Berapa Sebenarnya Bajet untuk Kahwin?
12:41 am
[kredit]
Assalamualaikum dan hai J
Harini
tiba-tiba terfikir nak menaip dekat blog. So terus ke tajuk utama, bukan saya
yang nak kahwin, harap maklum. Umum.
Dua
tiga hari lepas ada seorang kesayangan saya yang mengadu tentang macam mana nak
jimatkan bajet kahwin. Yelah, kahwin kan benda besar. Paling-paling pun nak
kena bayar baju pengantin, mas kahwin, kenduri. So disebabkan saya takde
pengalaman kahwin lagi, so entry ni hanya akan menghuraikan(haaaa?) berdasarkan
pengalaman saya membaca blog-blog orang, pengalaman orang lain dan buku-buku
yang saya pernah baca. So, here we go.
LIST
: PERKARA YANG PERLU ADA DALAM SATU-SATU MAJLIS PERKAHWINAN
1 - Mas kahwin (Hukum : wajib)
Yang
ni memang wajib ada dalam Islam. Tak mahal pun kalau ikutkan. Yang mahal tu
disebabkan ditambah-tambah oleh pihak lain macam mak, kakak, adik, makcik dan
yang seumpamanya yang sama sekali tidak akan memegang duit mas kahwin tersebut
-.-‘
2 - Akad nikah (Hukum : wajib)
Yang
ni dah tentu-tentulah pentingnya kan. Kalau tak, siapa pulak yang nak nikahkan,
nak jadi saksi, sediakan segala borang semua tu.
3 - Walimah / Kenduri (Hukum : Sunat Muakkad)
Jarang
rasanya orang kahwin tak buat walimah atau kenduri kahwin ni. Yelah, takkan
orang datang tengok saje. Yedok? Tapi tak salah pun kalau tak buat. Sebab
hukumnya bukan wajib, tetapi sunat muakkad yang juga bermaksud sunat yang
dituntut. Ikut pada kemampuan pihak pengantin. Kalau rasa bajet tak cukup untuk
buat kenduri besar-besaran, buat kecil-kecilan pun takde masalah. Tujuannya
untuk meraikan orang-orang yang datang dan bagitahu kat semua orang yang anda berdua
dah kahwin dan juga untuk mengelakkan fitnah. Tak berdosa aih kalau kenduri
awak takde laksa Kuale Kangsor yang sedap, cendol kacang merah lebih ataupun
aiskrim goyang ! dapat pahala bagi orang
makan :)
Iya, itu sahaja perkara yang
WAJIB ada untuk sebuah majlis perkahwinan mengikut hukum syara’.
Kalau nak ikut adat dan trend,
panjang lagilah listnya. Macam-macam kena ada seperti :
- Pelamin (Termasuk dengan segala pintu gerbang, fresh flowers, mak andam, kerusi, lampu, backdrop dan segala bagai lagi)
- Hantaran (gadget, kunci kereta, kunci rumah, cek duit, jam, sirih junjung, kosmetik, makanan dan lain-lain)
- Doorgift (doorgift untuk tetamu, tetamu VIP, budak-budak dll)
- Bunga telur
- Photobooth
- Photographer dan videographer
- DJ dan MC
Dan sebagainya. Fuhh nak taip
pun penat T.T
Sumpah hebat orang-orang yang
buat persediaan untuk kahwin ni. Banyak benda nak kena settle untuk majlis yang
paling-paling pun beberapa jam. Fuhh. Salute.
Apa yang penting, pilih segala
macam persediaan tu mengikut kemampuan kita, jangan ikut orang lain dan jangan
membazir.Membazir amalan syaitonn. Dia duit banyak, bolehlah duit hantaran
beratus ribu, pelamin penuh fresh flowers dari pintu rumah sampai dapur, baju
pengantin kembang sekembangnya. Bukan orang lain yang nak kahwin, cik berdua
yang nak kahwin.
- Semak bajet dulu baru plan.
- Pilih plan yang berbaloi dan murah.
- Banyakkan buat survey berbulan-bulan sebelum majlis. Bagi puas hati dulu, baru pilih.
- Tanya pengalaman orang-orang yang dah kahwin.
- Do It Yourself (DIY) kalau anda seorang yang kreatif atau ada kenalan yang kreatif. Banyak boleh jimat. Trust me.
- Gunakan internet dengan bijak. There are billions of wedding ideas yang anda boleh apply untuk majlis anda. Sila search sahaja di internet. Berlambok.
Ingat, lepas kahwin lagi
banyak nak guna duit. Fikir lebih banyak tentang masa depan.
Rasanya tu je lah kot dari
saya, yang tak kahwin lagi ni. Kalau ada penambahan idea, boleh kongsi di ruangan
komen. Akhir kata, (macam tengah berucap dah kenapa) semoga majlis anda
dipermudahkan segalanya, dan diberkati Allah dunia akhirat. Barakallahu lakuma
wa barakah.
Semoga Allah redha insya-Allah
ameen J
0 comments