atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Last Friday marks the last day of my training in Pasti Meru Raya. Setelah tiga minggu duk ulang-alik be it jalan kaki, naik bas, Uber atau abah hantar. Haha. It’s a pleasure tho. Dapat kenal budak-budak tu walaupun sekejap, and tak mengajar pun (except ajar iqra’ sikit-sikit and things). Banyak main je. Rasa macam kat situ sebagai penjaga, bukan muallimah. Haha

    From day one, it’s awkward. Sebab tak biasa ada ramai budak and kebisingan yang...subhanallah. haha. Dari dulu paling bising pun tahap apelah sangat, kat sekolah, kat Kipsas. Yang ni semua jenis ada -- jerit, menangis, nyanyi, belum masuk yang duk mengadu *picit kepala*

    Taktau sama  ada sebab tak mengajar atau dah terbiasa, tak rasa penat macam kerja yang sebelum ni. Sebab bukan kena kerja sepanjang hari kat sana, masa budak-budak tidur we get to rest and all, so rasa macam buat kerja rumah je. Tambah pulak kena sediakan makanan (bukan masak, sediakan je dalam talam), kemas, basuh and all. So, memang rasa macam buat kerja rumah je. Minus the kebisingan of course. Haha.

    I learned a lot from the kids tho. Walaupun diorang budak-budak from 4-6 years je pun, tapi they give a lot of things to think. Selain tu of course, melatih kesabaran seorang Fathin untuk berada di tahap tertinggi (walaupun kekadang fail haha). It’s an accomplishment untuk diri sendiri kot? Sebab aku teringat aku pernah cakap kat Kak Ainun, and other people...

    “taknaklah jadi cikgu, nanti takut tertampar anak orang” (since aku ni jenis cepat marah)

    Tapi suprisingly, I never land my hand on anyone at Pasti haha. Paling-paling pun jerit yang tak berapa nak kuat sebab ada yang duk main sepak terajang kepala (Ekstrem k bebudak sekarang main). Sejak follow beberapa page yang share tips macam mana nak jaga budak and all, I think marah and pukul is not the only solution untuk bagi budak-budak dengar cakap kita. Ada masa kena cakap elok-elok, bagi dia duduk atas riba cakap slow-slow dengan dia. They’ll understand it slowly walaupun sekejap haha.

    Another weird thing is..idk kenapa straight dua minggu, hari Jumaat je demam. Balik je petang Jumaat tu, mesti rasa lembik gila badan. Pandai cari masa yang sesuai untuk demam ek haha. Badan terkejut sangat kot sebab overly active melayan budak-budak. Mana taknya, hari-hari kena cekik masa main, kena angkat 3-4 orang pastu pusing, belum kira kena melayan yang suka main peluk tetiba dari belakang. Hadeww. Rindu.

    Mula-mula tu tersangatlah tak biasa sebab aku sangat-sangat jarang pegang tangan orang or vice versa. I do less skinship even to people who close to me. Tapi bila dengan budak-budak tu, rasa macam dah terbiasa. I don’t feel awkward at all after a while. Kadang-kadang sentuhan tu yang buat lagi senang kita nak memahami dorang. Idk. This is from my observation and experience.
    It’s only three weeks and I’m already attached to them. Masa tengok video yang adik Dayah buat masa Jamuan Akhir Tahun tu pun, aku ternangis sikit. Hahahaha. Payah jugak jenis overly attached ni, semua benda nak emo. Orang lain biasa je padahal. Lol.


    I’m glad that I choose to send the resume that time and of course I’m glad that I get to know every single kids there (walaupun ada yang duk tertukar nama lagi masa last day haha). I don’t expect them to remember me for a long time, but if they do, I would be happy and that’s enough for a 3 weeks muallimah :’)



    Semoga Muayyad, Asadel, Afnan, Ammar Amsyar, Ammar Solihin, Ashman, Wafi, Rusydan, Iman, Adam, Muadz, Harraz Umar, Umar Fahri, Aydin, Irfan, Adam Irsyad, Muhammad, Adeef, Aqeef, Sufi, Shafeez, Fateh, Asyraf, Syahmi Amin, Aqil, Syahmi, Qayyum, Danish, Darwish, Zaki, Waiz,Hazim, Husni, Munir, Atif Firash, Hamizan, Iman Maisarah, Nurul Iman, Kaisara, Naqibah, Sarah, Aina, Anis, Anisah, Qisya, Syasya Qaisara, Syasya Alia, Yaya, Dhia Qhairina, Dhia Qalesya, Auni, Syuhada, Ira, Damia, Amani, Azra, Amna (dan lagi beberapa yang tak ingat nama tu) sentiasa dilindungi Allah dan jadi manusia yang berguna. All of you maybe won’t understand this but I’ll make sure that I don’t forget to keep all of you in my prayers. You are now a part of happiness in my life.

    Muallimah emo, sorry. Kekeke

    Ini bukan bias but Muayyad and Asadel will always be in my mind I think. Asadel is such a happy go lucky child with his loud and clear voice. Bubbly and cheerful duk usung bantal busuk dia tu ke mana-mana. Rindu nak main sorok-sorok bantal dia btw. Huhu. Sepanjang tiga minggu, pernah nampak sekali je dia marah. Sebab taknak kongsi mewarna dengan orang lain. Tapi kalau muallimah, takpe. Haha.

    While Muayyad is..idk. Mula-mula ingat dia jenis senyap dan pendiam. Tapi bila main dengan Wafi, elok je kuat suara dia walaupun bukan menjerit kuat macam Asadel. Masa minggu last tu, his voice suddenly kuat je sepanjang masa. Baca doa pun kuat. Tapi bila muallimah tanya soalan depan-depan, senyum-senyum malu. Hadew lah. Macam anak dara. Lepas lari-lari main, mesti datang kat muallimah. Tak buat ape pun, senyum je lepas tu sambung main lagi. Dari first day macam tu. We bond like that you know. Haha.

    But one thing yang macam lekat sikit dalam kepala is, masa hari last tu. Tengah duk tengok budak-budak mewarna, tiba-tiba dia usap-usap tangan aku. Aku macam, budak ni kenape. Haha. Khamis tu aku ade bagitau dia, tahun depan muallimah takde kat sini dah tau. Muallimah gi pasti baru. Muka dia berubah. Tapi yang Jumaat tu, aku perhati je dia duk usap-usap tangan, lama. Entahlah, kita selalu ingat budak-budak tak faham erti kan kalau dah tak jumpa, tapi Muayyad ni...entah. sesuatu. Setiap kali lepas solat pun, tak pernah miss nak salam muallimah while others kadang-kadang terus main/ tidur je lepas solat. And on last day jugak I heard he called me “Muallimah” for the first time. Terharu tau. Sebab dia susah sangat nak cakap/jawab bila aku tanya soalan. I’m gonna remember you as long as I don’t lose my memory :’)

    Rasa nak nangis pun ada masa dia salam nak balik masa last day tu. Rasa macam hilang boyfriend. Haha. I’ll try to go there once in a while kalau boleh insya-Allah.

    Sorry emo lagi kekeke

    I tried to find a proper photo but no. They don't stay still at all



    Asalnya nak update sikit je sebab nak buat separate post on my first day there tapi terpanjang pulak bila duk ingat balik segala yang dah jadi 3 minggu lepas. I guess I am happy and sad kot. Sedih sebab terpaksa jauh dengan budak-budak lepas dah bonding, rapat semua. Happy sebab dapat pengalaman baru (dan hadiah kekeke) dari budak-budak tu. Sedih jugak sebab tahun depan kena hafal nama-nama baru pulak TT (minus Waiz, Muhammad, Atif Firash sebab dorang pindah Pasti baru jugak!).
    Thanks for the memories and may we get to see each other again after this. Tak jauh pun padahal dedua Pasti tu haha. Emo je lebih.

    Kalau rajin I’ll update another post on my first day there sebab ada pengalaman baru yang memang first time in my life! Haha. Till then, salam ~
    Continue Reading
    For this past month, many things have happened. Be it a happy thing or a sad thing.

    Banyak sangat cerita sebenarnya, tapi disebabkan ketidakrajinan seorang Fathin dan kekangan masa kadang-kadang tu, jadi terlupa dan terlepas masa yang sesuai untuk update kat sini.

    Antaranya adalah part 2 practical journey, Esham masuk UIA, and review on the free trial aloe vera gel that I got few months ago. lol. sad life. Nasib baik tak berjanji nak update on time atau apa-apalah. Kalau tak, sia-sia kena cop manusia yang tak berpegang pada janji. haha

    So, recently aku rasa macam in needs untuk catat semua benda, atau simpan something dari hidup aku ni untuk aku tengok next time. Be it next year, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi atau sebelum aku mati. Mungkin bukan untuk hanya ingat balik memories tu, atau bukan juga untuk bayangkan macam mana keadaan masa tu, just in case...you know. Future, siapa tahu kan. Well, eventhough belum tentu dapat untuk share pada anak cucu (sebab sekarang tak fikir pasal kawen pun. idk. haha), at least I can keep it as a reminder to myself in future.

    Dan sebagai seorang manusia yang pernah dirampas diari beliau oleh pengetua sekolah semasa berada dalam perhimpunan (in 2007 @ 2008 I think, silly betul. Siap tulis pasal tak suka cara cikgu mengajar padahal masa tu baru first time dia ajar , and cikgu tu baca weh aku kritik dia lol) aku taknak dah tulis catatan hidup dalam diari. haha. Now I'm choosing a simpler way to keep it all. 

    I wrote them in a very small notebook and make it as simple as I can. Yang bila baca satu word pun dah boleh buat aku ingat kat moment tu. Gituuuu

    This is my notebook! Lama dah beli, zaman minat sangat Paris lol. dedulu. Camera buruk don't care.


    And selain dari tulis dalam notebook tu, aku terjumpa satu app ni. Nama dia Question Diary.
    It is a self-reflect app. At first, dia akan tanya kita,

    are you happy right now?

    Then, dia akan tanya kita satu soalan setiap hari. Kita boleh set reminder nak soalan tu 'datang' pukul berapa. Kiranya kita boleh set reminder untuk dia bagi notification. And yang menariknya, soalan yang sama akan ditanya pada tarikh yang sama, the next year. So, kita sendiri boleh reflect apa yang dah jadi dalam setahun. Apa yang bezanya dulu dengan sekarang, and will the answer still be the same. Setakat baru guna dalam seminggu ni, this app somehow bagi aku berfikir sekejap everyday tentang life dan diri sendiri. Btw, aku taktau siapa yang type soalan-soalan tu sebab ada sekali tu soalan dia dalam bahasa spain (kot). Haha sebab aku tak faham, aku skip soalan tu then lupa nak jawab. Esok tu dia bagi soalan sama lagi, then aku google translate je maksud dia. haha

    Abaikan ads bawah tu. Nampak tak tu ada soalan bahasa Spain? Spain ke weh? aku bantai je ni

    Lepas dah slow-slow stabilkan diri sendiri dan ajar diri bahawa semua yang Allah buat tu bersebab bukan saja-saja, I found my peace (harapnya berkekalan, ehehe). Just one thing to be remembered dear self, jangan ikut kepala sendiri sangat., think wise, ask others with experience and don't keep it all to yourself. Mengadu pada Dia dulu sebelum apa-apa, and He will give you the solution insya-Allah. Manusia takkan selalunya ada untuk faham kita, but Allah will always do. Be positive and keep going, self.

    Doakan fathin!

    Continue Reading
    Siapa ada cara untuk handle semua benda smoothly? Boleh buat semua dengan betul? Boleh settlekan semua benda dalam masa yang singkat? Siapa tahu caranya?

    TELL ME. I WANT TO KNOW IT ALL.

    Maybe it is a wrong thing to proceed with the program in such short time.
    Maybe it is wrong to even plan a program.
    Maybe it is wrong from the beginning.
    Maybe it is my fault.
    My fault.

    Too many things.
    Too many things to think and do.
    Too little time we have to set it up and all.
    Too carelessly we did the plan and preparations.
    Though we have the plan and strategies, we still fail to manage it all.


    Maybe we have to cancel the plan because there’s too little care that being put in it?
    I can’t even think properly right now. I’m done.


    Oh Allah. Make me stronger.
    ---------------------------------------------------------------------------------------

    (another version of me wrote this later)

    Do you really want to give up just because of this? Do you even think about others? What they did to spread amar ma'ruf nahi mungkar? And you even went crazy over this tiny little things that everyone must have going through, at least once in their life.

    Wake up. And grow a stronger heart

    Continue Reading

    Salam dan hai!

    Disebabkan semalam TERbuat sesi mengimbau kenangan praktikal dengan Ziqah, so gatal tangan aa nak update pasal praktikal dulu. Haha

    So, setiap orang kena praktikal kat tempat lain-lain. And semua ada pasangan, ada yang berdua, ada jugak yang bertiga. Aku of course dengan Esham (esham ni nama perempuan, bukan lelaki. I have to write this, nanti orang ingat aku sebilik dengan laki TT). Kitorang berpraktikal kat Science Discoveries Sdn. Bhd, SDSB to be short. Office tu kat Kelana Jaya.

    Mula-mula memang excitedlah cerita dia sebab yelah, acah-acah independent  lah kan sebab duduk jauh dari family, dengan kawan yang selalu gila-gila pulak. Rasa macam wanita bekerjaya betul (lol!) masa tu. Tapi nope. Sila jangan berfikir sebegitu ya adik-adik haha. It is not that fun pun.

    Bilik sewa kami kat area Pantai Permai, dekat dengan UM, Mid Valley semua tu. Jangan pertikai kenapa tak sewa kat Kelana Jaya, kang lagi panjang cerita haha. So yeah, bilik sewa tu serumah dengan tuan rumah, maksudnya, tuan rumah duduk bahagian bawah. Kami kat tingkat atas. Tuhan jelah tau betapa terliurnya bila tuan rumah masak sedap-sedap, bau sampai atas weh! Tapi kami kan jenis pemalu (HAHA!), jarang sangatlah nak menyembang dengan tuan rumah, apetah lagi nak menyendeng mintak sikit lauk. Pergi makan kedai jelah hari-hari sebab takde dapur kan. And thank God, kat situ pasar malam dia  3 kali seminggu! Tak payah nak fikir nak order apa kat kedai hari-hari. Haha

    So, sehari sebelum start praktikal, kami saja nak test berapa lama masa dari rumah ke office. Jadi berkelanalah kami dari rumah sampai ke office. Our daily route for a month ;

    Naik Rapid ke stesen LRT Universiti – naik LRT ke stesen Kelana Jaya – naik Rapid ke office (Kelana Square)

    Favourite seat : hujung koc (?) sebab nak tengok sunset

    Lebih kurang setengah jam ke 45 minit kot sehala. Depends on bas cepat ke lambat, and ramai orang ke tak. And yep, kalau dapat duduk dalam bas/lrt waktu pagi, anda dikira sangat bertuah. Haha. Selalunya kami akan berdiri je pagi tu, dalam lrt pegang tiang sebab taknak bagi jatuh, sekali dengan ada sorang uncle ni yang selalu dari jalan yang sama jugak. Waktu balik tu most of the time dapat duduk sebab lrt kosong dari Kelana Jaya, bas je kadang-kadang berdiri (and pernah jugak sesat sebab salah naik bas!)


    Kelana Square


    Office hour start pukul 9.30 pagi, which is agak lambat, keluar lewat pun takpe kan tapi disebabkan kami ni takut lewat, pukul 7.30 pagi kami dah keluar dari rumah, biasalah budak-budak kan. Takutlah kena marah haha. Selalunya sampai Kelana Square paling awal 8.30 gitu kot, so kitorang akan breakfast dulu kat cafe bawah tu, pastu gi beli stok makanan kat kedai runcit(?) kat bangunan yang sama. Naik atas, bersila depan office tunggu staff yang ada kunci datang bukak. haha. Sambil-sambil tu surf internet jelah sebab wifi office kan lajuuuu haha

    Ni taktau siapa tulis, ada dalam office. haha
    Overall, best praktikal situ walaupun sebulan je sebab lepas tu kena transfer praktikal kat Melaka pulak handle pameran kat sana. Merasalah macam mana orang KL pergi kerja balik kerja. Dah macam robot rasanya pergi kerja pukul 7.30 pagi, balik kerja 6.30 petang, tak sempat tengok matahari. haha.

    Antara tips untuk yang nak berparktikal :
    1) Cari bilik/rumah sewa awal-awal. JANGAN last minute. And sediakan dalam dua ke tiga choices sebab boleh jadi first choice tak kena dengan keadaan kita (dari pengalaman sendiri ni haha)
    2. Sebelum start praktikal, check route untuk ke tempat praktikal, takdelah kang sesat masa first day.
    3) Bawa mangga kunci lebih untuk kunci pintu. Duduk tempat orang, kita tak tahu macam mana kan.
    4) Bawak iron sendiri, jangan pinjam bilik sebelah punya iron pulak. (we did this, sebab masa tu tak ambik lagi iron kat rumah Teah haha)
    5) Hari cuti, iron terus baju untuk seminggu sebab takut tak sempat pagi-pagi, and trust me, balik kerja mesti penat, tak dan nak settle apa-apa, confirm terus tidur je lepas makan tu.
    6) Jangan excited sangat kat tempat orang. Baca apa-apa yang patut masa first day masuk tu. huhu
    7) JAGA KEBERSIHAN.

    Insya-Allah next post (taktau bila. hiks) nak share pasal lain pulak.

    Till then, assalamualaikum and have a good day!


    Continue Reading

    Salam and hai.

    Pernah tak rasa macam semua benda tengah berserabut tapi kita terpaksa acah tenang dan behave walaupun hati tengah risau tahap tak tahu nak cakap?

    Something feels wrong.
    Ada benda yang tak kena.
    Ada benda yang salah sedang berlaku.
    Something wrong, somewhere.

    Atau semua ni jadi hanya sebab girls tend to overthinking something? Idk. Asyik rasa risau, gelisah dua tiga hari ni. Mood rajin jangan cakap, dah ke Laut China Selatan agaknya. Bilik adalah dalam 50% je rupa bilik. Tidur pun tunggang terbalik dah waktunya.

    Naah. Maybe I'm just being overthinking again.

    Let's trying to sleep, shall we? Mata dah berair, tapi entah kenapa berjaga lagi.

    Semoga kembali tenang.

    Continue Reading

    Did you really want to live your life like this?

    Is this enough?

    Continue Reading

    Alhamdulillah selepas last post adalah bulan Januari yg lepas, akhirnya seorang Fathin terbukak hati nak update blog. Ada blog rupanya ~~~ �� nasib baik blog tak delete terus kalau tak update berbulan.

    Dah 26 Ramadhan. Malam ni malam ke 27. Lailatul Qadar? Maybe. Only Allah knows :)

    Disebabkan tiga empat hari ni we in LF talked about marriage, sejak dari ibu duk mention "kahwin" for about three times in a night haritu, buat aku berfikir banyak sebenarnya.

    I used to say that please don't talk about marriage to me. Or just last two months, I said to my kakak usrah,

    "kak, taknaklah kawen. Macam susah je."

    And anything related to my disagreement on marriage.

    Sebenarnya bukanlah taknak kawen ke apa pun. Cuma sebab rasa tak mampu, tak layak, tak boleh dan segala tak lagilah yang membuatkan aku sangat takut nak fikir tentang benda ni.

    What if aku tetap jugak malas kalau dah kawen? Tak rajin nak masak, nak kemas, bangun sesuka hati kejap awal kejap lambat. Sia-sia kau kena pandang enteng dengan mak mertua ��

    Tapi tah lah, kadang-kadang at some point, I was like...bahagianya tengok orang dah kawen. Ada kawan yg boleh faham luar dalam and tetap terima kita seadanya (selain dari family), ada yang tolong push bila tengah down, ada yang boleh ajak, bawak pergi program (tanpa fikir nak tumpang sape ehehe).

    Kalau cakap tentang kawen, sampai bila-bila tak habis. Tambah dari perspektif orang yang masih bujang ni. Takut itu, takut ini. Berangan itu, berangan ini. Huhu.

    Mungkin satu je kot untuk kawan-kawan yang bakal kawen (dan untuk diri sendiri yg tak tau kawen ke idok), apa-apa pun yg kita tak atau belum reti tu, kita boleh belajar. Mak-mak kita pun bukan baru kawen terus power mengemas, memasak, semua tu. Even dari bujang pun, bukan terus jadi habit. Semua start dengan satu paksaan, kan? Slow-slow, even kita ni pun bukan terus kita pandai jalan dari kecik. Jatuh beribu kali dulu, baru pandai. Sampai berlari terus.

    Bak kata anum,
    takkanlah nok bior laki dok make kea ��

    Kisah ape kalau kita gorengkan telur dengan kicap je pun. Kalau lapar, makan jugak kan. Haha. (tapi harap-harap takde sape yg dapat laki yg tak memahami/baran. Wuu mintak dijauhkan kang tak pasal kena maki sebab tak reti masak)

    Semoga yang baik-baik saja untuk semua. Ramai betul kakak-kakak nak kawen lepas raya ni. Makan lauk kenduri lah kitaaa.

    P/s : hold dulu sesi mencari calon ya, enung ����

    Continue Reading


    It’s the time of the year again.
    Masa untuk adik-adik lepasan SPM, lepasan diploma mengisi borang UPU untuk sambung lagi belajar untuk tahap seterusnya.

    I don’t know why it felt somehow overwhelm setiap kali nampak iklan UPU lalu kat newsfeed facebook ataupun Instagram. Mungkin sebab benda yang dah jadi tahun lepas, buat aku jadi serik untuk apply lagi sekali kot? H a h a

    Tak tahu lagi sama ada nak apply atau tak untuk tahun ni,  dengan keadaan masih tak bekerja, sumber duit bulan-bulan dari dropship dengan buku-buku preloved yang masih ada dekat rak je. Luls. Idk. It is a love-hate feeling. Nak sambung belajar, sebelum rasa tu hilang dari diri sendiri, tapi at the same time well you know why…money. Haha. Mungkin kalau aku usaha untuk cari kerja yang betul-betul sesuai dengan jadual, mimpi takkan hanya sekadar mimpi, kan?

    Fathin kan, bilanya nak bersungguh (ada ada, tapi masa buat benda yang dia suka je -.-)


    Well, whatever it is, semoga yang baik-baik je untuk semua orang. Semoga semua orang dilimpahi rezeki yang tak disangka-sangka dari Tuhan yang Maha Pemurah, semoga semua orang bahagia dalam redha Dia dan diberkati sampai bila-bila 😊

    Doakan saya pun dimurahkan rezeki untuk kerja, sambung belajar, dapat bayar hutang PTPTN cepat-cepat, dapat buat apa yang suka,okay? Terima kasih ! 😃


    Till then. Salam.
    2040 | 12012017
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ►  2021 (1)
      • ►  July 2021 (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ▼  2017 (8)
      • ▼  November 2017 (1)
        • Updating My Life ; Muallimah Fathin
      • ►  September 2017 (1)
        • Keep going, self.
      • ►  August 2017 (1)
        • Help, and pray for me
      • ►  July 2017 (1)
        • My Practical Journey (i)
      • ►  June 2017 (3)
        • I'm fine (ii)
        • Random Thought (i)
        • Kahwin? Wow.
      • ►  January 2017 (1)
        • Confusing
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top