Over-think

3:14 pm

Bismillah.

So, currently tengah memikirkan lagi 8-9 bulan nak sambung belajar (Insya-Allah kalau dapat, padahal number pin pun tak boleh beli lagi). Ditambah pulak dengan bebudak BATI dah duk sembang pasal PTPTN yang suratnya akan sampai bulan depan. Dah reti pinjam, mestilah kena bayar kan? Ehem.

Makin banyak benda yang kena fikir, makin runsing. Terfikir juga nak kerja, tapi entah. Takut. Ke memang sebab perempuan ni suka overthinking lebih-lebih? Dengan berita yang hari-hari duk cerita pasal bunuh, tikam, rogol, tembak sampai mati pebenda. Dah rasa macam duduk kat US. Tambah-tambah perempuan, lagi cuak. Dua tiga kali jugak fikir, takkan nak duduk rumah je sampai sambung belajar nanti?



"Engko nak bayor yuran degree guna apa aten, air liur?"

Kalau ikutkan masa praktikal dulu, dah fikir dah lepas habis je diploma nak kerja dulu sementara nak tunggu degree since memang tahu tak boleh ambik degree bulan 9 tahun ni, kalau dapat pun mesti degree tahun depan (kalau ada kesempatan). Tapi, macam biasa...seorang Fathin terlalu seronok duduk rumah makan tidur sahaja -______-

Sedar tak sedar dah 7 bulan duduk rumah. Kalau kerja kan dah ada savings sikit untuk degree, simpan semua. K kalau. Tak payah cakap pasal kalau, kalau nak diikutkan kalau, gajah pun boleh terbang. Even dropships ke pebenda pun dah krik krik sekarang. Bulan ni tiba-tiba ibu bagi duit belanja. That's not a good sign. Tak buat apa-apa goyang kaki dan dapat duit? Macam anak yang tak bertanggungjawab rasa T.T

So yeah.
Nak kerja, tapi takut.
Tapi kalau kerja, dapat duit.
Dapat duit, boleh bayar PT cecepat.
Why so hard?

Nangis.

Harap tiba-tiba ada duit jatuh dari langit. Luls.


P/s : sesiapa yang tahu kerja kosong area Ipoh@Chemor please leave your comment atau emel atenmunirah6@gmail.com boleh? Maceh. Jasamu dikenang

You Might Also Like

0 comments