sayang yang berhikmah

11:47 am





“Wehhh korang percaya tak ? “
“percaya apa?”
----------------------------------------------------
Percaya tak yang Allah tu lagi Maha Mengetahui ?
Percaya tak Allah tu sayang kita ?
Percaya tak yang Allah tu selalu ada untuk kita ?

Kalau dengan manusia,kita kena buat something dulu untuk dia. Kita kena rapat dulu dengan dia,baru orang tu sayang selalunya,kan ? tapi..bila dengan Allah ? Dia tu Maha Pemurah. Even dengan orang kafir yang tak sembah Dia pun Dia pemurah. Orang kafir pun ada je yang kaya,diorang pun makan jugak. Diorang pun maju jugak,kan ? tapi…diorang tak dapat apa yang kita dapat.
Dapat apa ? hidayah.
Kalaulah kita sedar betapa beruntungnya kita dapat hidayah Allah tu.
Kalaulah kita sedar betapa Allah sayang kat kita.
Kalaulah kita sedar yang Allah tu je yang perlu kita agungkan.
Allah tunjuk yang Dia sayang kita tak macam manusia. Allah tunjuk sayang Dia dengan berhikmah.
Contoh,


“de,esok de kerja tak ? ayong ingat nak keluar lah.hihi”
“tak kerja.pukul 9.30 de ambik ayong ye”
Esok ----
“ayong,de tak dapatlah nak ambik ayong.ada hal.kena balik Jengka”
 

kalau ikutkan dari semalam aku dah rancang nak keluar dengan pakcik. Kekonon nak pergi beli stok makanan yang dah habis kat sini (ye,aku banyak makan.jangan terkejut) tetiba,pagi tadi pakcik aku call, bagitahu tak boleh ambik aku. Ada hal. Kalau ikutkan aku frust gila kot tak dapat keluar sebab dah lama sangat tak keluar dari Kipsas T,T


*One Text Message Received*
“usrah kat surau.pukul 10”


Betapa jealousnya aku selama ni tengok orang lain pergi usrah.
Betapa dengkinya aku bila tengok orang lain berkasih sayang,rapat macam family dengan naqibah yang diorang kenal masa usrah.


And tiba-tiba hari ni, aku dapat peluang untuk rasa apa yang diorang rasa --- join usrah.
Excited. Sumpah.
Nampak tak ? Nampak tak yang Allah tu sweet ? Allah akan tunjuk kasih sayang Dia dengan berhikmah ? Tak semua orang Dia pilih untuk pergi usrah.
Tak semua orang Dia pilih untuk Dia beri secebis kasih sayang Dia yang banyak tu.
Tak semua.
Bersyukur. Bersyukur kalau kau terpilih.
Allah,terima kasih kerana masih pandang Fathin Munirah yang hina ni. Terima kasih.
Dan,lagi satu. Berdoa. Teruskan berdoa. Jangan berhenti,satu hari pasti akan termakbul doa kau tu. Cepat atau lambat je. Sabar. Dapat pahala banyak tau kalau sabar ! :”]


p/s : eh budak. Thanks ajak aku pergi usrah *innocent face* 

You Might Also Like

0 comments