Tulisan Untuk Diri Sendiri Muhasabah ;
6:38 pm
Assalamualaikum,
dear self.
You
come again. What is going on ?
Apa
yang sedang menganggu fikiran-mu ? Tentang hidup, atau tentang apa lagi ?
Masih
ingat kisah Rasulullah S.A.W. saat Baginda berdakwah di Taif ? Saat Baginda
ditentang, dibaling batu sehingga berdarah, dibaling najis dan sebagainya.
Masih ingat? Selepas seketika, Malaikat bertanya kepada Baginda adakah kau
ingin aku hempapkan gunung pada mereka ? Apa kata Baginda ? Adakah Baginda
menjawab ya? Tidak, sayang. Baginda berdoa supaya penduduk Taif diberikan
hidayah oleh Allah S.W.T.
Maha
Suci Allah yang menyucikan hati-hati hamba-Nya.
Bila
agaknya hati-hati kita boleh menjadi sebegitu ? Mendoakan kesejahteraan orang
yang mengkhianati kita, orang yang menyakiti kita.
One
day, dear self. One day.
Start
now.
Keep
going, you are never too late. Never.
Yours truly,
Love and faith.
12.10,
30072015
0 comments