atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Pagi itu, terasa lain. Semacam.  Bangun awal, bersiap awal pagi. Mungkin ini aura dari dia. Dia yang selama ini memberi  inspirasi kepada aku. Dia yang selama ini menjadi contoh untuk aku. Dia yang selama ini mengalirkan ilmunya kepadaku melalui penulisan-penuliannya.


    Aku dan rakan baikku berjalan beriringan menuju tempat yang ingin kami tuju. Berdebar. Bak kata orang, nervous gila ! terbayang aku akan raut wajahnya yang sentiasa tersenyum,manis. Sopan, sangat menyenangkan,membahagiakan. 


    Sesampainya kami di sana, hatiku berdegup laju. Masanya hampir tiba. Aku bakal bertemu dia. Aku bakal bertemu dengan dia yang aku cinta. Ya . Sesungguhnya aku cintakan dia kerana Allah.


    Aku melangkah masuk. Makin laju jantungku berdegup. Selang seminit aku pandang ke hadapan. Takut-takut jika dia datang. Malu, Akhirnya, aku bertemu dengannya. Mampu melihat dia secara berdepan. Sungguh. Dia sangat menyenangkan.


    Mukanya berseri,tersenyum. Aku bahagia.


    Tanpa disedari, air mata bergenang tanda syukur pada Ilahi yang telah memilih aku yang hina ini untuk bertemu dia, insan hebat. Titisan  jernih itu aku seka, dan terus tersenyum melihat dia di hadapan. Duduk sambil mengukir senyuman paling manis untuk kami. Membahagiakan.


    Dari pagi sehingga ke petang kami bersama. Petah sungguh dia berkata-kata. Lancar sahaja sebutannya. Aku kagum. Aku ingin menjadi yakin pabila berkata-kata seperti dia. Aku ingin menjadi kuat untuk berkata-kata di khalayak ramai. Aku ingin menjadi seperti dia. Setibanya ke penghujung waktu untuk kami bersama, aku lebih banyak diam. Menyepi.
    Dalam diam aku berdoa,


    “Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami. Temukan kami lagi di masa hadapan. Aku ingin selalu melihat dia. Aku ingin sentiasa berada dekat dengannya. Aku ingin menjadi hebat seperti dia. Ya. Aku ingin menjadi persis seperti dia.”


    Sebelum pulang ke asrama, sempat aku bersalaman dengannya. Sebak. Terasa seperti kami pernah berjumpa. Terasa seperti dekat sekali dengannya. Terasa seperti ada sesuatu pada dia. Insan hebat itu menyambut salamku, aku cium pipinya. Menahan sebak.

    “sayang kerana Allah” katanya.
    “saya pun” aku hanya mampu jawab pendek begitu. Walhal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Lebih dari itu aku balas. Perit.



    Ustazah, semoga kita berjumpa lagi. Semoga saya mampu menimba lebih banyak ilmu dari ustazah. Semoga saya mampu menjadi sebenar-benar Muslimah seperti ustazah.  Semoga kita berjumpa lagi,tidak di sini, di syurgaNya insya-Allah. Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang ustazah :”) 



    :") 

    p/s: percubaan pertama menulis guna bahasa macam ni, yay or nayy ? do leave a comment,thanks ! :) 

    ohh hai meera ! *meera suruh tulis nama dia :P* 

    Continue Reading
    Aku cemburu. Cemburu pada mereka yang punya abang dan kakak. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku hanya menyatakan mimpi aku. Salah ? mungkin kau terlupa,ini blog aku. Senyum.


    Tak salah bukan mahu bermimpi ? mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan.



    Pabila aku lihat mereka yang bergurau-senda dengan kakak atau abang mereka,aku tersenyum. Tersenyum sambil bermimpi jika aku juga punya abang atau kakak seperti mereka.

    Jika aku punya kakak….

    Pasti aku bisa bercerita segala rahsia perempuan bersama kakakku.
    Pasti aku bisa bertanya segala tips kecantikan dan nasihat daripada kakakku setiap masa.
    Pasti aku bisa bermanja dengan  kakakku sambil dia menghias muka ku.
    Pasti aku bisa berkongsi jubah,baju dan tudung dengannya.
    Pasti dia bisa memelukku tika aku menangis.



    Dan..jika aku punya abang…

    Pasti aku boleh meminta pertolongannya bila berkaitan dengan hal kaum Adam.
    Pasti dia boleh menjadi temanku ketika aku keluar.
    Pasti dia boleh menjadi telinga ketika aku mempunyai masalah.
    Pasti dia boleh menjadi lawanku ketika kami bergaduh,gaduh adik-beradik biasa-biasa sahaja.
    Pasti dia juga boleh menenangkan aku tika aku sedih.



    Tapi..itu semua takkan terjadi. Aku tidak mungkin punya kakak dan abang sendiri. Tidak mungkin.
    Pada yang punya abang dan kakak. Beruntungnya kamu. Sangat beruntung.
    Ada yang cemburu dengan kamu di sini. :)
    Tak mengapa. Aku masih punya adik lelaki. Dia teman gaduhku,dia tukang masakku. Eheh

    Jaga kakak dan abang kamu elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh selalu. Nanti rindu.
    Continue Reading
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ▼  2021 (1)
      • ▼  July 2021 (1)
        • Go Away
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top