#AtengBaca : Anak-anak Abah
4:33 pmBismillah.
Insya-Allah akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai buku Anak-anak Abah tulisan Encik Nazali Noor. Buku ini adalah buku kedua karya beliau yang saya baca selepas buku Ulu Yam di Liverpool 2. Entah mengapa, setiap kali membaca buku karya bergenre travelog, mesti habis dibaca hanya dalam beberapa jam. Aneh. Dasar sibuk nak tahu tentang hidup orang kot seorang Fathin ni. Haha
Anak-anak Abah, buku pertama yang saya sungguh-sungguh mahukan edisi terhadnya. Cerita mengenai 5 orang anak-anak penulis yang berbeza personaliti tiap satunya, dari si kecil Awwab, Adam, Najmi, Najman dan si puteri tunggal, Najwa. Pada mulanya, saya fikir buku ini hanya untuk ibu bapa, iyalah, cerita yang dikongsi dari seorang ayah tentang anak-anak. Ternyata sangkaan saya meleset, setiap cerita yang dikongsi walaupun untuk dibaca oleh ibu bapa lain ternyata turut memberi pengajaran kepada kami, sebagai anak-anak.
Dari keletah si comel Awwab yang memberikan jambangan bunga buatan sendiri kepada ibunya semasa berumur tiga tahun sehingga kisah Najwa yang bersungguh-sungguh mahu menunaikan janjinya pada nenek yang ingin mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan. Setiap satu kisah memberi saya masa untuk berfikir sebentar, beginikah saya begitukah saya?
Sebagai contoh, dalam kisah Awwab yang sangat suka meluahkan rasa sayang dan rindu pada ayah dan mamanya. Tiba-tiba "I want youu...." "I yeyouuu mama" (I love you mama). Jujurnya, saya membayangkan macam mana muka Awwab masa sebut tu. Mesti comel! Baru umur 3-4 tahun. Kita? Makin besar makin payah agaknya nak menyebut "saya sayang ibu, saya sayang abah." secara tiba-tiba. Mungkin malu, atau mungkin juga ego.
Dari kisah Adam, saya belajar tentang "thank you, please and sorry" yang jarang-jarang kita guna di alam realiti (nampak tak, fake betul dalam social media reti pulak thanks sorry bagai T.T)
Bila Adam nak apa-apa dari abah dia,
"Babah...babah... may I have Adam iPad PLEASEEE?"
"May I have Adam's iPhone PLEASEEE?"
"Babah, may I have Adam's computer PLEASEEE?"
"May I have Adam's bag pack PLEASEEE?"
Bila dah dapat apa yang dia nak.,
"THANK YOU, babah. I want to go to Adam's room. Bye, babah."
"Bye, babah...Thank you babah... Bye..."
Bila Adam ingat dia buat iPad abah dia rosak,
"I am SORRY, babah. I am SORRY babah... I am SORRY, babah..."
Seperti yang saya pernah ceritakan di entri ini, sekecil-kecil terima kasih tu pun kadang-kadang boleh dianggap besar dan dapat buat orang lain happy. Ahh apa lagi yang best dari buat orang lain happy sebab kita, kan?
Dari cerita Najmi yang bertajuk "Sesekali Najmi Mengilas Kata", saya belajar yang kadang-kadang kita memang kena be bold untuk balas kata-kata orang pada kita. Instead of diam dan buat dek je memang ada masanya kita kena balas semula supaya orang tahu yang kita bukan orang yang jenis tak ambil tahu tentang apa yang orang lain cakap pasal kita. And yes, pastikan apa yang kita balas tu tak memalukan orang lain atau diri sendiri pulak kan. I can relate myself to Najmi's behaviour somehow. Haha.
And here comes, Najman. Anak kedua yang pernah menanyakan pada abahnya, "Abah, Najman ni memang bodoh ya, bah?". Hanya sebab dekat sekolah, kawan Najwa tanya betul ke dia adik Najwa sebab Najwa is like the intelligent student while Najman biasa-biasa je bagi kawan Najwa tu. And then his abah replied,
"Anak-anak abah semuanya pandai-pandai. Najman tak bodoh pun. Pandai...Lain orang lain istimewanya. Mungkin kak yong pandai daripada Najman tapi Najman special sebab Najman caring, pandai ambik hati orang, tengok kat taman kita ni ramai kawan Najman, kan? Kak yong pendiam tak banyak kawan betul tak?"
Dan saya refleks lagi diri sendiri sebab saya pernah rasa keadaan yang sama, tapi bukan kena banding dengan adik-beradik lah, tapi dengan kawan-kawan yang lain. nangis jap bila ingat balik.
The only daughter in family, Najwa. I learned from her that kalau buat apa-apa pun, kena sungguh-sungguh. Kena cuba walaupun rasa macam mustahil, tak ramai orang buat semua. Macam masa Najwa tengah fikir tentang peluang untuk masuk Cambridge,
"Honestly, I am not sure abah as it is very competitive. Most of the people that applied are brilliant students. I am not sure really as I have asked the senior at Cambridge and they said the UCAS points (seakan UPU di Malaysia) have to be 90% and above and mine is 88%. But who knows kan, abah? Mana tau ada rezeki, kan?"
Sangat-sangat positif Najwa ni. I wish I can think positive just like her. Walaupun umur lagi muda dari saya, but hey dia lagi matang berfikir dari saya yang dah 22 tahun ni (jap. awkward tulis umur baru u.u) Dan saya faham sangat perasaan Najwa untuk jadi role model untuk adik-adik dia since we both are first child in family. Berat kot tugas dia, tapi apa-apa pun kena cuba untuk jadi yang terbaik. Jadi contoh untuk adik, sepupu semua. Let say kalau anak sulung ada buat benda yang salah, then bila adik-adik buat benda salah juga, dia akan cakap, " dulu Ayong pun macam tu jugak kan?" Tak ke rasa bersalah macam tu? Apa-apa pun, just keep trying untuk jadi role model yang baik. Kita tak cuba, kita tak tahu, kan?
Sedar tak sedar lah duk menaip, dah berjela-jela haha. Thanks for the book Encik Nazali Noor, what a great family you have. Terima kasih sudi menulis sebuah buku dari sisi seorang abah, untuk kami anak-anak. Semoga sudi lagi berkongsi pengalaman hidup di Tanah Ratu dengan kami yang entah bila baru berani untuk berhijrah dari zon selesa. Semoga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Again, thanks a lot!
0 comments