atenmunirah's. Powered by Blogger.

FMFA’s
    • Home
    • #AtengBaca
    • Random
    Bismillah.

    Insya-Allah akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai buku Anak-anak Abah tulisan Encik Nazali Noor. Buku ini adalah buku kedua karya beliau yang saya baca selepas buku Ulu Yam di Liverpool 2. Entah mengapa, setiap kali membaca buku karya bergenre travelog, mesti habis dibaca hanya dalam beberapa jam. Aneh. Dasar sibuk nak tahu tentang hidup orang kot seorang Fathin ni. Haha


    edisi terhad ada entri bonus. hiks.
    edisi umum

                     

    Anak-anak Abah, buku pertama yang saya sungguh-sungguh mahukan edisi terhadnya. Cerita mengenai 5 orang anak-anak penulis yang berbeza personaliti tiap satunya, dari si kecil Awwab, Adam, Najmi, Najman dan si puteri tunggal, Najwa. Pada mulanya, saya fikir buku ini hanya untuk ibu bapa, iyalah, cerita yang dikongsi dari seorang ayah tentang anak-anak. Ternyata sangkaan saya meleset, setiap cerita yang dikongsi walaupun untuk dibaca oleh ibu bapa lain ternyata turut memberi pengajaran kepada kami, sebagai anak-anak. 

    Dari keletah si comel Awwab yang memberikan jambangan bunga buatan sendiri kepada ibunya semasa berumur tiga tahun sehingga kisah Najwa yang bersungguh-sungguh mahu menunaikan janjinya pada nenek yang ingin mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan. Setiap satu kisah memberi saya masa untuk berfikir sebentar, beginikah saya begitukah saya?

    Sebagai contoh, dalam kisah Awwab yang sangat suka meluahkan rasa sayang dan rindu pada ayah dan mamanya. Tiba-tiba "I want youu...." "I yeyouuu mama" (I love you mama). Jujurnya, saya membayangkan macam mana muka Awwab masa sebut tu. Mesti comel! Baru umur 3-4 tahun. Kita? Makin besar makin payah agaknya nak menyebut "saya sayang ibu, saya sayang abah." secara tiba-tiba. Mungkin malu, atau mungkin juga ego. 

    Dari kisah Adam, saya belajar tentang "thank you, please and sorry" yang jarang-jarang kita guna di alam realiti (nampak tak, fake betul dalam social media reti pulak thanks sorry bagai T.T) 

    Bila Adam nak apa-apa dari abah dia, 
    "Babah...babah... may I have Adam iPad PLEASEEE?" 
    "May I have Adam's iPhone PLEASEEE?" 
    "Babah, may I have Adam's computer PLEASEEE?" 
    "May I have Adam's bag pack PLEASEEE?"

    Bila dah dapat apa yang dia nak.,
    "THANK YOU, babah. I want to go to Adam's room. Bye, babah." 
    "Bye, babah...Thank you babah... Bye..."

    Bila Adam ingat dia buat iPad abah dia rosak,
    "I am SORRY, babah. I am SORRY babah... I am SORRY, babah..."

    Seperti yang saya pernah ceritakan di entri ini, sekecil-kecil terima kasih tu pun kadang-kadang boleh dianggap besar dan dapat buat orang lain happy. Ahh apa lagi yang best dari buat orang lain happy sebab kita, kan?

    Dari cerita Najmi yang bertajuk "Sesekali Najmi Mengilas Kata", saya belajar yang kadang-kadang kita memang kena be bold  untuk balas kata-kata orang pada kita. Instead of diam dan buat dek je memang ada masanya kita kena balas semula supaya orang tahu yang kita bukan orang yang jenis tak ambil tahu tentang apa yang orang lain cakap pasal kita. And yes, pastikan apa yang kita balas tu tak memalukan orang lain atau diri sendiri pulak kan. I can relate myself to Najmi's behaviour somehow. Haha.

    And here comes, Najman. Anak kedua yang pernah menanyakan pada abahnya, "Abah, Najman ni memang bodoh ya, bah?". Hanya sebab dekat sekolah, kawan Najwa tanya betul ke dia adik Najwa sebab Najwa is like the intelligent student while Najman biasa-biasa je bagi kawan Najwa tu. And then his abah replied, 
    "Anak-anak abah semuanya pandai-pandai. Najman tak bodoh pun. Pandai...Lain orang lain istimewanya. Mungkin kak yong pandai daripada Najman tapi Najman special sebab Najman caring, pandai ambik hati orang, tengok kat taman kita ni ramai kawan Najman, kan? Kak yong pendiam tak banyak kawan betul tak?"

    Dan saya refleks lagi diri sendiri sebab saya pernah rasa keadaan yang sama, tapi bukan kena banding dengan adik-beradik lah, tapi dengan kawan-kawan yang lain. nangis jap bila ingat balik.

    The only daughter in family, Najwa. I learned from her that kalau buat apa-apa pun, kena sungguh-sungguh. Kena cuba walaupun rasa macam mustahil, tak ramai orang buat semua. Macam masa Najwa tengah fikir tentang peluang untuk masuk Cambridge,
    "Honestly, I am not sure abah as it is very competitive. Most of the people that applied are brilliant students. I am not sure really as I have asked the senior at Cambridge and they said the UCAS points (seakan UPU di Malaysia) have to be 90% and above and mine is 88%. But who knows kan, abah? Mana tau ada rezeki, kan?"

    Sangat-sangat positif Najwa ni. I wish I can think positive just like her. Walaupun umur lagi muda dari saya, but hey dia lagi matang berfikir dari saya yang dah 22 tahun ni (jap. awkward tulis umur baru u.u) Dan saya faham sangat perasaan Najwa untuk jadi role model untuk adik-adik dia since we both are first child in family. Berat kot tugas dia, tapi apa-apa pun kena cuba untuk jadi yang terbaik. Jadi contoh untuk adik, sepupu semua. Let say kalau anak sulung ada buat benda yang salah, then bila adik-adik buat benda salah juga, dia akan cakap, " dulu Ayong pun macam tu jugak kan?" Tak ke rasa bersalah macam tu? Apa-apa pun, just keep trying untuk jadi role model yang baik. Kita tak cuba, kita tak tahu, kan?

    Sedar tak sedar lah duk menaip, dah berjela-jela haha. Thanks for the book Encik Nazali Noor, what a great family you have. Terima kasih sudi menulis sebuah buku dari sisi seorang abah, untuk kami anak-anak. Semoga sudi lagi berkongsi pengalaman hidup di Tanah Ratu dengan kami yang entah bila baru berani untuk berhijrah dari zon selesa. Semoga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Again, thanks a lot!
    Continue Reading
    Bismillah.



    Okay, short post. Sesiapa yang dah dapat tawaran untuk sambung pengajian sama ada Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) boleh mohon Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.
    Pinjaman ni boleh berubah jadi biasiswa kalau pointer korang 3.5 ke atas masa belajar tu. So, why don't you give it a try kan? Tak payah lah pinjam PTPTN dah

    PINJAMAN INI DIBUKA DARI 3 JANUARI 2016 HINGGA 31 MAC 2016 SAHAJA.

      Syarat-syaratnya :


    • Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
    • Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.
    • Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.
    • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. (Sila lihat senarai IPT yang ditaja)
    • Belum menerima pinjaman dari mana-mana pihak.
    • Salinan dokumen mestilah diperakui sah.
    • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta lewat diterima dari tarikh tutup permohonan akan terbatal dengan sendirinya.
    • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya. 



    Untuk maklumat lanjut, boleh ke klik sini ---> Pinjaman Pengajian Tinggi Perak
    Untuk baca blog orang yang dah pernah mintak pinjaman ni, klik sini ---> Blog Koki Athirah

    Harapnya membantu untuk sesiapa yang nak sambung belajar dan taknak pinjam Ptptipu eh. Bai Assalamualaikum ! 

    Continue Reading
    Bismillah.

    Tahun lepas masa still praktikal dekat Kelana Jaya, sempat jugaklah buat goodreads account. Tiba-tiba sangat. Then I come across ada macam tulis tepi-tepi tu about Reading Challenge 2015. Kita set kan berapa buku kita nak baca dalam tahun 2015 then dia akan track lah kat situ. Kita boleh masukkan tarikh kita start baca, update progress dah sampai muka surat mana and so on. It's a good thing lah. Since Malaysian don't read that much (pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian kasar.)

    Tiba-tiba teringat masa praktikal kat Melaka, kami pergi pasar malam Melayu (kat area rumah kat sana ade pasar malam Cina je selalu, so teruja sikit masa tu. lol). Came across a pakcik yang jual segala petai, jering and so on. Diana (adik sekerja mende perkataan ni ) tanya dekat pakcik yang jual tu.

    Diana : Pakcik, ni jering kan?
    Pakcik : Iyeeee. Kan ada tulis dah kat situ. Malaysian don't read.

    And all of us gelak.

    On the spot pakcik tegur Malaysian don't read. Sumpah pakcik tu cool sebab dengan selambanya menyentapkan aku yang memang masa kat sana adalah dua tiga buah je buku yang duk baca. Balik tu terus bukak buku yang bawak dari rumah, baca. K tipu. Makan laksa dulu (weh susah nak jumpa selain laksa nyonya kat Melaka tahu!).

    So yeah, sampai bila nak dilabel sebagai Malaysian don't read?
    Let's get started people! Baca buku, dapat ilmu dan dapat tahu perkara-perkara baru. Be it baca buku online atau pun pegang buku depan mata, tak kisah. Baca. Iqra'. Let's do it, Reading Challenge 2016 ! :D

    Semoga berjaya mengistiqamahkan dan mendisiplinkan diri untuk membaca.

    So, here's mine for last year.








    Tak capai target. Tak boleh dahlah lepas ni,

    "Hobi awak apa?
    "Membaca"

    "So many books, so little time." -- Frank Zappa

    T.T

    Jom baca buku !






    Continue Reading
    Saidina Abu Bakar as-Siddiq 
    -----------------------
    By Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali @ al-Kuliyyah


    - seandainya kalian menimbang iman seluruh umat kecuali para Nabi dan Rasul, dan iman Saidina Abu Bakar di neraca sebelah lagi, iman Abu Bakar lebih berat. -- Rasulullah S.A.W.
    - Abdullah ibn Abi Qahafah (Nama sebenar beliau)

    - Pada saat orang-orang kafir membuat keputusan Rasulullah perlu dibunuh oleh semua ketua Quraisy.
    Kata Asma' binti Abu Bakar, pada satu malam, pintu rumah diketuk. Rasulullah masuk.

    Baginda tanya,
    "ada orang selain dari ahli keluarga kamu dalam rumah kamu?"

    Abu Bakar jawab, 
    "tidak. Hanya ada aku dan anakku."


    Asma berkata, "aku duduk di balik tabir untuk mendengar apa yang diperkatakan. Tetapi tidak didengari kerana Rasulullah bercakap dengan sangat perlahan. Tiba-tiba aku terdengar tangisan. Ayahku sedang menundukkan wajahnya. Bila ayahku mengangkat wajahnya, aku tidak pernah mendengar seorang lelaki yang menangis dalam tangisan yang terlampau bergembira sebegitu."

    Rasulullah telah memilih beliau untuk menjadi temannya untuk memulakan perjalanan hijrah. 
    - At-Taubah : 40
    - Abu Bakar as-Siddiq lahir 2 tahun selepas Rasulullah. 
    - Abu Bakar tidak pernah minum arak walaupun masa zaman jahiliah banyak arak merata-rata.


    Saat kritikal Rasulullah : semasa ingin menyampaikan wahyu kepada umat.
    - Sesungguhnya tapak yang membangunkan Islam ialah apa yang dimulakan oleh Khadijah dan Abu Bakar.
    - Bila Nabi sampaikan dakwah, semua akan tanya "macam ni ke?" "macam tu ke?" kecuali Abu Bakar, beliau akan terus mengatakan أشهدألا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
    - Abu Bakar sangat percaya pada Baginda sejak hari pertama dia memeluk Islam.


    Saat kritikal Rasulullah : semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj
    - Ramai yang nak ikut Nabi, murtad selepas Nabi cerita tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj. 
    - Orang yang first dengar tentang Isra' dan Mi'raj ialah Abu Jahal. Lalu dia terus menceritakan pada Abu Bakar. Dia menceritakan pada Abu Bakar.

    Tiga kali Abu Bakar tanya Abu Jahal,
    "benarkah ini yang dikatakan Muhammad?"

    Abu Jahal jawab,
    "ya."


    Abu Bakar jawab,
    "Wahai Abu Jahal, sekiranya itu yang dikatakan Muhammad, tidak langsung aku sukar untuk membenarkannya."


    - As-Siddiq ialah gelaran yang diberi Allah melalui perantaraan malaikat Jibril selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj.
    - Abu Bakar jumpa orang Quraisy yang mengasak beliau mengenai cerita Rasulullah.


    Abu Bakar berkata,
    "jika Baginda berdusta, bukankah ini masanya untuk kalian membuktikan pendustaan itu? Tanyalah pada Muhammad mengenai Aqsa."


    Abu Bakar menawarkan untuk membawa mereka kepada Rasulullah untuk bertanya tentang Isra'.
    - Abu Bakar membariskan semua pakar yang selalu pergi ke Palestin. Lalu mereka bertanya, Rasulullah menceritakan semuanya dengan mudah. 
    - Iman Abu Bakar melebihi logiknya. 
    - Abu Bakar paling banyak dakwahnya.
    - Abu Bakar berdakwah kepada Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Saad Abi Waqqas.
    - Orang Quraisy pujuk orang2 yang didakwah Nabi jangan peluk Islam. Rasulullah suruh Abu Bakar berdakwah.


    Abu Bakar berdakwah dengan kuat dan lantang di Kaabah. Orang Quraisy pukul muka Abu Bakar dengan sepatu besi, mereka pijak muka Abu Bakar.

    Tetapi Abu Bakar sebut,
    "datanglah, datanglah kepada Allah."

    Sampai rebah, dan berdarah Abu Bakar..
    - Abu Bakar dibawa balik ke rumah, mukanya bengkak, mulut dan hidungnya berdarah, bibirnya koyak. Ibu beliau kejut,


    beliau bangun dan berkata,
    "apakah keadaan Rasulullah?"
    Dengan mulutnya yang masih berdarah dan koyak. 


    - Ibunya hulurkan air, lalu beliau (Saidina Abu Bakar) berkata,

    "Aku bersumpah demi Allah, tidak akan masuk air ini walaupun setitis ke dalam mulutku sebelum saya tahu keadaan Rasulullah."

    adik Saidina Umar pergi panggil Rasulullah. Rasulullah datang pada Abu Bakar. 

    Abu Bakar cakap lagi,
    "tidak mengapa walau badanku hancur asalkan Rasulullah selamat."

    - Rasulullah sebut banyak kali "Aku sayang sangat pada Abu Bakar."

    21082015
    Noted by atenmunirah.


    Tanya diri kita, adakah dari diri kita ini ada sedikit bahagian pun yang menyerupai usaha dakwah dan kasih sayang Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah ?

    Nangis.
    Continue Reading
    Okay, seperti yang dijanjikan (poyo gila bunyi) start post yang ni saya akan cuba ceritakan macam mana nak belajar kat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) atau sekarang dah naik taraf jadi Kolej Universiti (KUIPSAS). So first post is, macam mana nak mohon?

    Disclaimer : saya akan guna KIPSAS instead of  KUIPSAS, sebab awkward gila nak sebut KUIPSAS. haha

    STUDY IN KIPSAS : PERMOHONAN

    So, masa saya mohon dulu, saya mohon melalui website KIPSAS, tapi sekarang seiring dengan persedaran zaman (eceh) korang boleh terus whatsapp je kalau nak mohon okayyy.

    Untuk masa sekarang, KIPSAS ada 13 program Diploma dan 2 program Ijazah Sarjana Muda sahaja. Tapi haritu dengarnya ada dua program diploma baru, so yang tu kena confirmkan semula dengan pihak KIPSAS dah start ke belum program tu.

    Setiap diploma dibahagikan kepada 3  Sekolah. Alaa kalau kat Universiti tu korang panggil fakulti lah.

    • Sekolah Pengajian Islam (SPI)
    • Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (STMK)
    • Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP)


    Untuk senarai penuh program diploma dan ijazah dengan segala yuran, senarai subjek setiap course semua, boleh rujuk sini (kat bahagian ‘program’)---> http://kipsas.edu.my/



    In conclusionnya, korang boleh mohon melalui :
    1- Website : http://portal.kipsas.edu.my/kipsas


    2- Whatsapp : 019-9203153                                  
    3- Hotline : 09-5915353


    So, that’s all untuk macam mana nak mohon masuk KIPSAS. Next post insya-Allah saya akan cerita mengenai apa yang perlu ada masa nak masuk KIPSAS, pendaftaran semualah. Apa-apa soalan boleh komen atau emel saja saya di atenmunirah6@gmail.com okay ? Till then, assalamualaikum :D



    Continue Reading
    4th December 2015 // 22 Safar 1437H
    Srikandi Syurgawi @ TV3


    - Ummu Sulaim
    - Ketika Abu Talhah yang belum Islam ingin meminangnya, dia jawab dengan berhikmah, 
    "bukan aku tak boleh terima pinanganmu, tetapi kerana kamu bukan Islam."
    - Lalu Abu Talhah menjawab, "aku boleh berikan emas dan perak sebagai maharmu."
    - Ummu Sulaim menjawab, "jika engkau masuk Islam, itulah maharku." Subhanallah.
    - Ada pendapat yang mengatakan mahar Ummu Sulaim adalah mahar terindah.


    - Ketika Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah, penduduk di sana beri kain, makanan semua. Tapi Ummu Sulaim memberikan harta yang paling berharga kepada Nabi iaitu anaknya, Anas bin Malik yang ketika itu berumur 9-10 tahun.
    - Anas menceritakan, kalau dia tak buat atau lupa sesuatu tugas, Nabi tak pernah tanya "kenapa tak buat?"


    - Ada satu ketika, salah seorang anak Ummu Sulaim meninggal dunia. Dia pesan pada semua orang, biar dia sendiri beritahu suami dia, Abu Talhah.
    - Abu Talhah balik rumah, tanyakan macam mana keadaan anak. Ummu Sulaim jawab, "dia berada dalam keadaan paling tenang. " 
    - Ummu Sulaim memberi suaminya makan, minum, bersembang dan melayan suaminya. 
    - Tiba-tiba dia bertanya pada suaminya, "wahai suamiku, bolehkah kalau seseorang meminjam barang milik orang lain, tetapi dia tidak mahu memulangkannya semula?"
    Ahu Talhah jawab, "mana boleh. Kena pulangkan."
    -Ummu Sulaim jawab, "anak yang dipinjamkan Allah pada kita telah Allah ambil semula."


    - Abu Talhah marah, pergi jumpa Nabi dan ceritalah apa Ummu Sulaim buat. 
    - Rasulullah tanya, "adakah semalam kamu menjadi pengantin?" (hikmah ni. Nabi tak tanya semalam kamu bersetubuh ke).
    - Abu Talhah jawab, ya. 
    - Lepas tu Rasulullah doakan semoga rahmat Allah turun kepada kalian.
    - Ditakdirkan Allah, Ummu Sulaim mengandung, dan lahirlah anak yang bernama Abdullah. Diceritakan Abdullah ni dikurniakan ramai anak dan semuanya mahir dalam ilmu al-Qur'an. Berkat dari kesabaran dan ketaqwaan nenek mereka, Ummu Sulaim.


    - Ada satu ketika, Nabi tengah tidur. Sampai berpeluh Nabi tidur. Bila Nabi bangun, Ummu Sulaim pergi kutip peluh Nabi. Dia nak campurkan dalam minyak wangi dia :')

    - Semasa Perang Uhud, Ummu Sulaim turut serta bersama Saidatina Aisyah, memberi rawatan dan air kepada tentera Islam. Anak dia, Anas cerita sampai terdengar bunyi ibunya berlari nak tunjuk betapa bersungguhnya.
    - Dalam Perang Hunain, Ummu Sulaim turut serta walaupun sedang sarat mengandung. Dia bawak pisau kecik. Bila orang tanya, "kenapa kamu membawa pisau? "
    Ummu Sulaim jawab, supaya nanti kalau-kalau ada musuh Islam serang, dia boleh terus hunus dan bantu bunuh.


    - Ummu Sulaim selalu beri hadiah pada Nabi, daging kambing, tamar.
    - Ada suatu ketika, beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "adakah apabila wanita bermimpi mereka perlu mandi wajib?"
    - Rasulullah jawab, "ya. Apabila keluar air mani.
    - Lepas tu Ummu Sulaim tutup muka sebab malu tanya soalan tu kat Nabi.
    - Saidatina Aisyah berkata, "sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, kerana mereka bersungguh-sungguh dan tidak malu dalam mencari ilmu."


    - Nabi memuliakan ahli keluarga Ummu Sulaim, termasuk anak-anaknya yang masih kecil.
    ----------------------------------------------
    PENGAJARAN ; 
    i) gunakan apa yang kita ada untuk Islam
    Contoh : Ummu Sulaim beri anak dia untuk berkhidmat pada Nabi
    ii) untuk yang belum berkahwin, betulkan niat sebelum berkahwin. Kahwin mesti semata-mata kerana Islam 
    iii) sabar dalam menghadapi ujian
    iv) jangan malu bertanya dalam mencari ilmu.


    ©Noted by atenmunirah.
    semoga bermanfaat :)

    P/s : Sikit je. Dengar lagi 15 minit nak habis


    Insya-Allah mulai hari ini akan share segala notes yang sempat ditonton atau didengar di sini juga selain di group-group whatsapp. Kalau ada yang salah, tolong tegur. Untuk kebaikan bersama.
    Semoga bermanfaat walaupun sedikit. Wallahu'alam :)
    Continue Reading

    Assalamualaikum and hai :D

    Yess yess yess I'm in love with Hermo ! Apekebenda Hermo tu ? Hermo adalah website yang menjual barang-barang kosmetik termasuk segala make-up, skincare, healthcare, body care segala lotion pebenda semua ada kat situ. Senang dan tak payah nak pergi tempat lain kalau nak beli dah ! Dan yang penting dorang based in Johor, Malaysia. Guna poslaju pun boleh weh korangg tak payah nak pening fikir shipping mahal dari luar negara k.

    Antara yang bestnya Hermo ni ialah :

    • Based in Malaysia, so tak payah fikir shipping mahal dari luar negara pebenda
    • First time beli dapat voucher RM15 untuk pembelian RM100 and above
    • Sebelum beli boleh tengok review dari orang lain tentang produk tu
    • Selalu ada sale !
    • Banyak pilihan sampai rambang mata k
    • Beli 2 barang ke atas free shipping 
    dan banyak lagilah!

    First time tahu tentang website ni dari blog Kak Namee Roslan . Adalah satu hari tu memang tahap takde kerja sungguh seorang Fathin ni, dari pagi sampai ke tengah malam duk godek blog Kak Namee. So, dah dinamakan jodoh terjumpalah website Hermo ni kan.

    Banyak produk organik aaa aku tengok kat website ni. Ada dari Korea (woot!), ada dari Jepun, Taiwan semualah. Asia lah kebanyakannya ke semua dari sana?

    Antara barang-barang yang aku duk belek kat website ni :

    Nature Republic-Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel
    (Sekarang tengah sale, RM25 jeee)



    Hermo Mask Combination Box
    (Korang pilih 12 mask and dia akan packing kan sekali dalam satu box.
    Harga bermula dari RM2.50 je!)

    Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 

    Barang-barang make up pun ada untuk yang selalu guna, and packaging semua comel. Nasib bukan jenis bermake-up, jimat duit boleh beli barang lain. Ehh.

    Too Cool For School - Dinoplatz Lip Balm

    Too Cool For School - After School BB Foundation Lunch Box

    Alaaaa banyak lagi malas nak copy semua gambar kang tak surprise. Haha. Andddd another good news is sekarang Hermo tengah buat sale sempena Krismas ! Hey tak suruh sambut krismas, tapi join je sale tu, harga murah dari normal price. Lepas tu bila dah ada account Hermo, boleh join contest spin and win ! Hadiah mahal-mahal weh semua. Ada RM1000 Voucher, Ipad Mini, Play No More handbag, Tiket Air Asia pergi Seoul (Ni Ziqah sukalah ni haha), Pandora Bracelet etc. Banyak gila and semua hadiah best !






    Okay dah. Tak larat nak type panjang-panjang sebab Hermo ni memang best gila. Dari haritu tengok memang tak tau nak pilih barang apa sebab banyak sangattttt. So, sesiapa yang nak sign up account Hermo boleh klik link sini ----> http://www.hermo.my?referral=EMSMON 

    Selamat rambang mata semuanya ! :D










    Continue Reading
    Assalamualaikum dan hai :)

    Disebabkan terlalu bosan duduk kat rumah dan tak buat apa-apa, seorang Fathin telah meng-google segala resepi homemade yang boleh dibuat. Makan, minum, makan, minum. Itu sahaja kerja beliau. Luls. Dan ini adalah salah satu resepi yang sangat menarik perhatian. Aiskrim k, buat sendiri. Jimat duit tak payah pergi beli dah.
    Resepi ini diambil dan dipelajari dari blog : http://badariahabdrahman.blogspot.my/2011/04/aiskrim.html


    Bahan-bahan untuk Homemade Ice Cream :


    • Susu cair @ Susu segar - 400ml
    • Susu Pekat - setengah cawan (Nak kurangkan pun boleh, sebab masa buat haritu macam manis sangat untuk saya. Ikut lidah masing-masing, okay?)
    • Ovalette (Pastikan cari yang HALAL!) - 2 sudu besar
    • Esen Vanilla - 1 sudu kecil
    • Oreo - suka hati banyak mana nak letak (depends nak letak topping mende, chocolate chip ke, chocolate rice ke, peanut ke.)
    p/s : Kalau nak tambah perasa pun boleh, tambah masa sebelum letak topping. Kacau sebati.


    Cara-cara : 
    1. Mix semua bahan kecuali oreo dalam mixer @ blender untuk 10-20 minit.
    2. Masukkan dalam bekas.
    3. Letak topping.
    4. Freeze.
    5. Makan :D
    Ni je gambar aisrim yang sempat ambil. Yang dalam bekas lupa nak ambik sebab sedap sangat makan. Ni bukan masuk bakul angkat sendiri okay :> 


    Okay done. Selamat mencuba ! 



    Continue Reading

    Assalamualaikum. 

    Baru selesai menonton video-video dari channel Yaseen Media dan The Merciful Servant.
    Since Celcom bagi guna data sesuka-hati-engkau-banyak-mana-nak-guna-selagi-tak-habis tarikh, so nak download semua benda adalah sangat digalakkan. And I randomly download videos dari dua channel ni. Video-video diorang selalunya akan sentuh tentang satu-satu tajuk, tetapi dalam masa yang singkat. Paling lama aku pernah tengok setakat ni 10 minit JE.

    And I was watching the videos that I have transferred from my phone to laptop, and there’s a video yang bertajuk “ The Greatest Reward in Jannah”.

    Dan aku terus,
    “okay video ni nak tengok last sekali. Cause it tell about  Jannah.”
     (Because Jannah or Hell is our last destination. Tetiba kan)


    Then, dah tengok. And the video goes…..


    Dia cerita tentang pada suatu hari, tengah-tengah kau duduk dalam rumah kau dekat syurga, tiba-tiba malaikat ketuk pintu rumah kau.

    *knock knock*
    Jom melawat Allah?
    (Masa ni tak rasa apa pun. Tengah cuba nak bayangkan macam mana malaikat bercakap dengan kita.)


    Then kat luar rumah kau dekat syurga, ada satu kenderaan (bayang je lah limousine tapi ni versi kat syurga, depends on level kau kat syurga macam mana). Then kau naik kenderaan tu, dan berkumpul dengan ahli-ahli syurga yang lain. Ada macam-macam kenderaan, bergantung pada level syurga masing-masing. Dan semua orang happy. Takde yang dengki, atau iri hati.


    Tiba-tiba, ada cahaya.
    Nur a’la nur a’la nur.


    Semua pelik dan tanya malaikat,
    “adakah itu Allah?”

    Malaikat pun jawab, bukan.

    Tiba-tiba ada suara yang memberi salam.
    “Assalamualaikum, wahai ahli syurga.”

    Dan ahli syurga semuanya akan menjawab salam tu.

    Allahu Allah.

    And the conversation going on.

    Allah tanya,
    “Adakah kalian gembira? Adakah kalian berpuas hati?”

    Ahli syurga jawab,
    “Allah, macam mana kami tak gembira apabila Engkau telah menyelamatkan kami dari api neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga?”

    Dan Allah tanya,
    “Apa lagi yang kalian mahu?”

    Dan ahli syurga menjawab,
    “Tiada apa lagi.”

    Allah menjawab,
    “Tidak. Hari ini adalah Hari Pemberian. Aku mahu beri kalian lebih lagi. Apa yang kalian mahu.”

    Ahli syurga, semuanya menjawab serentak,
    “Ya Allah, tunjukkan wajah-Mu. Kami mahu melihatMu. Kami rindu padaMu.”


    Dan penghadang yang memisahkan ahli syurga dan Allah akan dilenyapkan…
    And tears goes down the cheek. Allah.

    Allahu Allah.
    The greatest reward, ever.
    Adakah kita akan menjadi manusia paling bertuah nanti? Bagaimana dengan amalan kita?
    Layakkah kita untuk menjadi antara mereka yang dapat melihat wajah Allah kelak?


    Hanya Allah Maha Mengetahui.
    Semoga diberi kemudahan, dan dipermudahkan segala urusan.


    P/s : Silalah subscribe channel Yaseen Media dan The Merciful Servant ini. Sangat-sangat bagus. Kalau yang tak faham bahasa inggeris, boleh suruh sesiapa translatekan. Allahu Allah. Berikan ganjaran yang tak terhingga untuk mereka yang mengasaskan channel dan video-video ini. Ameen Ya Rabb.


    Yang nak tengok video tu, boleh tengok di bawah : 


    Continue Reading
    Bismillah.
    err Hai ? It's been a while since my last update in this blog *sigh* Sorry. *muka tak bersalah*
    Here goes the first post in 2014.
    So.. straight to the point ; Niat.


    Berubah susah tak?

    Hmm let see. Sebenarnya berubah senang je, cuma kena betul cara dengan niat. Tapi yang paling penting, niat. Kenapa niat ?


    On the authority of Umar bin al-Khattab, who said : I heard The Messenger of Allah S.A.W. say : 

    "Actions are but intention and every man shall have but that which he intended, Thus he whose migration was for Allah and His Messenger, his migration was for Allah and His Messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to tak some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated. "

    Related by Bukhari and Muslim



    Haa ? Bukan aku yang cakap, Rasulullah yang cakap niat tu penting. Sebab tu hadis pasal niat ni terletak dalam page first sekali dalam Hadis 40 Imam Nawawi. Cuba, bayang kalau someone tu pakai purdah semata-mata sebab nak tunjuk kat semua orang yang mata dia cantik, dia pun upload gambar selfie pakai purdah banyak-banyak. So, lastnya nanti dia dapat likes dengan comment je lah semata. Sebab niat dia memang nak dapat semua tu. Tapi, beza pulak dengan orang yang pakai purdah semata-mata sebab Allah, sebab dia nak elak fitnah, nak jaga diri dia. Lillahita'ala, macam air mengalir pahala dia tahu !

    [kredit]

    Pernah bila pergi ceramah ke tazkirah ke usrah ke penceramah akan cakap "betulkan niat kenapa kita datang majlis ilmu.." ? Sebab kalau niat kita lillahita'ala, dapat pahala. Kalau kita pergi ceramah tu just sebab penceramah tu Ustazah Fatimah Syarha ke, Ustazah Norhafizah Musa ke, Ustaz Azhar Idrus ke hmm kita dapat apa yang kita nak tu je lah. Perbaharui niat. Setiap kali keluar dari bilik/rumah nak pergi class, cakap kat diri sendiri kita nak pegi belajar. Nak menuntut ilmu, jihad tu wehh ! Kalau mati masa menuntut ilmu macam orang syahid dah tahu, yang penting niat kita tuuuu *tunjuk-tunjuk hati*



    Lagi satu, kalau once terdetik je rasa nak berubah, nak jadi a better person just go for it. Trust me. It's for your own good. Bukan senang nak dapat taufik, dapat hidayah. Allah tak jentik hati semua orang. Hidayah tu Dia yang pegang, kalau pun someone tu duduk dalam kalangan orang yang baik-baik, tapi Allah tak pilih dia untuk bagi taufik, bagi hidayah dia still takkan dapat rasa nikmat iman tu, macam bapa saudara Rasulullah, Abu Talib.

    Ye, berubah memang susah. Tapi it's worth it. Trust me.

    [kredit]

    Kita tak tahu kita mati bila, berubahlah selagi Allah bagi pinjam nyawa :]



    Jom doa moga-moga kita sempat jadi a better person, sebelum pergi. Amin.




    Till then, assalamualaikum.
    Continue Reading
    [kredit]


    Awak,
    Ya. Saya tahu setiap manusia punya perasaan ingin bercinta,
    Dan dicinta,
    Ya. Saya  juga tahu itu fitrah.
    Tapi… fitrah itu boleh dikawal.
    Dikawal dengan iman, bukan dibiar nafsu bermaharajalela,
    Apakah kerna  sahabat yang lain punya pasangan, awak juga teringin?
    Begitu ?
    Awak rasa tercabar kerna tidak punya pasangan seperti mereka juga atau apa ?
    Atau awak terasa dianggap seperti  “tidak laku” kerna tidak punya pasangan seperti mereka ?


    Awak,
    Bersyukur jika dipilih Dia untuk bermujahadah melawan nafsu,
    Bersyukur kerna masih mendapat perhatian dari Pencipta,
    Bersyukur kerna masih diberi hidayah dari Tuan kita,
    Sungguh,awak sangat bertuah kerna terpilih.


    Awak,
    Bukan saya mahu sekat perasaan awak,
    Bukan.
    Saya bukan sesiapa untuk sekat kebahagiaan atau kesedihan awak,
    Saya juga manusia biasa,
    Seperti awak.


    Agama tidak pernah menghalang kita mahu suka sesiapa,
    Tapi kita ini, sebagai perempuan,
    Pasti punya malu bukan ? malu perempuan lebih tinggi dari lelaki,sepatutnya.
    Jika awak punya perasaan yang tidak terluah pada pria,
    Pendamkan,diam dan serahkan tugas itu pada yang selayaknya,
    Risau jika sang Adam salah berfikir menganggap kita,perempuan yang murah.
    Awak pasti  sedih dipanggil begitu,bukan ?
    Saya sayang awak, kerna  itu saya begini.


    Awak,
    saya tidak sanggup lagi melihat awak melakukan perkara yang tidak disukai Pencipta,
    saya tidak sanggup melihat tanpa melakukan apa-apa,
    seolah-olah saya akan dipersalahkan di “sana”,
    kerna menjadi seperti buta tatkala melihat sahabat sendiri,
    kerna tidak menjalankan tugas seperti  seorang sahabat yang sebenar,
    awak faham bukan ?


    Awak,
    Tinggikan maruah dan bersabarlah,
    Jika seseorang itu telah tertulis namanya untuk awak,
    Suatu hari dia pasti akan muncul juga,
    Bukan di dunia, insya-Allah di sana,
    Awak sabar ya ?
    “First thing first” bait kata ustazah Fatimah Syarha kesayangan menerpa,
    Perbetulkan niat, mari kita balas jasa ibu dan bapa,
    Luah cinta pada mereka sebelum pasangan yang entah belum tentu bersama,
    Persembahkan cinta pada Yang Maha  Mencinta sebelum yang belum pasti akhirnya,
    Tambahkan cinta pada Baginda yang rindu akan kita sebelum kita wujud di dunia,
    Bersama kita ke syurga Nya, mahu ?



    Senyum. Peluk awak. Nangis.
    Continue Reading
    Older
    Stories

    SALAM :)

    Photo Profile

    Fathin Munirah
    the 94's

    anything do contact ;

    atenmunirah6@gmail.com

    SNS

    • goodreads
    • pinterest

    HISTORY

    • ▼  2021 (1)
      • ▼  July 2021 (1)
        • Go Away
    • ►  2020 (3)
      • ►  June 2020 (3)
    • ►  2019 (6)
      • ►  December 2019 (1)
      • ►  September 2019 (1)
      • ►  August 2019 (1)
      • ►  July 2019 (1)
      • ►  March 2019 (1)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (6)
      • ►  December 2018 (1)
      • ►  November 2018 (1)
      • ►  August 2018 (1)
      • ►  July 2018 (2)
      • ►  May 2018 (1)
    • ►  2017 (8)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  September 2017 (1)
      • ►  August 2017 (1)
      • ►  July 2017 (1)
      • ►  June 2017 (3)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (14)
      • ►  September 2016 (1)
      • ►  July 2016 (2)
      • ►  April 2016 (3)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)
      • ►  January 2016 (6)
    • ►  2015 (15)
      • ►  December 2015 (7)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  October 2015 (3)
      • ►  August 2015 (1)
      • ►  July 2015 (1)
      • ►  March 2015 (1)
    • ►  2014 (6)
      • ►  August 2014 (1)
      • ►  June 2014 (1)
      • ►  May 2014 (1)
      • ►  April 2014 (1)
      • ►  March 2014 (1)
      • ►  February 2014 (1)
    • ►  2013 (22)
      • ►  December 2013 (2)
      • ►  November 2013 (2)
      • ►  October 2013 (2)
      • ►  September 2013 (4)
      • ►  August 2013 (2)
      • ►  June 2013 (4)
      • ►  May 2013 (1)
      • ►  April 2013 (2)
      • ►  March 2013 (2)
      • ►  February 2013 (1)
    • ►  2012 (22)
      • ►  December 2012 (2)
      • ►  November 2012 (1)
      • ►  October 2012 (1)
      • ►  July 2012 (2)
      • ►  June 2012 (2)
      • ►  May 2012 (4)
      • ►  April 2012 (2)
      • ►  March 2012 (7)
      • ►  February 2012 (1)

    OTHERS

    • Admirable Sentiment
    • nurhaziqahmz
    • ajinurafifah
    • Kurniawan Gunadi

    Created with by BeautyTemplates | All Right Reserved. Fathin Munirah. 2011-2018

    Back to top