Reality does hit hard tonight
11:58 pm
Selesai membaca langit vanilla untuk entah kali ke berapa
sejak membelinya 2 tahun lepas. Buku puisi saya yang pertama. Menjerit kecil
tatkala jumpa buku puisi kali pertama di Kedai Buku 1 Malaysia. Budak-budak
betul.
Tak terniat pun nak baca entah tak tahu kenapa lepas
Maghrib laju tangan ambil dua buku Kak Wani, Langit Vanilla dan Mesin Cahaya
Masa. Buku Kak Ana Rafalli dengan buku Kak Fynn Jamal dah selamat bertukar tuan
(semoga baik-baik saja di Sabah sana!) tetapi entah kenapa buku Kak Wani terasa
susah untuk saya lepas. Mungkin kerana buku-buku yang lain saya hanya beli
kerana ikut-ikutan, atau mungkin buku itu sedang jadi perhatian ketika itu.
Selesai satu cerita dari buku itu saya baca, saya hanya
mengangguk-angguk sendiri. Iya, iya. Ini yang saya lalui dalam kehidupan saya.
Yang terbaru mungkin semalam, atau lebih tepatnya subuh itu. Sudah. Mungkin
sudah tiba masa untuk buang jauh-jauh perkara pahit itu. Walaupun jarak usia
kami agak jauh, tapi saat saya membaca tulisan Kak Wani, saya terasa semuanya
seakan ditulis khusus untuk saya dari seorang kawan (tapi bukan kesemuanya,
tambahan pula bahagian suami isteri itu. haha).
Saya semakin faham dan mula belajar bahawa realiti dan
angan-angan itu sangat jauh bezanya. Sangat jauh. Umpama telefon bimbit besar
gedabak yang zaman dulu….dengan Sony Xperia Z5 (inspired dari jamban duduk dan
kayu jati Kak Wani dalam kisah Halimunan. Hiks).
Angan-angan adalah seperti kertas origami yang kita bentuk
sungguh-sungguh dan teliti, satu persatu sambil menonton video dari pakar di
laman youtube dan akhirnya hasilnya sama sepenuhnya dengan hasil pakar
tersebut. Dan realiti adalah seperti ketika awak sedang mula melukis
pemandangan laut yang indah di depan mata awak tetapi akhirnya ianya terhasil
menjadi seperti lukisan kanak-kanak 5 tahun dengan bukit-bukau serta matahari
di antara bukit-bukit itu. Tidak lupa juga sawah padi di hadapannya.
Saya makin menerima yang---hidup adalah sebetul-betul
realiti. Setinggi dan selama mana pun kita berangan-angan, selagi tiada usaha
dan kurang sabar serta semangat dan redhanya ianya adalah sia-sia.
Belajarlah menerima ujian dengan tenang, mana mungkin kita boleh sampai hujung
lautan kalau tak berenang sambil dihempas ombak beribu kali, kan? Keep going,
self. He Knows well. He Knows all.
Terima kasih Tuhan untuk rasa ini.
Terima kasih Kak Wani untuk buku ini.
Terima kasih hati untuk segala kerjasama selama ini.
p/s : Luna Gugur ke Riba really hit me. And page 23 too.
0 comments