Setelah 7 bulan menanti, akhirnya !

12:19 am

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah untuk setiap satu rezeki yang Allah tak henti-henti anugerahkan pada kita dari dulu sehingga kini dan selamanya.

So, straight to the point. Tunggu apa yang sampai 7 bulan ni? Kenapa excited sangat ni oii?

Ni haaaaa :D

oh yaaa, KIPSAS sekarang dah naik taraf jadi kolej universiti :)
Sebab tu ustaz tulis KUIPSAS

Lepas praktikal bulan Mei lepas, memang batch kami dah expect akan konvo bulan 11@12 macam tu sebab kebiasaannya macam tulah. Then, tiba-tiba kolej naik taraf jadi kolej universiti so konvo kami ditangguh. Siap ada ura-ura yang cakap akan konvo bulan 7 tahun depan kot lambat betuii . Ada juga yang cakap konvo kami akan gabung dengan batch-batch bawah kami lah. Jadi tak special pulak gitu kan kena kongsi-kongsi. (pendapat peribadi, jangan bash please.luls)

And akhirnya 2 hari lepas tersebarnya lah berita yang konvo kami insya-Allah bulan 2 nanti. Tak percaya langsung dah habis diploma, sekejap je dah 3 tahun. Terbayang-bayang lagi first day masuk situ nangis depan Dewan Barakah. Haha. But hey, I survived!

So yeah, that's it. Semoga dipermudahkan urusan majlis konvokesyen kami nanti ( tak percaya lagi ni!). Moga-moga setiap dari kami sempat dan dapat hadir bulan Februari nanti insya-Allah.

P/s : Insya-Allah nanti nak buat posts tentang KIPSAS. Dari macam mana nak mohon sampai lah ke semester akhir. Doakan saya tak malas menaip.

Till then, Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 comments