Put trust in Allah, and everything will be okay
      • ►  January 2019 (1)
        • 2019, bismillah
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top