Tulisan Untuk Diri Sendiri : Yang Sedang Bingung Tentang Hidup
10:30 pm
Assalamualaikum,
dear self.
Apa
khabar imanmu hari ini ? makin naik atau turun ? sudah membuat sesiapa
tersenyum ?
Kenapa
kembali ke sini ? apa yang sedang membuat kamu gelisah dan resah ?
Teruntuk diri sendiri,
Masih
ingat saat kau jatuh dari basikal yang dibeli arwah atuk ? Kau menangis. Kuat.
Satu Rantau Perintis boleh dengar agaknya. Menangis sambil melihat lutut yang
koyak berdarah. Teruk lukanya. Sampai
sekarang parut masih ada. Tapi, walaupun sakit tak tertahan disebabkan luka
itu, kau tetap bangun. Jadi, kenapa sekarang kau rebah tak bangun-bangun ? aku
percaya, Fathin yang dulu masih sama dengan yang sekarang. Bangkitlah.
Teruntuk
diri sendiri,
Masih
ingat saat masih di bangku sekolah, kau sering jatuh pengsan saat perhimpunan
pagi? Setiap kali. Dahlah pengawas sekolah, di baris hadapan sekali. Malu.
Setiap kali perhimpunan, mesti jatuh. Dan teruntuk setiap kali itu juga, kau
yakin yang Cikgu Hamiza akan sentiasa sambut kau. Sebelum sempat badan jatuh ke
bumi, pasti Cikgu Hamiza akan sambut. Bawa masuk ke dalam pra-sekolah. Rehat.
Sekarang, mengapa setiap kali kau jatuh kau tak yakin yang akan ada yang
menyambut ? Apa kau lupa yang setiap kali kau rasa tak mahu bangun, ada Dia yang
akan sentiasa bersedia untuk sambut kau ? Sudah-sudahlah rasa yang masalah kau
paling besar dalam dunia ni. Sampai bila nak rasa begini ? Bangunlah. Masa dah
tinggal sikit.
Teruntuk
diri sendiri,
Setiap
kali jatuh, jangan lupa asal-usul kita. Setiap jatuh adalah penyebab untuk kau
bangun lagi. Selagi nyawa masih ada dalam badan, selagi itu masih ada peluang
untuk terus hidup diteruskan. Jangan lemah lembik begini. Sedikit ujian di
sini, banyak ganjarannya di sana. Tolong jangan lupa. Sampai bila-bila.
Have
faith. Love and faith.
Yours Truly,
1306, 27072015.
:)
0 comments