atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Aku cemburu. Cemburu pada mereka yang punya abang dan kakak. Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku hanya menyatakan mimpi aku. Salah ? mungkin kau terlupa,ini blog aku. Senyum.


    Tak salah bukan mahu bermimpi ? mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan.



    Pabila aku lihat mereka yang bergurau-senda dengan kakak atau abang mereka,aku tersenyum. Tersenyum sambil bermimpi jika aku juga punya abang atau kakak seperti mereka.

    Jika aku punya kakak….

    Pasti aku bisa bercerita segala rahsia perempuan bersama kakakku.
    Pasti aku bisa bertanya segala tips kecantikan dan nasihat daripada kakakku setiap masa.
    Pasti aku bisa bermanja dengan  kakakku sambil dia menghias muka ku.
    Pasti aku bisa berkongsi jubah,baju dan tudung dengannya.
    Pasti dia bisa memelukku tika aku menangis.



    Dan..jika aku punya abang…

    Pasti aku boleh meminta pertolongannya bila berkaitan dengan hal kaum Adam.
    Pasti dia boleh menjadi temanku ketika aku keluar.
    Pasti dia boleh menjadi telinga ketika aku mempunyai masalah.
    Pasti dia boleh menjadi lawanku ketika kami bergaduh,gaduh adik-beradik biasa-biasa sahaja.
    Pasti dia juga boleh menenangkan aku tika aku sedih.



    Tapi..itu semua takkan terjadi. Aku tidak mungkin punya kakak dan abang sendiri. Tidak mungkin.
    Pada yang punya abang dan kakak. Beruntungnya kamu. Sangat beruntung.
    Ada yang cemburu dengan kamu di sini. :)
    Tak mengapa. Aku masih punya adik lelaki. Dia teman gaduhku,dia tukang masakku. Eheh

    Jaga kakak dan abang kamu elok-elok ya. Jangan gaduh-gaduh selalu. Nanti rindu.
    Continue Reading

    ini quick post.eheh.
    Dah nak habis cuti sem.
    Sekejapnya…okay.maybe sebab saya tak buat apa-apa pun sepanjang cuti ni.eheh.
    Ehh bukan maksudnya tak buat pape langsung,at least I’m  learning how to cook some dishes with ibu :> ehem . (siap buat kek lagi!) HAHA


    I mean,saya tak lah kerja macam kebanyakan (banyak ke?) kawan-kawan saya yang lain. result final exam dah keluar. Result yang saya dapat memang bebetul layak dengan apa yang saya buat sepanjang sem 2.teruk.main-main masa belajar,result pun dapat yang tahap “main-main” je lah :’) tak guna pun nak nangis sekarang.it’s too late,kan ? bukan kalau nangis,result tu boleh berubah pun,kan ? hihi

    So,pengajaran dia,jangan main-main masa study.tak payah nak bercinta sangatlah masa belajar (!) ehem. *tampar diri sendiri* OKAY.

    Lepas ni kena fokus lebihlah nampaknya. ada subjek kena repeat  :’(
    How time flies……dah nak masuk semester 3.Tahun kedua.wohoo senior ! dah ade junior ah :3 yg sekarang kat sem 2 tu sama umur,so tak terasa sangat seniority tu.haha.K.over.obses sangat dengan seniority ni,pengaruh SBP -,-“ HAHA

    Ada kawan ajak join usrah.serius masa tu rasa nak nangis.sebab memang teringin sangat-sangat,gila-gila (mati aku kena marah dengan cikgu BM sebab banyak sangat kata ganda dalam satu ayat) nak join usrah.tapi…tu lah.takut,malu,segan,rendah diri semua ada.rasa macam tak layak…..seriously. Tapi,sampai bila nak rasa macam tu kan ? semua orang nak jadi better,semua orang KENA jadi better  kita kan kena tambah ilmu.Allah pun ada cakap dalam Quran,sesiapa yang berilmu Dia tinggikan beberapa darjat dari orang lain.taknak ke….? Amboi,jangan sombong-sombong sangat awak awak tu.ehem


    “….supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. “
    (al-Mujadalah :11)


    ingat.belajar.cari ilmu.ilmu tu boleh guna.sampai bila ? sampai mati :)



    So,pray the best for me maybe ? hihi syukran jiddan for your dua’s
    Fi hifzillah,Fi amanillah.
    Assalamualaikum 
    Continue Reading
    *tarik nafas* *hembus* 
    dah sebulan tak menaip kat sini.awkward.sumpah.okay.let's begin.

    bismillah.

    semalam,tengah melayan taimlain twitter,tiba-tiba ada orang cakap pasal ada budak PASUM meninggal.kawan kepada Intan.tu je yang saya tahu.accident.dengan lori.Allah..lori lalu kat jalan pun saya dah seriau,ni accident dengan lori ._. hmmph.3 orang meninggal,sorang koma rasanya.kecoh semalam.diorang on the way nak pergi sekolah lama diorang,which is MRSM Kuala Kubu Bharu *kalau tak silap* nak sambut Hari Guru.Allah..Allah..ada gambar kek dengan lilin kat paper hari ni.hancur kek tu.saya stalk facebook one of them,Allah..semalam is his birthday,lahir 20 Mei 1994,meninggal 20 Mei 2013.Kuasa Dia.



    Saya stalk facebook budak tu.sebak.sebak baca segala post kawan-kawan dia kat situ.
    sebak sebab saya terbayang macam mana kalau yang meninggal tu,bestfriend saya ? Allahu...tak kuat.
    serius tak kuat.

    Khamis lepas,kawan sekolah rendah meninggal.Then semalam accident tu.Ramai sangat orang meninggal sekarang.Macam Dia bagi peringatan untuk saya.

    "jangan lagha sangat Fathin,mati tu bila-bila je"


    rasa macam tu.sumpah.
    Self reminder.bukan untuk yang baca je.entah.
    kadang-kadang terfikir,banyak dah ke amalan saya ? dah ready ke kalau kejap lagi Malaikat Izrail datang cabut nyawa saya ? 
    dah lah saya ni banyak gelak.huha sana,huha sini.lagha dengan twitter lah,tumblr lah,*fb dah lama tak bukak* and new addiction,Harry Potter U,U 




    err.hihi TERletak gambar ni TER.
    tak salah nak minat something,tapi pandai-pandailah kawal,kan ? :)

    hmmph.

    tak tahu nak cakap macam mana.tolong ingatkan saya pasal mati,pasal dunia "sana" selalu boleh ? almaklumlah,saya ni cepat lupa benda-benda macam ni.lagha je lebih u,u 
    *lempang diri sendiri*


    haaa lagi satu nak pesan,
    bawak-bawaklah kurangkan post "bakal imamku,bakal makmumku" "dear my love,sayangku chentaku" tu dulu ye kawan-kawan tersayang ? stop terus pun takpe.bukan jealous,bukan -,-" 
    baik ingat pasal mati,bukan nak bagi takut,nak readykan diri je.ihik.K gedik.

    indeed.
    ajal maut tak kenal usia.
    ingat ! *suara upin ipin*



    till then,assalamualaikum :)

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ▼  2021 (1)
      • ▼  July 2021 (1)
        • Go Away
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top