Just Write it!
3:54 amBismillah,
Nampaknya malam ni mata sudah hilang mengantuknya. Habis diselongkar setiap benda yang boleh diselongkar. Ditambah pula dengan wifi hotspot Aam (sokonglah celcom! Dapat internet free. hiks.) lagilah seorang Fathin ini meroyan di tengah malam. Okay, cut the crap.
Baru selesai membaca post Kak Umairah Shafei di sini, saya tertarik dengan ;
"saya sedang mencuba untuk menulis lebih banyak, menyedari setiap satunya ada memori tersendiri. saya mahu mengulang baca, meski sayalah yang menulis dan sayalah juga yang membaca. kekangan masa, selain emosi yang mendesak, seringkali menghalang saya menulis; sama ada malu menuliskan atau resah dibacakan.
saya paling maklum, sayangnya jika tidak menuliskan, kerana hari-hari adalah refleksi yang berterusan. saya semacam Sylvia Plath sewaktu beliau sendiri akur, "every story, every incident, every bit of conversation is raw material for me."
Saya juga sering kali berfikiran begitu jugak, kak. Tapi itulah, manusia adalah hanya seorang manusia. Yang kadang-kadang perasaan malas itu melebihi segalanya. (alasan ni alasan).
Setiap perkara yang terjadi dalam sehari-hari hidup kita, bukankah tiap-tiap hari kita adalah memori dan cerita yang tak mungkin berulang dan sama setiap satunya? Dan apabila kita sedar yang, setiap manusia akan ada beratus malah mungkin juga berjuta dan berbilion cerita yang berbeza.
Bukankah kita ini unik semuanya?
Cerita saya takkan mungkin sama dengan kakak yang dulu saya pernah kenal semasa di kolej.
Atau takkan mungkin sama dengan adik junior yang sama sekolah dengan saya itu.
Dan tidak akan sama dengan makcik yang saya pernah jumpa di tepi jalan dua bulan lepas.
Jadi? Tuliskan saja setiap satunya yang terjadi dalam hidup kita sehari-hari. Bukan untuk dibaca orang, mungkin juga untuk kita. Mana tahu, kita di masa hadapan akan tersenyum apabila membaca kembali tulisan-tulisan kita di masa ini. Tambah-tambah pula jika perkara yang terjadi itu kita pandang dengan penuh hikmah yang Tuhan telah susun elok :)
4 comments
assalamualaikum, hai aten.
ReplyDeleteyep, betul. akak setuju sangat, part semua orang ada cerita tersendiri. refleksi kita pun berbeza-beza, so kita mesti tulis balik.
even bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri baca. bolehlah nanti kita refleks balik, dah makin dewasa atau makin kebudakan. hihi :p
selamat terus menulis, aten!
Salam Aten,
ReplyDeletePost yang sangat bermakna! Barakallahu feek!
Seminggu lebih yang lepas tra ke Seminar Al-Quran. Ustaz Abdullah Bukhari dalam seminar sempat sentuh sedikit mengenai penulisan buku beliau. Beliau sangat menggalakkan untuk menulis. Akan berlaku evolusi katanya.
Mungkin evolusi yang beliau maksudkan pada sudut memperbaiki tulisan kita, pemikiran kita dan ilmu kita. iyaaa, seperti Kak Umy cakapkan di atas ini.
Kadang terfikir, alangkah sukarnya untuk menterjemahkan apa yang difikir, apa yang dirasa kepada bentuk tulisan. (alasan!alasan! :D)
nway, Jazakillahu khair untuk post ini! :)
Kak @Umairah : Tulah. tapi kadang-kadang dah tulis, malu baca tulisan sendiri. Padahal tulis bukan untuk orang lain pun. haha. Terima kasih sekali lagi untuk inspirasinya kak :D
ReplyDelete@Athirah itulah pun. Kalau kita tulis dari kita kecik, kita sendiri boleh tengok evolusi kita sendiri. haha. Dari bahasa rempitz (zzzz) sampailah ke bahasa yang tersusun (ke) sikit sekarang. Walaupun tak perfect segala tatabahasa rasanya. At least we left something to remember nanti insya-Allah :D
ReplyDelete