Baru
2:43 amDah penghujung Ogos. Last update 27th June 2014. sigh.
Passion nak menulis kat blog makin lama makin hilang, maybe sebab internet yang lambat atau makin kurang masa untuk curah rasa sendiri pada sini. Maaf maaf. Ni pun curi masa sikit, tengah buat assignment sebenarnya. Eheh.
Izinkan aku curi waktu kamu untuk bercerita segala yang merunsingkan aku. Bisa?
Two months. A hectic two months.
Secara tiba-tiba amanah bertambah. Secara tiba-tiba hidup aku berubah tiga ratus enam puluh darjah.
Dari tarikh enam julai dua ribu empat belas, semua berubah. Jadi lain. And it is a good thing, insya-Allah.
Bila dah cakap makin banyak tanggungjawab dan amanah, maknanya akan kurang atau takde langsung masa untuk diri sendiri lepas tu. Sikit je pun amanah, tapi merungut lebih. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tambah-tambah Rasulullah dengan sahabat-sahabat.
Campak bawang laju-laju dalam mata.
Kadang-kadang rasa susah jugak nak adapt dengan environment "baru" ni. Tak terbiasa lagi untuk banyak bergerak ke sana ke sini, selalunya duduk je terperap dalam bilik tengok Running Man like a boss. Sekarang Running Man ke mana, aku ke mana. Bila fikir pun, mende lah sangat yang aku buat selama hidup 20 tahun ni (ya Allah, tuanya!) setakat membuang masa tengok cerita entah pebenda, makan, tidur, belajar, and repeat the same thing all again and again. Sampai bila entah nak hidup macam tu.
Dan alhamdulillah, kerana tapisan Allah itu sentiasa yang terbaik. Allah pilih dan gerakkan hati-hati kita untuk perjuangan ini. Pehh. Seram bila nak guna perkataan "perjuangan". Nak mengaku diri pejuang? Lagilah tak. Nak sebut perkataan "juang" pun seram.
"Hati lembik manja sensitif pun ada hati nak berjuang."
"Alahh, dengan Allah semua benda senang. Nak terbalikkan bumi masa zaman Nabi Luth tu pun senang je, ni nak uruskan hati kecil aku. Lagilah mudah."
Semoga Tuhan pandang dan kira setiap perbuatan kecil kita sebagai usaha.
Moga-moga.
0 comments