Buih.
8:02 am“Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian”
Pernah dengar ayat kat atas ni ? mesti pernah kan ? it’s a
fact.semua orang tahu tu.takde siapa boleh hidup selama-lamanya.even Lord
Voldemort cakap ; “only I can live forever” (tetiba pasal Harry Potter). Well
yang tak akan mati hanya satu,Tuan kita,Tuhan kita,Allah.ya.yang tu pun semua
orang tahu.
Tapi..kita semua makin lalai…kan ? macam lupa diri sikit.ehh
banyak (aku lah tu) u,u macam lupa yang kita semua akan mati.ya.KITA
SEMUA.takde yang terkecuali.mungkin penyakit yang Baginda Rasulullah pernah
bagitahu dah ada dalam diri kita sekarang,penyakit apa ? penyakit Wahn. Apa itu
penyakit Wahn ? cintakan dunia dan takutkan mati.
"Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di nampan. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih di atas lautan. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati”.
Kamu ramai,tetapi bagai buih di lautan.
Tersentap dengan ayat tu. Buih.
apa yang kita nampak kat buih ? hidup sekejap sangat,takde guna. Kita macam tu ke ? tepuk dada tanya iman. Jawab dalam hati.senyap-senyap.jangan bagitahu orang :) lately ni,aku banyak fikir pasal mati.entah..tak tahu kenapa.ya.memang tak salah fikir pasal mati,tapi digalakkan,kan ? entah.aku tak tahu.mungkin tak lama lagi akan ada orang yang aku kenal meninggal dunia,ataupun aku yang “diambil” Dia :) who knows kan ? tapi..dalam aku asyik fikir pasal mati ni,aku buat jugak benda lagha. Teruk kan ? penyakit Wahn dalam hati. Teruk aku ni -,-
apa yang kita nampak kat buih ? hidup sekejap sangat,takde guna. Kita macam tu ke ? tepuk dada tanya iman. Jawab dalam hati.senyap-senyap.jangan bagitahu orang :) lately ni,aku banyak fikir pasal mati.entah..tak tahu kenapa.ya.memang tak salah fikir pasal mati,tapi digalakkan,kan ? entah.aku tak tahu.mungkin tak lama lagi akan ada orang yang aku kenal meninggal dunia,ataupun aku yang “diambil” Dia :) who knows kan ? tapi..dalam aku asyik fikir pasal mati ni,aku buat jugak benda lagha. Teruk kan ? penyakit Wahn dalam hati. Teruk aku ni -,-
Aku selalu fikir,kalau orang-orang yang aku sayang yang Dia
“ambil” dulu,aku kuat ke ? aku rasa aku tak kuat. Aku tak mampu. Tambah-tambah
ibu dengan abah…aku nak balik Kuantan ni pun dah nanges teruk,padahal nanti
jumpa lagi. Kalau takde dorang..aku tak tahu apa jadi dengan aku.kalau Allah
“ambil” kawan-kawan aku,mak (penjaga) aku pun aku tak tahu macam mana nak cope
with situation.entah meraung ke gila ke aku tak tahu. Serius tak tahu. Sampai
aku selalu mintak supaya Allah “ambil” aku dulu daripada Dia “ambil” mereka
yang aku sayang….ya. aku mintak macam tu dengan Dia.Bukan aku dah ready nak
mati,tapi..entahlah.entah.
Satu lagi,ada kawan aku pernah bagitahu..
“kita kena selalu bersedia untuk hadapi kematian. Sesiapa je. Kematian orang yang kita sayang,atau kematian kita sendiri”
Lebih kurang cenggitu lah.aku ubah sikit ayat tu. Hmmph.
Kalau aku “pergi” dulu dari kamu yang sedang membaca ini,
doakan aku ya ?
bacakan al-Fatihah untuk
aku.
Jangan sedih. Doakan
aku.itu sudah cukup.
Tengok-tengokkan ibu abah
yang aku sayang. Tengokkan adik kesayangan aku juga,kawan-kawan,mak,family
mak…semua lah.aku sangat-sangat sayang akan mereka. Mereka hidup aku. Aku cuma
punya mereka dalam hidup aku.
Maafkan segala salah silap
aku ya ?
kalau aku ada berhutang
dengan kamu,bagitahu awal-awal ya..takut tak sempat :”)
maafkan aku sekiranya
pernah buat kamu sakit hati dengan aku. Mungkin pada waktu itu aku terlalu
mengikut emosi dan kata hati. Maafkan aku ya ? aku cuma manusia biasa yang tak
mampu memuaskan hati semua orang. Maaf maaf maaf.
Cuma peringatan dari manusia hina,bersediakah kita untuk
kematian ?
Mari muhasabah diri :)
0 comments