Pinjaman Pengajian Tinggi Perak
3:02 pmBismillah.
Okay, short post. Sesiapa yang dah dapat tawaran untuk sambung pengajian sama ada Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) boleh mohon Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.
Pinjaman ni boleh berubah jadi biasiswa kalau pointer korang 3.5 ke atas masa belajar tu. So, why don't you give it a try kan?
PINJAMAN INI DIBUKA DARI 3 JANUARI 2016 HINGGA 31 MAC 2016 SAHAJA.
- Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
- Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.
- Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.
- Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. (Sila lihat senarai IPT yang ditaja)
- Belum menerima pinjaman dari mana-mana pihak.
- Salinan dokumen mestilah diperakui sah.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta lewat diterima dari tarikh tutup permohonan akan terbatal dengan sendirinya.
- Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke klik sini ---> Pinjaman Pengajian Tinggi Perak
Untuk baca blog orang yang dah pernah mintak pinjaman ni, klik sini ---> Blog Koki Athirah
Harapnya membantu untuk sesiapa yang nak sambung belajar dan taknak pinjam Ptptipu eh. Bai Assalamualaikum !
18 comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, awak pinjam ke pinjaman ni ? saya nak tanya if kita dah dapat pinjaman ni then dia ada tak sekatan bagi duit kalau pointer sem menurun or etc ?
ReplyDeleteAda... Sekatan bagi pointer yg bawah 2.0
ReplyDeleteKlau saya menerima tawaran pinjaman ni . Kemudian , saya nak mohon jpa , boleh ke saya hentikan pinjaman ni ?
ReplyDeleteBoleh hee sy tlg jwb 😅
DeleteYa Allah maaf tak perasan komen-komen. Nasib ada yg tolong jawab, terima kasih :)
ReplyDeleteKalau dah pinjam PTPTN.. boleh tak nak mintak pinjaman ni?
ReplyDeleteTak boleh. Kena bebas dari pinjaman lain. Cuma boleh ada satu pinjaman sahaja dalam satu-satu masa.
DeleteSalam. boleh saya tahu apa beza pinjaman ni dgn ptptn eh
ReplyDeleteWaalaikumussalam. PTPTN ada ujrah. Yang ni takde rasanya :) bayar jumlah yang kita pinjam je.
DeleteSalam, nak tanya, pinjaman ni bayarkn terus yuran kita ke? or lepas dpt duit pinjaman tu kita yg kena bayar sndiri? :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam :) Not sure, saya tulis ni berdasarkan pembacaan je. Mungkin boleh tanya orang yang pernah dapat pinjaman ni. Maaf tak membantu :(
DeleteAssalamualaikum,sye nk tnye boleh ke sye batalkan pinjaman ptptn sye dan guna pinjaman perak ni je?
ReplyDeleterasanya kalau dapat pinjaman Perak ni, memang kena batalkan pinjaman PTPTN, sebab dia tak boleh ada dua pinjaman dalam satu-satu masa :)
Deletesalam hai nak tanya, kat mana boleh check pinjaman ni boleh ubah jadi biasiswa kalau pointer atas 3.5 tu?
ReplyDeleteHi, nak tanya macam mana kita nak hantar result pada pihak pinjaman pengajian tinggi ye?
ReplyDeleteEmel ke unitpinjaman@perak.gov.my
DeleteSalam, sekiranya bertukar kepada kepada biasiswa adakah perlu 1st class (<3.6) atau 3.5 ke atas? Sebab di uni saya 3.5 kategori kelas ke2.
ReplyDelete