atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Salam and hi!

    Sebab dah lama tak update blog so I've decided to make an update on hotel review (random tak? haha). Alhamdulillah 20 - 21 Oktober lepas kena pergi Kursus for my 2nd Semester on Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) bawah Institut Pendidikan Pasti Malaysia (IPPM). Sem 1 dah settle and alhamdulillah lepas (tapi tak dean list...).

    So, for the second semester IPPM buat kat D Hotel Seri Iskandar ni. Walaupun mula-mula macam sedih gilaaaa tak dapat ikut ibu abah balik Terengganu sebab ada kenduri kahwin saudara belah ibu, tapi itulah. Muallimah terpaksa mengikhlaskan hati masa on the way tu. Demi sebuah semester untuk pengajaran yang lebih baik untuk student (tiberr). Excited lah sikit sebab berzaman dah tak tidur hotel luls tapi tak put high expectation sangat pun about the hotel sebab sehari je kan tidur, takkanlah IPPM nak bagi check in hotel yang grand-grand kan haha.

    Masa sampai tu, I was impressed. Ingat hotel biasa-biasa je, rupanya not really. Kitorang sampai awal, so tak check in, terus pergi hall tempat kursus. 

    Pukul 12 lebih macam tu ingatkan boleh check in terus tapi ada masalah apetah lepas tu delay sikit aa. Solat kat surau dulu sebelum check in. Em the surau not really my fav part of the hotel sebab agak tak sesuai tepi tempat wudhu' tu terus ada karpet. Boleh bayang tak basah-basah lepas tu ramai, bau karpet tu macam mana ? So, dalam nak dekat pukul 2 tu kitorang pun check in lepas solat and lunch. Impressed with the room. Comfortable lah untuk orang macam aku ni, takde nak fancy-fancy bagai ah haha

    Bilik kitorang ada extra tilam sebab satu bilik, 3 muallimah.



    Tak sempat nak bukak TV pun sebab masing-masing penat lepas habis kuliah


    THE FOOD

    Favourite part! Kitorang ada breakfast, minum pagi, lunch, dinner semua kat situ. Untuk lunch dengan dinner, banyak jugaklah pilihan makanan tapi masa dinner Sabtu malam tu tak silap, it was supposed to be lauk ikan tapi tah macam mana tak cukup so we ended up with ayam. Maybe staff diorang tersilap bajet or what idk tapi macam em okay. Baru nak rasa ikan masa apetah haritu alah lupa. Untuk makanan, overall aku bagi 3/5. Puas hati, but maybe boleh pelbagaikan pilihan lagi.

    1st day : Minum pagi 


    Soft reminder ❤️

    1st day : Lunch (beria guna sudu sisss)

    1st day : Dinner (bye sudu)

    2nd day : Breakfast

    2nd Day : Lunch 


    THE ENVIRONMENT

    First thing yang perasan masa datang situ, kat logo hotel kat bangunan tu ada logo Billion Mall sekali. Rupa-rupanya memang hotel dengan Billion tu attach sekali. Dari hotel pun boleh nampak Billion bahagian dalam. Tapi takdelah excited sangat sebab bukan jenis selalu pergi Billion. Tapi I was wrong wehh macam-macam ada kat situ rupanya haha. Ada cinema sekali wuu I thought Billion selalu macam mall biasa je. Part paling best ialah dia ada Watsons (skincare shopping ftw!). Tengah-tengah hotel ada macam mini park so macam bolehlah nak selfie-selfie ke, group photo ke (tapi ramai orang suka ambik gambar kat pool je haritu why haha)

    Swimming pool sebelah restoran hotel (kredit)

    Mini park tengah hotel

    sunset from restaurant ❤️

    Tragedi Oktober : berkejar pergi lobi sebab lambat check out, kad dah terminated 😂


    Overall, 
    sis dah jadi local guide sekarang kat Google Maps hiks

    D Hotel Seri Iskandar ;
    Room : ⭐⭐⭐⭐
    Environment : ⭐⭐⭐⭐
    Facilities : ⭐⭐⭐
    Food : ⭐⭐⭐⭐

    Till then, salam :)

    Continue Reading
    Salam dan hai!

    Tak kisahlah walaupun hari guru dah berapa minggu berlalu, tetap jugak nak share. Mana tau nanti dah tua (sekarang muda eh?) boleh mengimbau kenangan balik. ececey

    16 Mei 2018
    ----------------------------------------
    It was a normal morning. Nothing special, and we don't even expect anything from the kids sebab budak-budak ni manalah tau bila hari guru ke, ape ke kan. Even their own birthdays pun diorang tak hafal 😂

    Tiba-tiba ada budak excited, datang-datang terus ;

    "Muallimah, Irham bawak pen!"

    Ingatkan pen untuk dia, rupa-rupanya untuk muallimah :')



    And the surprise continue with lots of giftsssssss!


    Waiz's


    Qalief's


    Amni's


    Munir's

    Sampai ke kad ni dia bawak ultraman dia 👀

    Tak ingat sape bagiii


    Aqeela's

    Tak ingat sape bagiiii

     

    Aliff's


    Aathif & Ammar's

     

    Ammar's



    Antara yang wajib!(Tapi I don't really fancy flowers tbh. Dari dulu 😂)

     

    Rayyan's


    Izz Zahin & Hadif's



    Izzah's

    Zaki's

    Dan tanpa disangka, banyak ni nak kena bawak balik that day,


    Sorang muallimah satu beg kertas tu, bukan sorang tiga beg 😁


    Alhamdulillah for everything, dapat merasa pengalaman yang selalunya Acik je dapat rasa sebab dia cikgu 😆 Ni jangan ingat muallimah dapat jadi lembut tetiba lepas dapat hadiah ye. Masa nakal tetap kena marah! 😏
    THANK YOUUUUUUU!



    Continue Reading
    Last Friday marks the last day of my training in Pasti Meru Raya. Setelah tiga minggu duk ulang-alik be it jalan kaki, naik bas, Uber atau abah hantar. Haha. It’s a pleasure tho. Dapat kenal budak-budak tu walaupun sekejap, and tak mengajar pun (except ajar iqra’ sikit-sikit and things). Banyak main je. Rasa macam kat situ sebagai penjaga, bukan muallimah. Haha

    From day one, it’s awkward. Sebab tak biasa ada ramai budak and kebisingan yang...subhanallah. haha. Dari dulu paling bising pun tahap apelah sangat, kat sekolah, kat Kipsas. Yang ni semua jenis ada -- jerit, menangis, nyanyi, belum masuk yang duk mengadu *picit kepala*

    Taktau sama  ada sebab tak mengajar atau dah terbiasa, tak rasa penat macam kerja yang sebelum ni. Sebab bukan kena kerja sepanjang hari kat sana, masa budak-budak tidur we get to rest and all, so rasa macam buat kerja rumah je. Tambah pulak kena sediakan makanan (bukan masak, sediakan je dalam talam), kemas, basuh and all. So, memang rasa macam buat kerja rumah je. Minus the kebisingan of course. Haha.

    I learned a lot from the kids tho. Walaupun diorang budak-budak from 4-6 years je pun, tapi they give a lot of things to think. Selain tu of course, melatih kesabaran seorang Fathin untuk berada di tahap tertinggi (walaupun kekadang fail haha). It’s an accomplishment untuk diri sendiri kot? Sebab aku teringat aku pernah cakap kat Kak Ainun, and other people...

    “taknaklah jadi cikgu, nanti takut tertampar anak orang” (since aku ni jenis cepat marah)

    Tapi suprisingly, I never land my hand on anyone at Pasti haha. Paling-paling pun jerit yang tak berapa nak kuat sebab ada yang duk main sepak terajang kepala (Ekstrem k bebudak sekarang main). Sejak follow beberapa page yang share tips macam mana nak jaga budak and all, I think marah and pukul is not the only solution untuk bagi budak-budak dengar cakap kita. Ada masa kena cakap elok-elok, bagi dia duduk atas riba cakap slow-slow dengan dia. They’ll understand it slowly walaupun sekejap haha.

    Another weird thing is..idk kenapa straight dua minggu, hari Jumaat je demam. Balik je petang Jumaat tu, mesti rasa lembik gila badan. Pandai cari masa yang sesuai untuk demam ek haha. Badan terkejut sangat kot sebab overly active melayan budak-budak. Mana taknya, hari-hari kena cekik masa main, kena angkat 3-4 orang pastu pusing, belum kira kena melayan yang suka main peluk tetiba dari belakang. Hadeww. Rindu.

    Mula-mula tu tersangatlah tak biasa sebab aku sangat-sangat jarang pegang tangan orang or vice versa. I do less skinship even to people who close to me. Tapi bila dengan budak-budak tu, rasa macam dah terbiasa. I don’t feel awkward at all after a while. Kadang-kadang sentuhan tu yang buat lagi senang kita nak memahami dorang. Idk. This is from my observation and experience.
    It’s only three weeks and I’m already attached to them. Masa tengok video yang adik Dayah buat masa Jamuan Akhir Tahun tu pun, aku ternangis sikit. Hahahaha. Payah jugak jenis overly attached ni, semua benda nak emo. Orang lain biasa je padahal. Lol.


    I’m glad that I choose to send the resume that time and of course I’m glad that I get to know every single kids there (walaupun ada yang duk tertukar nama lagi masa last day haha). I don’t expect them to remember me for a long time, but if they do, I would be happy and that’s enough for a 3 weeks muallimah :’)



    Semoga Muayyad, Asadel, Afnan, Ammar Amsyar, Ammar Solihin, Ashman, Wafi, Rusydan, Iman, Adam, Muadz, Harraz Umar, Umar Fahri, Aydin, Irfan, Adam Irsyad, Muhammad, Adeef, Aqeef, Sufi, Shafeez, Fateh, Asyraf, Syahmi Amin, Aqil, Syahmi, Qayyum, Danish, Darwish, Zaki, Waiz,Hazim, Husni, Munir, Atif Firash, Hamizan, Iman Maisarah, Nurul Iman, Kaisara, Naqibah, Sarah, Aina, Anis, Anisah, Qisya, Syasya Qaisara, Syasya Alia, Yaya, Dhia Qhairina, Dhia Qalesya, Auni, Syuhada, Ira, Damia, Amani, Azra, Amna (dan lagi beberapa yang tak ingat nama tu) sentiasa dilindungi Allah dan jadi manusia yang berguna. All of you maybe won’t understand this but I’ll make sure that I don’t forget to keep all of you in my prayers. You are now a part of happiness in my life.

    Muallimah emo, sorry. Kekeke

    Ini bukan bias but Muayyad and Asadel will always be in my mind I think. Asadel is such a happy go lucky child with his loud and clear voice. Bubbly and cheerful duk usung bantal busuk dia tu ke mana-mana. Rindu nak main sorok-sorok bantal dia btw. Huhu. Sepanjang tiga minggu, pernah nampak sekali je dia marah. Sebab taknak kongsi mewarna dengan orang lain. Tapi kalau muallimah, takpe. Haha.

    While Muayyad is..idk. Mula-mula ingat dia jenis senyap dan pendiam. Tapi bila main dengan Wafi, elok je kuat suara dia walaupun bukan menjerit kuat macam Asadel. Masa minggu last tu, his voice suddenly kuat je sepanjang masa. Baca doa pun kuat. Tapi bila muallimah tanya soalan depan-depan, senyum-senyum malu. Hadew lah. Macam anak dara. Lepas lari-lari main, mesti datang kat muallimah. Tak buat ape pun, senyum je lepas tu sambung main lagi. Dari first day macam tu. We bond like that you know. Haha.

    But one thing yang macam lekat sikit dalam kepala is, masa hari last tu. Tengah duk tengok budak-budak mewarna, tiba-tiba dia usap-usap tangan aku. Aku macam, budak ni kenape. Haha. Khamis tu aku ade bagitau dia, tahun depan muallimah takde kat sini dah tau. Muallimah gi pasti baru. Muka dia berubah. Tapi yang Jumaat tu, aku perhati je dia duk usap-usap tangan, lama. Entahlah, kita selalu ingat budak-budak tak faham erti kan kalau dah tak jumpa, tapi Muayyad ni...entah. sesuatu. Setiap kali lepas solat pun, tak pernah miss nak salam muallimah while others kadang-kadang terus main/ tidur je lepas solat. And on last day jugak I heard he called me “Muallimah” for the first time. Terharu tau. Sebab dia susah sangat nak cakap/jawab bila aku tanya soalan. I’m gonna remember you as long as I don’t lose my memory :’)

    Rasa nak nangis pun ada masa dia salam nak balik masa last day tu. Rasa macam hilang boyfriend. Haha. I’ll try to go there once in a while kalau boleh insya-Allah.

    Sorry emo lagi kekeke

    I tried to find a proper photo but no. They don't stay still at all



    Asalnya nak update sikit je sebab nak buat separate post on my first day there tapi terpanjang pulak bila duk ingat balik segala yang dah jadi 3 minggu lepas. I guess I am happy and sad kot. Sedih sebab terpaksa jauh dengan budak-budak lepas dah bonding, rapat semua. Happy sebab dapat pengalaman baru (dan hadiah kekeke) dari budak-budak tu. Sedih jugak sebab tahun depan kena hafal nama-nama baru pulak TT (minus Waiz, Muhammad, Atif Firash sebab dorang pindah Pasti baru jugak!).
    Thanks for the memories and may we get to see each other again after this. Tak jauh pun padahal dedua Pasti tu haha. Emo je lebih.

    Kalau rajin I’ll update another post on my first day there sebab ada pengalaman baru yang memang first time in my life! Haha. Till then, salam ~
    Continue Reading
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ▼  2021 (1)
      • ▼  July 2021 (1)
        • Go Away
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top