A Night Thought

4:16 am

Entah kenapa malam ini saya tergerak hati untuk menaip di sini. Yang sudah lama saya tinggalkan. Mungkin di akhirnya nanti saya mampu memikirkan hikmahnya. Biiznillah.

Alhamdulillah, lagi 17 hari untuk menghabiskan sisa baki latihan industri di Melaka. Kemudian, insya-Allah bakal pulang ke bumi tarbiyyah--
KIPSAS :')

Tuhan sahaja tahu betapa saya merindui bumi itu. Saat azan berkumandang setiap kali waktu solat, saat sama-sama berusrah dengan "keluarga kecil", saat kami saling menguatkan apabila lemah dan saat sama-sama iftar bersama mereka.

Rindu.

Sepanjang ada di Melaka, macam-macam pengalaman saya rasa. Pengalaman baru, dan juga pengalaman yang berulang. Mungkin kerana salah sendiri yang masih tak reti-reti nak ambil pengajaran.

Mungkin Tuhan sedang benar-benar menguji seorang Fathin Munirah saat ini. Dan mungkin Fathin Munirah masih belum lulus tahap untuk dinaikkan keimanannya. Maka, mungkin kerana itu Tuhan masih juga terus menguji saya. Dan saya masih juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk naik ke tahap seterusnya.

Walau saya sudah tahu akan natijahnya setiap perbuatan saya, saya tetap akan bertanya pada Tuhan,
"kenapa aku, Tuhan?"

Dan sepantas kilat, saya akan terus teringat pesan seorang teman,
"Tuhan takkan pernah uji tanpa sebab untuk kau fikirkan. Teruskan."



Setakat ini, saya masih cuba untuk teruskan.
Cuma saya sebagai manusia kadang-kadang terfikir untuk bertanya ;
"berapa panjang lagi masa untuk saya, Tuhan?"



Masih sempat lagi. Mari, berlari.


Random. Minta maaf salah silap.



You Might Also Like

2 comments

  1. still active! mcm ssh nak jumpa blogger yg still active....

    ReplyDelete
  2. Still active dear..be strong ��
    I'm blogwalking

    Visit my blog
    http://nur-eila.blogspot.com

    ReplyDelete